AL-BIRUNI
Nama penuhnya Abu Rayhan Muhammad bin Ahmad
al-Biruni daripada keluarga Tajik. Lahir pada 3 Zulhijjah 362H @ 4 September
973M di Parsi. Menurut kitab al-Ansab yang ditulis oleh Sam’ani
dan kitab Mu’jam al-Buldan yang
ditulis oleh Ya’qut al-Hamawi, penduduk Khawarizm memanggil orang asing
sebagai biruni (dalam bahasa
Parsi). Maka atas alasan inilah yang menyebabkan Abu Rayhan dikenali sebagai
al-Biruni kerana beliau merupakan orang asing bagi penduduk Khawarizm.
Sarjana lain menyatakan beliau
bukan dilahirkan di Khawarizm, tetapi di Birun, iaitu sebuah bandar di luar
Kath. Bandar Khawarizm terletak 20 farsakh
(60 km) dari Kath yang menjadi ibu kota kerajaan pemerintahan putera-putera
Ma’muniyah. Oleh itu ada kemungkinan apabila Khawarizm menjadi ibu kota
Ma’muniyah, maka penduduk Kath yang berhijrah ke bandar itu digelar biruni.
Oleh kerana Abu Rayhan orang yang lebih terkenal di kalangan mereka, maka
gelaran ini diberikan kepadanya. Beliau turut digelar ‘Khawanizini’ kerana
nama kawasan itu juga dipanggil Khawanizin.
Pendidikan
Beliau banyak memperoleh ilmu pengetahuan daripada seorang
Putera Raja Parsi, iaitu Abu Nasr Mansur bin Ali Jilani, pakar
matematik. Keluarga Abu Nasr begitu mengambil berat tentang al-Biruni. Al-Biruni
merupakan sarjana agung pada akhir abad ke-4H/1OM dan pakar dalam bidang
astronomi, sejarah dan bahasa. Beliau hidup sezaman dengan Ibn Sina. Antara
karya beliau yang teragung ialah Rasa’il
al-Biruni, sebuah ensiklopedia astronomi dan matematik. Sebagai seorang
yang dahagakan ilmu, beliau tidak suka membuang masa. Sepanjang hayatnya
ditumpukan kepada bidang penyelidikan dan penulisan. Dengan itu, beliau dapat
menguasai dua buah tamadun besar pada ketika itu iaitu tamadun Arab dan tamadun
Yunani.
Beliau mempunyai hubungan erat
dengan para intelek Islam dan Kristian. Seorang daripadanya ialah Abu Sahl
Masihi (ahli flzik Kristian). Beliau juga berhubung rapat dengan para saudagar
Kristian Syria, tujuannya adalah untuk mempelajari nama-nama orang Yunani serta
sebutan dan ejaan istilah perubatan yang betul.
Sebagai AhIi Astronomi
Minat dan aktiviti al-Binuni merangkumi skop yang luas.
Ini termasuklah teori-teori abstrak tentang falsafah hinggalah kepada sains
praktis matematik, geografi, fizik dan astronomi. Bidang pengajiannya yang utama
ialah astronomi. Ini adalah berdasarkan pengakuannya sendiri iaitu:
Oleh kerana bidang saya adalah bidang astronomi dan sejak saya wujud di dunia ini lagi saya terkenal dengan ilmu itu dan saya tidak berniat untuk keIuar dari disipIin ilmu itu, maka saya mahu berkhidmat kepada perbendaharaan baginda (Mas’ud) yang dikenali sebagai nikmat, dengan menulis kanun (undang-undang) Sina’at al-Tanjim (Seni Astronomi).
Beliau memberi contoh tentang
kegunaan harian pengetahuan matematik dan astronomi. Contoh inimenunjukkan
pengaruh matahari dan bulan ketika menentukan musim dan pasang surut air laut.
Ilmu pengetahuan tentang binatang-binatang dan kedudukannya sangat penting bagi
menentukan arah pengembaraan dan perjalanan. Iajuga sangat berguna ketika
menentukan arah kiblat, waktu solat dan kedudukan garis lintang atau bujur
sesuatu bandar. Maka beliau telah menunjukkan bahawa astnonomi sangat berguna
dan sesuai menurut Islam. Teori-teori astronominya yang penting ialah seperti
berikut.
1.
