SABDA PILIHAN

 

Sabda Rasulullah SAW :

 

1) 15 Perkara Yang Menyebabkan Bala

"Bala pasti menimpa ke atas umatku jika mereka sewenang-wenang melakukan 15 perkara iaitu apabila

1)  kekuasaan dianggap keuntungan
2) amanah dianggap harta rampasan perang (ghanimah)
3) membayar zakat dianggap merugikan
4) suami tunduk kepada isteri
5) anak derhaka kepada ibu
6) mentaati rakan yang menyimpang dari kebenaran
7) membenci ayah
8) bersuara kuat (menjerit-jerit atau bertengakar) di masjid
9) pemimpin diangkat dari golongan yang rendah akhlaknya
10) orang dihormati (ditakuti) kerana kejahatannya
11) arak diminum berleluasa
12) lelaki memakai sutera
13) wanita menari di khalayak dianggap perkara biasa
14) pemainan muzik terdapat di merata-rata tempat
15) umat akhir zaman mengutuk para sahabat dan tabien

 

2) Pertama-Tama Ibadah

"Hai Abu Zarr, 4 macam tidak dapat mencapainya kecuali setiap mukmin iaitu diam dan inilah pertama-tama ibadah, tawadduk (merendahkan diri kerana Allah), berzikir kepada Allah dalam semua keadaan dan sederhana dalam segala sesuatu"

 

3) Untung Besar

"Sungguh beruntung orang yang baik hati dan kelakuannya serta menjauhkan orang dari segala kejahatannya, beruntunglah bagi orang yang mengamalkan ilmunya, mendermakan kelebihan hartanya dan menahan kelebihan perkataannya"

 

4) Bertaqwa Di Mana Sahaja

"Bertaqwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada. Dan turutilah(tebuslah) perbuatan jahat itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan dan bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik"

 

5) Manusia Terbaik

"Manusia yang terbaik ialah orang mukmin yang berilmu. Jika diperlukan dia berguna dan jika tidak diperlukan, maka ia dapat menguruskan dirinya"

 

6) 5 Yang Merugikan

"Sesiapa yang memandang rendah 5 perkara, maka dia rugi 5 perkara ;

1) Sesiapa yang tidak memperdulikan ulama', maka dia merugikan agama
2) Sesiapa yang tidak memperdulikan pemimpin negeri, maka dia merugikan dunia
3) Sesiapa yang tidak memperdulikan jiran, maka dia merugikan sumber-sumber manfaat
4) Sesiapa yang tidak memperdulikan orang kuat, maka dia merugikan bantuan mereka
5) Sesiapa yang tidak memperdulikan keluarganya, maka dia merugikan kemesraan hidup

 

7) 4 Sebab Celaka

1) Lupakan dosa-dosa lalu
2) Menyebut-nyebut kebaikan yang lalu
3) Bandingkan orang yang lebih atas darinya dalam urusan dunia
4) Bandingkan orang lebih rendah daripadanya dalam urusan akhirat

Lalu Allah SWT berfirman : "Aku menginginkan kamu, tapi kamu tidak menghendaki Aku, lalu Aku tinggalkan kamu"

 

8)   5 Kesusahan Orang Mukmin

"Orang Mukmin sentiasa terdedah kepada 5 kesusahan iaitu:

1) Orang mukmin yang dengki kepadanya
2) Orang Munafiq yang benci kepadanya
3) Orang KAFIR yang ingin membunuhnya
4) Syaitan yang sentiasa berusaha menyesatkannya
5) Nafsu yang sentiasa berbalah dengannya (supaya melakukan dosa)

 

9) Diherdik Malaikat

"Janganlah kamu membentak orang fakir, nescaya  kamu akan diherdik oleh Malaikat pada hari Qiamat."

 

10) Hadiah Drp Pemerintah Adalah Halal

"Sesungguhnya harta Raja (pemerintah) itu datang daripada sumber yang halal dan haram. Sekiranya Raja memberikan sesuatu   kepada kamu, ambillah, sesungguhnya ia dari sumber yang halal"

 

11) Rezeki Yang Tidak Diminta

"Sesiapa yang tiba-tiba diberikan sesuatu tanpa ia memintanya, maka ambillah kerana ia merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT".

 

12)  Rezeki Yang Tidak Diduga

"Hubungkanlah kasih sayang antara sesamamu, nescaya rezekimu akan datang dari tempat yang tidak diduga"

 

13) Memuliakan Tetamu

"Tetamu itu mendatangkan keberkatan dan mengundang nikmat Allah. Sesiapa yang memuliakan tetamu sesungguhnya dia bersamaku di dalam Syurga dan sesiapa yang tidak memuliakan tetamu bukanlah dari golonganku"

 

14) Makan Bersama Tetamu

"Sesiapa yang ingin dsukai oleh Allah dan RasulNya, hendaklah ia makan bersama-sama tetamunya"

 

15) Jauhi Riak

"Jauhkan diri daripada sifat riak, kerana hikmahnya tidak dapat dimengerti dan fitnahnya tidak dapat dielak"

 

16) Ibu 4 Perkara

"4 Perkara adalah ibu iaitu ;

1) Ibu segala ubat adalah sedikit makan
2) Ibu segala adab adalah sedikit bercakap
3) Ibu selruh ibadah adalah takut berbuat dosa
4) Ibu dari segala cita-cita adalah sifat sabar

 

17) Beramal Dengan Ilmu

"Berbahagialah kerana kebaikan yang amat banyak bagi orang yang baik usaha-usaha kerjanya, baik dan bersih hatinya, mulia pula zahirnya dan terjauh manusia dari kejahatannya. Bahagialah orang yang beramal dengan ilmunya, membelanjakan untuk kebajikan lebihan daripada hartanya dan menahan lebihan dari kata-katanya"

 

18) Penyakit

"Bahawa segala sesuatu itu ada penyakit iaitu ;

   1) Penyakit bicara ialah bohong
   2) Penyakit ilmu ialah lupa
   3) Penyakit ibadah ialah riak
   4) Penyakit budi pekerti ialah memuji diri sendiri
   5) Penyakit berani ialah keterlaluan
   6) Penyakit pemurah ialah menyebut-nyebut pemberian
   7) Penyakit cantik ialah sombong
   8) Penyakit bangsawan ialah bangga
   9) Penyakit malu ialah lemah
10) Penyakit mulia ialah menonjol diri
11) Penyakit kaya ialah kedekut
12) Penyakit taat ialah berlebih-lebihan
13) Penyakit agama ialah hawa nafsu"

 

19) Gunakan Aqal

"Wahai manusia ! Gunakan aqal untuk mengenal Tuhanmu. Ketahuilah  bahawa aqal itu menolong kamu untuk mengenal Tuhanmu"

 

20) Apabila Disanjung...

"Apabila engkau disanjung orang dihadapanmu, maka bacalah doa ini : "Ya Allah, jadikan aku lebih baik daripada apa yang mereka katakan, ampunkan dosaku apa yang mereka tidak ketahui dan janganlah aku disiksa tentang apa-apa yang telah mereka ucapkan"