Terkini

Tarikh : 22 April 2008    Masa : 1830 (Malaysia GMT 8+)

I'M BACK..!!! YAHOO!!! Horay.. akhirnya dapat kembali mengemaskini laman web sendiri.. Begitu jauh jarak masa, pelbagai peristiwa telah berlaku.. akhirnya kini aku telah mampu melanggan tmnet streamyx. Maka akan bermula episod baru laman web peribadi aku ini.. :-)

Maka sekarang akan aku mula menyusun semula design untuk memperbaharui laman web ini.. atau, mungkin aku akan menggunakan ID yang baru.. ? sama2 menantikannya. Sementara itu, kunjungi laman berikut untuk tatapan aktiviti saya yang terkini :-

http://profiles.friendster.com/aleh

http://msy_aleh.blogs.friendster.com/msy_aleh_blog/

Sekian dahulu. Da..

 

 

Tarikh : 8 April 2005    Masa :1200 (Malaysia GMT 8+)

Sekarang ni tengah cuti pertengahan penggal. Tak banyak perkara nak diperkatakan. Kehidupan diteruskan seperti biasa saja. Baru-baru ini saya ada mengikut upline saya ke Jejak Gemilang CNI 2005 di Bukit Jalil.  Kamsis C Polisas juga baru selesai satu festival 'Bila Kamsis C Berkampung..'.

Sekian dahulu buat masa ini.

 

Tarikh : 13 Febuari 2004    Masa : 1310 (Malaysia GMT 8+)

Cuti raya cina dah nak berakhir pun. Ni baru sempat nak updatekan laman web. Tak ada tambah apa-apapun yang nyata.  Alhamdulillah, semester ini saya dilantik mengekalkan jawatan saya dalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sebagai Penolong Setiausaha Kehormat bagi penggal kedua.  Dalam masa yang sama saya juga dilantik sebagai ketua blok 1, Kamsis C Polisas. 

Pelbagai peristiwa telah terjadi termasuklah kes keracunan makanan sebelum Raya Haji yang lalu dimana berita itu tersiar dalam semua akhbar tempatan. InsyaAllah atuk saya akan selamat tiba dari tanah suci pada 20 Feb ini di LT Bayan Lepas, P.Pinang.  Nak bercoret panjang pun dah tak sempat.. sekian. 

 

Tarikh : 28 Disember 2004 (Selasa)    Masa : 16:10 (Malaysia GMT 8+)

Kini sedang cuti hujung semester.  Minggu hadapan akan bermula Minggu suaikenal di Polisas. Saya akan terlibat menjadi salah seorang ajk. Dalam cuti sebelum ini saya mendapat tahu sepupu lelaki saya akan mendaftar di politeknik yang sama dengan saya. Gembira rasanya ada saudara yang setempat belajar. Saya akan mendaftar semester akan datang pada minggu hadapan dan Alhamdulillah dapat menetap di asrama iaitu Kamsis C. Asrama ini merupakan yang terbaru dibina dalam Polisas. 

InsyaAllah, jika tiada aral melintang, atuk saya sebelah ayah akan menunaikan rukun Islam ke 5. Atuk saya akan belepas ke sana pada 6 Januari 2005 dari LT Bayan Lepas, P.Pinang.  Tahun baru bakal menjelang tak lama lagi, moga dikurniakan kesihatan dan kejayaan hidup yang cemerlang dan gemilang. 

Raya dahpun lepas.  Cuti haritu pun singkat je. Tak sempat pun nak berkunjung ke semua rumah saudara-mara dan rakan-rakan. Diharapkan tidaa yang berkecil hati kerana masa amat suntuk ketika itu.  

Sekian dulu buat masa ini.

 

Tarikh : 9 November 2004 (Selasa)    Masa : 16:10 (Malaysia GMT 8+)

Kini sedang cuti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba dalam beberapa hari sahaja lagi. Masa ini lah nak mengecat rumah, kemas bilik, ruang tamu, tukar langsir dan sebagainya.  Sempena lebaran yang mulia ini saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada semua yang mengenali saya.  Kepada mereka yang tak dapat kad raya tu, maap je le.. tahun ni saya hanya balas kad raya yang diterima sahaja. Saje je nak tengok, sape yang masih ingat  kat saya.

Laman web ini telah ditambah lagi dengan gambar-gambar aktiviti yang terkini. Kiranya semester ini agak sibuk juga bagi saya yang terpilih sebagai Naib Setiausaha Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Sesi Julai 2004.  Walaubagaimanapun adalah menjadi harapan saya untuk mengeratkan hubugan yang dah lama tak berhubung, terutamanya rakan-rakan masa SPM dahulu.. korang kontact le..!

Sekian dulu.

 

Tarikh : 23 Jun 2004 (Rabu)    Masa : 01:05 (Malaysia GMT 8+)

Laman ini hampir siap dikemaskini kecuali laman keluarga saya.  Ini adalah kemaskini terakhir untuk bulan ini.  Ibu saya baru sahaja menjalani pembedahan untuk membuang selaput mata kira-kira 2 minggu yang lepas.  Alhamdulillah, semuanya telah selamat dan kini ibu saya sedang menjalani proses pemulihan.  

Saya mulai aktif secara sambilan dalam jualan langsung pada Febuari lalu walaupun telah menjadi ahli sejak November 2003.  Alhamdulillah, walaupun secara sambilan, dapatlah juga sedikit pendapatan.

Saya akan kembali ke Kuantan pada hujung minggu hadapan, InsyaAllah dan mendaftar semula di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah pada 7 Julai 2004.

 

Tarikh : 21 Jun 2004 (Isnin)       Masa : 18:00 (Malaysia GMT +8)

Saya telah selesai Latihan Industri di Bahagian Majlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan selama lebih 20 minggu. Kini saya akan kembali ke Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan untuk menyambung kembali kuliah di semester ke-4 Diploma Sains Kesetiausahan.  

 

Up Terkini Diri Saya Keluarga Saya Galeri Gambar Sajak Keluar