FALSAFAH SEKOLAH
Bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Air Tawar bertekad untuk memberi pendidikan yang seimbang dan menyeluruh kepada pelajar-pelajar sekolah ini berpaksikan kepada prinsip-prinsip berikut:  
  1. Patuh kepada suruhan agama
  2. Taat kepada ibu bapa
  3. Menghormati guru
  4. Belajar dnegan tekun
  5. Sayang kepada sekolah
Bagi melahirkan generasi pelajar yang berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berbakti kepada negara, tumpuan akan diberikan kepada matlamat-matlamat berikut:  
  1. Meningkatkan produktiviti kerja
  2. Pengajaran yang berkesan, berkualiti dan inovatif
  3. Meningkatkan profesionalisme keguruan
  4. Meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum
  5. Bekerja dengan dedikasi, jujur dan bertanggungjawab
  6. Sedia berkorban, berbakti dan berkhidmat untuk nusa dan bangsa
 
 
PIAGAM SEKOLAH
Kami para pendidik dan kakitangan SMKTAT percaya bahawa  
  1. Semua guru, kakitangan dan pelajar berpotensi untuk mencapai kecemerlangan dalam semua bidang;
  2. Pelajar-pelajar yang dilahirkan dalam sifat fitrah semula jadi memerlukan didikan, bimbingan dan asuhan yang sempurna daripada para pendidik untuk kesejahteraan di dunia dan di akhirat.
  3. Pelajar-pelajar merupakan aset atau khazanah negara yang tidak ternilai untuk memaju dan mengisi Wawasan Negara.
Oleh itu kami bertekad  
  1. Sentiasa berminat dan bangga dengan profesion seperti mempunyai dedikasi menjalankan tugas, sanggup bekerja lebih masa, menjaga nama baik dan profesion perguruan.
  2. Sentiasa bersikap adil terhadap pelajar tanpa mengira faktor-faktor keturunan, agama, ekonomi, fahaman dan seumpamanya.
  3. Sentiasa mengutamakan kepentingan kemajuan pelajar, kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar seperti mengajar sepenuh hati, membimbing, menolong, mengambil berat dan seumpamanya.
  4. Sentiasa melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan, semoga mendapat keredaan Tuhan di dunia dan di akhirat.
  5. Sentiasa menganggap kerja sebagai suatu ibadah.