Welcome to Hua Lian ex-Student Council (HLSC) Official Homepage

Berita HuaLian , Sejarah HuaLian , Berita Majlis , Sejarah Majlis , Perlembagaan Majlis , Matlamat Majlis
Majlis Tertinggi , Jawatankuasa Khas , Biro-biroCawangan , Wakil , Ahli-ahli , Aktiviti , Links , Home
Welcome to "Hua Lian ex-Student Council Official Homepage" , this Hua Lian ex-Student Council is officially established on 1 July 2001 by a group of Hua Lian ex-Students.
 

Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

 
 
          Parlimen Persekutuan mengandungi Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.  
     
          Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.  
     
          Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.  
     
          Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.  
     
          Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.  
     
          Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya.  
     
 

Senarai-senarai Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)

 
 
YANG DI-PERTUAN AGONG PERTAMA
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 3 Ogos 1957 - 1 April 1960

 

 

 
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUA
Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah
Negeri: Selangor
Tempoh: 14 April 1960 -1 September 1960

 

 

 
 
YANG DI-PERTUAN AGONG KETIGA
Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 21 September 1960 - 20 September 1965

 

 

 
YANG DI-PERTUAN AGONG KEEMPAT
Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum
Sultan Zainal Abidin
Negeri: Terengganu
Tempoh: 21 September 1965 - 20 September 1970

 

 

 
 
YANG DI-PERTUAN AGONG KELIMA
Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Negeri: Kedah
Tempoh: 21 September 1970 - 20 September 1975

 

 

 
YANG DI-PERTUAN AGONG KEENAM
Al-Marhum Tuanku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim
Negeri: Kelantan
Tempoh: 21 September 1975 - 30 Mac 1979

 

 

 
 
YANG DI-PERTUAN AGONG KETUJUH
Tuanku Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'Ayatuddin Al-Mu'adzam Shah
Negeri: Pahang
Tempoh: 26 April 1979 - 25 April 1984

 

 
YANG DI-PERTUAN AGONG KELAPAN
Tuanku Sultan Iskandar ibni Al-Marhum Sultan Ismail
Negeri: Johor
Tempoh: 26 April 1984 - 26 April 1989

 

 

 
 
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEMBILAN
Tuanku Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
Negeri: Perak
Tempoh: 26 April 1989 - 25 April 1994

 

 

 
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEPULUH
Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
Negeri: Negeri Sembilan
Tempoh: 26 April 1994 - 25 April 1999

 

 

 

 
 
YANG DI-PERTUAN AGONG KESEBELAS
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
Negeri: Selangor
Tempoh: 26 April 1999 - 21 November 2001

 

 

 
YANG DI-PERTUAN AGONG KEDUABELAS (KINI)
Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail
Negeri: Perlis
Tempoh: 13 Dec 2001 - kini

 

 

 

 
 
 

All Rights Reserved. hualian_studentclub@yahoo.com 
Copyright © 2001 Hua Lian ex-Student Council.