Teori alam semesta
Al-Biruni menganggap bahawa
alam semesta terletak di luar permukaan sfera yang terhad. Pada masa yang sama
beliau tidak bersetuju dengan konsep graviti alam semesta sebagai kuasa sebenar
yang terlibat seperti yang dilihat daripada pengalaman. Beliau mendakwa bahawa,
‘Apabila sesuatu bahagian
anggota jisim tegar bergerak secara garis Iurus dan satu bahagian ke satu
bahagian yang lain, sebaliknya jasad itu mengelilingi jasad lain dalam gerakan
bulatan yang rnenggambarkan gerakan mengelillngi satu titik tetap seperti pusat
bumi ketika jasad lain itu tegar. Walau bagaimanapun, kawasan persekitaran
matahari menyebabkan planet bergerak dalam bentuk elips.’
2.
Kosmogeni
Walaupun Qanun al-Mas’udi tidak membincangkan asal-usul alam Semesta tetapi
al-Biruni membincangkannya secara terpeninci dalam bukunya al-Tahdid.
Beliau menolak pandangan yang menyatakan dunia ini kekal. Beliau mengumpul
pelbagai arus pertukaran bumi di zamannya dan melengkapkan karya Abdul al-Malik
al-Tayyib al-Busti yang mempunyai muka surat.
3. Teori
geosentrik
Al-Biruni dan cendikawan
sezamannya sering memikirkan tentang kontroversi geosentnik dan heliosentrik.
Beliau mengatakan bahawa sebarang teori baru tidak dapat diterima tanpa bukti
sains yang kukuh. Selagi sesuatu teori alternatif yang sebenar belum ditemui
maka wajarlah seseorang itu mempercayai dan menerima teori dan penerangan yang
terdahulu. Al-Biruni menulis mengenai pergerakan matahari dalam sebuah buku
berjudul Kitab al-Tatbiq fi Tahqiq
Harakat al-Syam yang berkaitan dengan teori ini.
4. Kalender
dan kronologi
Beliau telah menulis satu
risalah kecil yang menerangkan tentang siang dan malam yang juga dapat
membuktikan panjang siang dalam setahun di kutub. Beliau telah mencipta sejenis
alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya
iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir
al-Azman. Bukunya yang bertajuk Tanqih
al-Tawarikh membincangkan tentang tarikh. Manakala buku Tasawwur
Amr al-Fajr wa alShafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula
inembincangkan tentang terbitnya fajar.
Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Ia membincangkan tentang siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga penerangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah.
5.
Matahari
Al-Biruni turut membuat kajian
tentang Matahari dan perkara-perkara yang berkaitan seperti berikut:
(a) Sifat
fizikal Matahari
Al-Biruni cekap dalam pengajian
ilmu fizik dan kadangkala memberikan sumbangan asli. Misalnya, beliau membuat
kajian mengenai sifat fizikal waktu Matahari. Menurutnya Matahari ialah jasad
yang panas bagi letusan solar yang boleh diperhatikan apabila gerhana penuh,
samajuga seperti nyalaan yang muncul di sekeliling jasad yang membakar.
(b)
Gerakan tahunan
AI-Biruni
mempercayai teori geosentrik dan menganggap Matahani bergerak mengelilingi Bumi.
Beliau berfikir bahawa gerakan matahari yang perlahan dan cepat menggambarkan
sesuatu orbit.
(c)
Panjang tahun solar
(tropika)
Semasa
mengkaji panjang tahun solar, al-Biruni memerhati perubahan dan perbezaan
pendapat mengenai zaman lepas. Beliau melaporkan ada empat rumusan yang
berbeza iaitu 365.2426, 265.2421, 365.398 dan 365.248 hari. Al-Biruni membuat
pengiraan bahawa terdapat 365 hari, 5 jam dan 46 minit. Kalendar Jalali juga
mendapat 365 hari, 5 jam, 49 minit. Kiraan al-Biruni ini tidak jauh perbezaannya
dengan kiraan moden iaitu 365 hari, 5 jam, 48 ininit dan 47 saat.
Ketika
menuhis Qanun, beliau mengira titik
yang tertinggi di antara Matahari dengan Bumi bergerak satu darjah dalam masa
1/3 tahun, dan 0, 0, 7, 44, 54 dalam satu hari. Perkiraan yang telah dibuat oleh
al-Biruni ini hampir sama dengan angka moden iaitu 52.2 setiap tahun dan satu
darjah dalam masa 72 tahun.
