Selama ini mereka sering memikirkan cara terbaik untuk berhenti
merokok. Apabila cuba berhenti tetapi sering kali gagal. Inilah peluang
keemasan yang patut diambil. Mudah-mudahan dengan azam yang kukuh diiringi
pendirian yang teguh, Insya-Allah nafas baru dapat dikekalkan sehingga
penghujung bulan puasa dan untuk bulan-bulan seterusnya sehinggalah dapat
berhenti terus dari merokok.
Berhenti
merokok bukanlah satu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh perokok. Bukannya
mereka tidak sedar akan akibat buruk yang akan memusnahkan diri dan keluarga
mereka. Ini kerana mereka telah diikat, dijerat dan dibelenggu oleh dadah
nikotin yang telah sekian lama bersarang di dalam badan perokok. Tambahan pula
turut diracuni tidak lebih dari 4000 bahan-bahan kimia merbahaya dan karsinogen
di dalam badan.
Hasil dari kajian mendapati bahawa 95 peratus perokok Muslim menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadhan. Kita berpuasa hampir 14 jam sehari dan selama ini juga perokok dapat mengawal diri dari merokok. Apa salahnya selepas berbuka diteruskan tanpa merokok sehingga bersahur keesokan harinya pula. Jika perkara ini dapat diamalkan untuk hari-hari seterusnya nescaya tabiat buruk merokok dapat dihakiskan sepanjang Ramadhan Al-Mubarak.
Umumnya telah ketahui akan risiko kesihatan akibat merokok. Pelbagai jenis penyakit berbahaya yang boleh membawa maut bukan sahaja kepada perokok tetapi juga kepada keluarga tersayang. Penyakit-penyakit yang berkaitan dengan tembakau adalah pembunuh nombor satu di negara kita. Kira-kira 10,000 rakyat Malaysia mati setiap tahun akibat penyakit yang berkaitan dengan tembakau.
Statistik terkini menunjukkan bahawa lebih kurang 5 juta penduduk Malaysia merokok dan angka ini meningkat setiap tahun. Daripada jumlah tersebut hampir 50 peratus adalah lelaki dewasa. Perangkaan mengikut kaum menunjukkan bahawa 35 peratus daripada perokok lelaki adalah Melayu, berbanding kaum Cina 23 peratus dan kaum India 20 peratus. Lebih buruk lagi kebanyakan daripada mereka merupakan penduduk luar bandar yang terdiri daripada mereka yang berpendapatan rendah.
Turut membimbangkan ialah bilangan perokok wanita Malaysia juga didapati meningkat dengan kadar peningkatan agak mendadak terutamanya di kalangan gadis remaja. Penyelidikan bersama yang telah dilakukan oleh Kementerian Kesihatan dan Universiti Islam Antarabangsa mendapati kadar merokok bagi remaja perempuan melonjak hampir dua kali ganda daripada 4.8 peratus kepada 8 peratus dalam tempoh kajian selama tiga tahun iaitu dari 1996 hingga 1999.
Peningkatan mendadak
bilangan remaja merokok amat membimbangkan kita. Mereka mudah dipengaruhi oleh
persekitaran, kawan-kawan dan yang memainkan peranan yang lebih besar adalah
iklan-iklan daripada syarikat gergasi rokok. Daripada merekalah kita perlukan
tenaga, pemikiran, pembangunan dan kesejahteraan untuk negara kita pada
masa hadapan. Kita tidak mahu melihat mereka khayal dalam dunia mereka sendiri
dengan penglibatan yang lebih buruk lagi menjadi penagih dadah. Bermula dari
sinilah puncanya masalah sosial, keruntuhan akhlak dan sebagainya.
Oleh
itu sempena bulan suci dan mulia ini, sama-samalah kita berusaha membantu
mereka yang ingin berhenti dari perbuatan yang sia-sia ini. Bagi perokok
ambillah peluang ibadah puasa kali ini mentarbiyahkan diri untuk berhenti dari
tabiat buruk merokok yang sememangnya telah diharamkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan 1995.
MEROKOK
Merokok merupakan faktor risiko utama untuk
penyakit jantung koronari yang boleh menyebabkan penyakit jantung iskemia
berlaku. Selain dari itu, ia juga boleh menyebabkan strok. Bagi pesakit-pesakit
jantung, mereka mudah untuk mendapat serangan jantung di tempat-tempat yang
penuh dengan asap rokok.
Lebih dari 50 peratus penagih rokok akan mati sebelum berumur 70 tahun. Risiko kematian di kalangan perokok adalah antara satu setengah hingga dua (1 1/2 - 2) kali ganda lebih dari golongan bukan perokok. Untuk setiap hisapan, anda sebenarnya menyedut lebih dari 4,000 bahan kimia yang kebanyakannya racun dan boleh membunuh.
JENIS RACUN UTAMA DALAM
ROKOK
|
|
** bahan-bahan yang diketahui menyebabkan kanser
PETUA UNTUK BERHENTI MEROKOK