BIODATA
Nama : Abu Ali
Hussien bin Abdullah b. Hassan b. Ali b. Sina
Gelaran : AVICENNA
Keturunan : Turki
T/Lahir : 370H/980M di Turki.
M/Dunia : 438H /1037M
Umur :
58 tahun
KETOKOHAN
- Ahli Falsafah Islam
- Ahli Perubatan Terkenal di mana beliau telah menghuraikan sebanyak
760 jenis penyakit dan kaedah pengubatanya.
- Perdana Menteri di Hamzan setelah beliau menjadi doktor dan mampu
menyembuhkan penyakit beberapa pemerintah di sana.
- Pakar dalam bidang Anatomi.
PENDIDIKAN
- mempelajari ilmu-ilmu asas agama seperti fiqah, Tasawuf, tauhid daripada
keluarganya.
- Beliau juga mempelajari berbagai-bagai ilmu kemahiran seperti Matematik,
Fizik, Sains dan Astronomi.
- Hafaz al-Quran ketika berumur 10 tahun
- Menjadi doktor ketika berumur 17 tahun setelah mendapat galakan daripada
Ibnu Yahya.
- Menghasilkan ‘mutiara’ dalam bidang perubatan iaitu QANUN FI
AT-TIB ketika berusia 18 tahun.
SUMBANGAN
- Beliau meninggalkan beberapa hasil karangan yang bermutu tinggi dalam
bidang perubatan, falsafah, mantiq, fizik dsb.
- Qanun Fi At-Tib karangannya merupakan buku kedoktoran yang muktabar
dan menjadi rujukan utama dalam bidang perubatan dari generasi ke generasi
hinggalah sekarang. Ia telah diterjemahkan ke berbagai bahasa
asing seperti bahasa Latin dan Inggeris .
- Dia juga menghasilkan beratus-ratus risalah mengenai bidang perubatan
yang menjadi rujukan para doktor.
- Selain daripada Qanun Fi At-Tib, hasil karangan beliau yang masyhur
ialah :
a) Kitab Al-Najah dan Kitab Al-Isyarah yang berkaitan dengan alam tabie
b) Kitab As-Syifa’ dalam bidang perubatan.