PUASA
 

Pengertian Puasa

Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari.
 
Hukum puasa bulan Ramadhan adalah wajib.

Golongan Wajib Puasa

Jamhur Ulama’ berpendapat bahawa golongan yang wajib berpuasa ialah :

1. Orang Islam ; tidak sah puasa orang kafir @ murtad
2. Berakal ; tidak wajib ke atas orang gila @ tidak suiman
3. Baligh ; tidak wajib ke atas kanak-kanak, tetapi puasanya sah.
4. Menetap di sesuatu tempat iaitu tidak musafir
5. Mampu berpuasa ; bukannya orang yang sakit ataupun terlalu tua
 
 

Rukun Puasa
 

1. Niat berpuasa.

Orang yang ingin berpuasa wajib seperti Puasa bulan Ramadhan (termasuk qadhanya), Puasa Nazar dan Puasa Kifarah hendaklah berniat di malam hari sebelum terbit fajar. Manakala mana-mana puasa sunnat bolehlah berniat sebelum gelincir matahari (waktu Zohor) dengan syarat belum lagi melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa.

2. Menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara ayang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam fajar.

Di samping itu, orang yang berpuasa dikehendaki menjaga adab-adab puasa seperti meninggalkan segala perkara keji yang boleh mengurangkan pahala puasa tetapi tidak sampai membatalkannya misalnya mengumpat, menyebut perkataan keji dsb.
 

Perkara Yang Membatalkan Puasa

1. Makan dan minum dengan sengaja
2. Mengeluarkan mani dengan sengaja
3. Keluar haid, nifas atau wiladah
4. Melakukan persetubuhan walaupun tidak keluar mani . Wajib qada’ dan membayar kafarah iaitu
   memerdeka sorang hamba, jika tiadak dapat hendaklahberpuasa 3 bulan berturut-turut dan jika
   tidak mampu hendaklah memberi sedeqah makanan asasi kepada 60 orang miskin.
5. Muntah dengan sengaja
6. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga yang terbuka dengan sengaja
7. Gila walaupun sebentar
8. Pitam atau pengsan sepanjang hari
9. Murtad
 

Hari Yang diharamkan Berpuasa

1. Hari Raya Puasa (1 Syawal)
2. Hari Raya Haji (10 Zulhijjah)
3. Hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah)
 

Hari Yang Disunatkan Puasa

1. Berpuasa 6 hari di bulan Syawal
2. 10 Muharram ( Hari Asyura)
3. sepanjang bulan Rejab
4. sepanjang bulan Syaban (terutama 15 Syaaban)
5. Hari Isnin atau Khamis
6. 13,14 dan 15 harin bulan setiap bulan Islam
7. berpuasa berselang hari iaitu sehari berpuasa sehari berbuka dan seterusnya
 

Sunat-Sunat Puasa

1. Menyegerakan berbuka
2. Melambatkan bersahur
3. Memelihara percakapan
4. Membanyakkan membaca al-Quran dan berzikir
5. bersedeqah

Golongan Yang dibolehkan Berbuka

a) orang sakit
b) orang musafir yang melebihi 2 marhalah
c) Ibu yang hamil
d) ibu yang menyusukan anak
e) orang yang terlalu tua
f) orang yang sentiasa bekerja berat
g) orang yang akan mendapat mudarat sekiranya meneruskan puasanya kerana terlalu lapar
 

Golongan Yang Wajib Berbuka

1. Wanita yang haid
2. Wanita yang keluar darah nifas

 
Qada’ dan Fidyah
 

Orang yang meninggalkan puasa diwajibkan mengqadakkan semula puasanya atau membayar fidyah atau kedua-duanya sekali.

Qada’ Puasa ialah mengantikan semula puasa yang ditinggalkan di hari yang lain. Sementara Fidyah Puasa ialah denda yang dikenakan kerana meninggalkan puasa. Denda yang dikenakan ialah membayar secupak makanan asasi bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.
 

Golongan Wajib Qada’

1. Orang yang berbuka kerana sakit, wajib qada puasanya setelah dia sembuh.
2. Orang yang berbuka kerana musafir, wajib qada puasanya setelah dia selesai daripada musafir.
3. Orang yang berbuka kerana tersangat lapar.
4. Orang yang perempuan berbuka kerana haid atau nifas, wajib qada puasanya setelah dia suci.
5. Orang yang berbuka kerana gila, wajib qada puasanya setelah dia sembuh.
6. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbang kesihatan dirinya.

  Golongan Yang Wajib Membayar Fidyah sahaja

1. Orang tua yang uzur
2. Orang sakit yang tiada harapan sembuh
3. Orang yang sentiasa bekerja berat yang akan memudahratkan dirinya jika terus berpuasa
 

Golongan Yang Wajib Qada’ Puasa dan Membayar Fidyah

1. Perempuan yang mengandung atau menyusukan anak yang berbuka kerana bimbang kesihatan anaknya.
2. Orang yang melewatkan qada’ puasa sehingga melewati Ramadhan yang berikutnya.