Welcome to Hua Lian ex-Student Council (HLSC) Official Homepage

Berita HuaLian , Sejarah HuaLian , Berita Majlis , Sejarah Majlis , Perlembagaan Majlis , Matlamat Majlis
Majlis Tertinggi , Jawatankuasa Khas , Biro-biroCawangan , Wakil , Ahli-ahli , Aktiviti , Links , Home
Welcome to "Hua Lian ex-Student Council Official Homepage" , this Hua Lian ex-Student Council is officially established on 1 July 2001 by a group of Hua Lian ex-Students.
 

Matlamat-Matlamat

Majlis Bekas Pelajar-Pelajar

SMJK Hua Lian

 
 

(1)            Menjadi satu badan yang bertanggungjawab mengumpulkan semua bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian dan bersama-sama menjalinkan hubungan yang baik dan erat antara satu sama lain. 

(2)            Memelihara dan mempertahankan kebajikan dan hak asasi pelajar-pelajar SMJK Hua Lian dalam sekolah dengan menerima pandangan pelajar dan menjadi orang tengah antara pihak sekolah dengan pelajar. 

(3)            Menjadi satu badan yang mengumpulkan semua tenaga bantuan bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian kepada sekolah sama ada dalam bentuk kewangan, semangat sukarelawan dan apa-apa jua yang dapat membantu sekolah menjayakan dasar-dasar sekolah apabila diperlukan. 

(4)            Menjadi satu badan yang bertanggungjawab memupuk semangat “Cintai Ibu Sekolah, Cintai SMJK Hua Lian” antara ahli-ahli Majlis HLSC (bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian) .

(5)            Mengumpulkan semua bekas pelajar-pelajar SMJK Hua Lian supaya mereka dapat membantu satu sama lain sama ada dalam bentuk pelajaran, perniagaan atau apa-apa projek yang dirancangkan oleh Majlis HLSC serta ahli-ahlinya. 

(6)      Majlis HLSC tidak akan mencampuri atau mendampingkan diri dengan kegiatan mana-mana parti politik. 

(7)            Menjadi satu badan saluran yang baik dan sempurna bagi semua pelajar-pelajar SMJK Hua Lian yang baru meningggalkan dan hendak melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dengan membekalkan bantuan kepada mereka atas kerjasama cawangan Majlis HLSC di IPTA dan IPTS tersebut apabila perlu. 

(8)            Menjalankan program-program untuk membantu pelajar-pelajar SMJK Hua Lian dalam semua aspek ke arah yang baik seperti pelajaran, tindak laku, masa depan dan lain-lain dalam kehidupan mereka. 

(9)            Merancang dan menjalankan projek-projek untuk mengelakkan pelajar-pelajar SMJK Hua Lian terjerumus dalam gejala-gejala sosial masyarakat.

 

 

All Rights Reserved. hualian_studentclub@yahoo.com 
Copyright © 2001 Hua Lian ex-Student Council.