Sabda Rasulullah SAW :

 

1.   Pelajarilah Ilmu

"Pelajarilah ilmu kerana mempelajarinya (membawa) takut kepada Allah, menuntutnya adalah ibadah, membincangkannya adalah tasbih, mencarinya adalah jihad, mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah, memberikannya kepada ahlinya adalah pendekatan diri kepada Allah. Kerana ilmulah petunjuk kepada yang halal dan haram, menara kepada jalan penghuni syurga,teman setia di saat kesunyian, teman berbicara di waktu khulwah,petunjuk kepada yang membawa bahagia dan yang membawa kecelakaan, senjata menghadapi musuh,perhiasan disaat bersama teman teman. Dengan ilmu Allah mengangkat (tinggi) kedudukan banyak kaum, sehingga Allah menjadikan mereka pimpinan yang tegak, jejak langkah mereka di ikut, perbuatan mereka di contohi dan pendapat mereka dijadikan pemutus. Para malaikat terlalu kepingin berteman dengan mereka;sentiasa mengusap mereka dengan sayapnya.Setiap benda lembap, kering, ikan di laut, binatang buas di darat dan binatang jinak kesemuanya memohon agar mereka diampunkan. Kerana ilmu menghidupkan hati dan kejahilan, lampu bagi penglihatan di saat kelam. Dengan ilmu hamba dapat mencapai kedudukan orang orang pilihan dan darjat tinggi di dunia dan akhirat. "    

 

2. Ulama' Yang Diharamkan Syurga

"Sesungguhnya sejahat-jahat manusia di sisi Allah di hari qiamat ialah seorang ulama' (ilmuan) yang tidak berguna (tidak beramal) dengan ilmunya dan sesiapa yang menuntut ilmu sekadar untuk menarik perhatian orang kepadanya, maka dia dapat mencium bau Syurga."

 

3. 8 Perkara Yang Tidak Jemu Daripada 8 Perkara

"8 Perkara yang tidak jemu (tidak dapat berpisah) daripada 8 perkara iaitu ;

a) Mata daripada melihat 
b) Bumi daripada hujan
c) Perempuan daripada lelaki
d) Ulama' daripada ilmu
e) Orang yang bertanya daripada masalah 
f) Orang tamak daripada mengumpulkan
g) Laut daripada air
h) Api daripada bahan bakar

 

4. Suka 5 Perkara Dan Lupa 5 Perkara

"Akan tiba di akhir zaman di mana umatku akan suka kepada 5 perkara dan lupa kepada  5 perkara iaitu ;

a) Suka kepada dunia dan lupa kepada akhirat
b) Suka kepada istana (rumah) dan lupa kepada kubur
c) Suka kepada harta dan lupa kepada hisab (hitungan amal dan harta)
d) Suka kepada anak-isteri dan lupa kepada bidadari
e) Suka kepada diri sendiri dan lupa kepada Allah

 

5. Dua Golongan Ahli Neraka Di Akhir Zaman

"Dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihatnya iaitu

1) Satu kaum yang membawa cemeti seperti ekor lembu yang memukul orang lain sewenangnya
2) Perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, menghairah dan mengoda lelaki serta kepalanya (rambutnya) seperti bonjol unta. Dia tidak     akan masuk Syurga dan tidak dapat mencium baunya walaupun jaraknya dari sini ke sini (amat dekat)".

 

6.  Khasiat Padi (Beras)

"Setiap sesuatu yang dihasilkan oleh tanah (tanaman) mengandungi kemudharatan (penyebab penyakit) dan penawar (ubat) kecuali padi. sesungguhnya padi hanya mempunyai penawar dan tidak akan mendatangkan penyakit (walaupun dimakan dengan terlalu banyak)"

 

7. Umat Pertahankan Kebenaran

"Akan ada sepanjang zaman di kalangan umatku yang berdiri tegak memperjuangkan kebenaran, sehinggalah datang ketentuan Allah (Qiamat)"

 

8. Perumpamaan Umat Muhammad SAW

"Perumpamaan umatku adalah laksana air hujan, tiada siapa yang tahu yang manakah yang lebih baik, permulaannya atau akhirnya"

 

9. Kedudukan Penjual Agama

"Akan datang di akhir zaman nanti lelaki yang mendapat kedudukan dunia dengan menjual maruah agam, tampil ke hadapan orang ramai dengan memakai pakaian kulit rusa yang lembut dan apabila bercakap terdengar manis seperti gula, namun hati mereka bagaikan hati serigala yang buas"

 

10. Ibu Segala Kejahatan

"Kasih kepada dunia adalah ibu segala kejahatan. Maka hendaklah engkau berpaling daripadanya"