(d) Fajar
dan senja
Beliau
membincangkan alasan-alasan bagi tempoh fajar dan senja. Al-Biruni mendapati
senja (pagi dan petang) terjadi apabila Matahari berada 18 di bawah ufuk.
Penyelidik moden mengesahkan penemuan al-Biruni ini. Beliau menulis buku al-Lam’at
mengenai perkara ini.
Sebagai AhIi Sains
Walaupun al-Biruni lebih melibatkan dirinya dalam
bidang astronomi namun beliau mahir dalam ilmu matematik. Al-Biruni dapat
menguasai geometri, aritmetik dan menggunakan algebra dengan mahir. Beliau juga
berminat dalam bidang fizik namun tidak meminati bidang muzik.
1.
Trigonometri sfera
Al-Biruni menuhis Kitab Maqalid
‘Ilm al-Hai’ah fi Basit al-Kurah. Buku itu dihasilkan sebagai satu
karya yang setanding dengan buku astronomi berjudul al-Tafhim
kerana penguasaan bahasa dan subjeknya yang baik dan mudah difahami.
Ketika
ahli sains ini berusia 60 tahun, beberapa karya beliau dilengkapkan lagi. Satu
daripadanya diberi tajuk Jami’
al-Tarq al-Sa’irah fi Ma’rafah Awtar al-Da’irah yang membincangkan
mengenai kaedah-kaedah dalam penemuan ukur lilit bulatan.
Al-Biruni
patut diberi penghargaan kerana beliau menganggap trigonometri sebagai bidang
yang terpisah dengan astronomi mengembangkannya dengan cara yang sistematik.
Beliau tidak membataskan dirinya setakat huraian yang ringkas tetapi
membandingkannya dengan bahan dan keterangan lain yang berkaitan, menilai,
mengkritik dan memberi pengolahan yang lebih baik.
Karangan
Qanun al-Mas’udi yang berkaitan
dengan trigonometri mengandungi 10 bab. Bab pertama menerangkan cara-cara
mendapatkan sisi-sisi daripada pelbagai gambar rajah seperti segi tiga sisi dan
segi empat sama hingga segi sepuluh jejari sesuatu bulatan. Bab seterusnya
membincangkan cara untuk mendapatkan pelbagai garis rentak lentuk. Teori ini
beliau gunakan ketika menentukan sinus bagi sudut-sudut yang berganda.
Beliau
turut membincangkan tentang jejari bulatan sebagai satu kesatuan mnenggantikan
60. Ini akan memendekkan lagi kerja-kerja pengiraan. Beliau berjaya mendahului
ahli matematik yang lain dengan membuktikan rumus sinus dalam satah segi tiga
iaitu.
sinA
= sinB = sinC
a
b
c
Banyak
lagi rumus-rumus yang dikemukakan dan diperkenalkan oleh beliau. Beliaulah orang
pertama yang berjaya membuktikan rumusan sinus bagi satah segi tiga. Beliau
cekap menggunakan rumus dan penentu dalaman dan yang pertama memberikan contoh
mengenai kalkulus dan teorem umum.
2.
Aritmetik orang India
Di samping trigonometri sfera, al-Biruni
turut menguasai aritmetrik orang India. Beliau telah menulis beberapa buah
buku berhubung dengan subjek itu. Antaranya ialah,
(a) Rashikat
al-Hind iaitu Zodiak di India
(b) Kaedah aritmetik yang berbeza dalam
Brahma Siddhant
(c) Kaedah-kaedah orang India (Rusum al-Hind) dalam pengajaran aritmetrik.
(d) Mansubat
al-Darab yang menerangkan tentang kaedah mendarab yang berbeza.
3. Cahaya
dan bunyi
Al-Biruni mempercayai bahawa
cahaya lebih laju daripada bunyi. Menurut beliau sinaran membawa haba dari
Matahari dan ia dapat menembusi air dan udara. Beliau juga mendapati senja kala
bermula atau berakhir apabila Matahari berada di bawah kaki langit. Penemuan
al-Biruni ini sama dengan penemuan moden.
4. Graviti
Beliau
turut memberikan sumbangan yang besar dalam bidang graviti. Beliau menolak
pandangan Aristotle yang menganggap langit tidak mempunyai kuasa graviti. Beliau
menolak idea bahawa tempat asal bagi air ialah di atas bumi kerana tidak ada
tempat asal bagi sesuatu objek. Menurutnya jika air mengalir ia akan sampai ke
pusatnya.
5.
Ketumpatan
Beliau dapat menyukat dengan betul
ketumpatan bahan-bahan. Al-Biruni menggunakan suatu alat yang berfungsi sebagai
dosimeter untuk menyukat ketumpatan. Beliau dapat menyukat air yang begitu tepat
sehinggakan hasil pencubaannya itu selaras dengan nilai moden. Beliau turut memberikan
sumbangan yang tulen dalam bidang hidrostatik. Beliau menerangkan fenomena
tentang banjir, mata air dan pninsip-prinsip yang berkaitan. Al-Biruni
menggunakan emas, raksa, zamrud dan kuartza untuk menentukan ketumpatan. Dalam
bidang mekanik behiau telah mengukur ketumpatan relatif beberapa logam dan bahan
bukan logam dengan kejituan yang tinggi. Beberapa keputusan dicatatkan seperti
berikut:
Bahan |
Uku ran dengan
emas |
Ukuran dengan raksa |
Moden |
Emas |
19.26 |
19.05 |
19.26 |
Jadual di atas merupakan penemuan
al-Biruni yang kiraannya hampir sama dengan kiraan moden. Sumbangan beliau dalam
menyukat ketumpatan sangat bermanfaat kerana beliau berjaya membuat ukuran
tepat.
6.
Mekanik
Al-Biruni memberikan sumbangan yang banyak dalam bidang mekanik. Beliau
mahir dalam bidang pengetahuan tentang peralatan. Beliau telah mencipta dua alat
yang istimewa. Satu daripadanya ialah pengimbang hidrostatik.
Melalui alat ini beliau dapat mencari ketumpatan 18 bahan. Satu lagi alat ialah
sejenis balai cerap yang baru, ia dinamakan al-Ustawani yang beliau
gunakan untuk mengukur bintang-bintang, ketinggian menara dan bukit, dan
kedalaman telaga atau sungai.
7. Berat dan
ukuran
Minatnya
dalam matematik menyebabkan al-Biruni mempelajari tentang berat dan ukuran. Ini
kenana ia berkait rapat dengan bidang kajian astronomi dan fizik. Ketumpatan
sebenar 18 bahan yang diukur oleh beliau menunjukkan kepakarannya dalam
menyediakan berat dan ukuran yang paling tepat.
8. Geografi,
geodesi dan stratografi
Al-Biruni telah memberikan
sumbangan yang sangat berharga dalam bidang geografi. Antaranya beliau telah
membezakan antara kuala dan teluk. Beliau menganggap semua kelompok Eurasia dan
Afrika sebagai satu benua yang didapati terletak di Barat dan Timur. Ahli
geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai
Himalaya. Dalam bukunya India,
beliau membincangkan peranan kawasan pengunungan dalam menyumbang hujan
lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir.
Pengetahuan al-Biruni tentang Asia
sangat luas. Beliau memberitahu dengan terpeninci tentang negeri Turki, yang
berkaitan dengan Sungai Augarer dan kawasan Tasik Baikal. Namun sumbangan utama
beliau ialah tentang India. Beliau memberikan maklumat tentang kawasan barat
laut India.
Al-Biruni telah mengarang
beberapa karya geografi, antaranya Tahdid
Nihayat al-Amakin (Penentuan Batas Daerah). Beliau telah menghasilkan
kaedah baru untuk mengukur latitud (darjah lintang) dan longitud (darjah bujur)
dan membuat pengukuran sendiri untuk menetapkan antupoda dan kebulatan bumi juga
ketinggian dan sifat-sifat geografi bandar-bandar. Beliau telah membuat ukuran
bagi menaksirkan lilitan bumi dan mendapat anggarannya 25,000 batu. Daripada
al-Biruni kita mendapat tahu bahawa pada abad ke-11, saudagar-saudagar Muslim
telah sampai di pulau-pulau Lautan India berhampiran dengan Pulau Jawa.
Beliau meninggal dunia pada 1 September 1048 @
12 Rejab 440H.