eMFSS

Kisah Para Nabi dan Rasul
UTAMA
PENGUMUMAN
SIAPAKAH CIKGU
PENYINAR MAYFLOWER
BAGUS KE?
CERPEN MURID
INFO MURID
PAUTAN

NABI ZULKIFLI A.S.

Bahagian 4: Keadilan Zulkifli
 
Lebih jauh Al-Quran tidak menyebutkan namanya dalam bilangan para nabi. Mengenai dakwah, risalahnya dan kaum yang dihadapinya tidak disebutkan sama sekali, baik secara umum mahupun secara khusus. Oleh itu kami membatasi diri untuk tidak membicarakan tentang dakwahnya kerana memang kebanyakan mufassirin tidak menceritakannya kecuali hanya maklumat yang sangat terhad.
 
Yang perlu diingat bahawa Zulkifli yang disebutkan dalam Al-Quran itu bukanlah Kifli yang disebutkan dalam hadis, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan At-Tirmidzi dari Ibnu 'Umar r.a. di mana dinyatakan: "Kifli yang berasal dari kalangan Bani Israil tidak menjaga diri dari perbuatan dosa. Ada seorang perempuan datang kepadanya lalu Kifli memberikan wang 60 dinar kepadanya, dengan maksud agar perempuan itu mahu disetubuhi. Tatkala Kifli sudah siap melakukannya sebagaimana layaknya seorang suami dengan isterinya, tiba-tiba perempuan itu gementar dan menangis.
 
Kifli bertanya kepadanya: "Kenapa kamu menangis, adakah kamu tidak mahu?" Perempuan itu menjawab: "Tidak, tetapi perbuatan seperti ini tidak sama sekali belum pernah aku lakukan sebelumnya, dan aku mahu melakukan seperti ini kerana ada keperluan yang sangat mendesak." Kifli berkata: "Jadi, baru kali ini kamu melakukan perbuatan seumpama ini sedangkan sebelumnya belum pernah sama sekali?"
 
Kemudian Kifli melepaskan perempuan itu dan berkata: "Pergilah kamu dan bawalah dinar-dinar yang telah aku berikan kepadamu." Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Demi Allah, Kifli tidak pernah berbuat maksiat kepada Allah untuk selama-lamanya. Setelah itu ia meninggal dunia pada malam harinya dan di pintunya tertulis: "Allah telah memberikan ampunan kepada Kifli."
 
Hadis di atas diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, dan ia berkata: "Ini hadis hasan". Hadis tersebut juga diriwayatkan dengan mauquf pada Ibnu 'Umar. Mengenai sanadnya ada suatu teori, jika sanadnya memang boleh dipercayai maka Kifli yang disebutkan itu bukanlah Zulkifli kerana dalam hadis itu hanya disebutkan Kifli sahaja tanpa dikaitkan dengan kata yang lain. Dengan demikian, maka Kifli itu adalah orang lain, bukan Zulkifli yang disebutkan dalam Al-Quran.
 
Kaum Nabi Zulkifli panjang-panjang usianya dan anak-beranak banyak sekali sampai negerinya padat dan kekurangan bahan makanan. Akhirnya kaum itu sedar dan meminta lagi kepada Nabinya, Nabi Zulkifli supaya dikembalikan kepada ajal yang ditentukan, tidak mahu dipanjangkan umurnya.
 
Nabi Zulkifli adalah nabi yang penyabar dalam menghadapi segala persoalan, beliau hadapi segala urusan dengan sabar, beliau selalu mematuhi janji yang diberikan oleh raja dahulu yang menyerahkan kerajaannya, dan beliau berpegang teguh akan janji dan kesanggupan untuk bersabar, iaitu tidak marah.
 
Beliau meninggal dunia dalam usia 75 tahun.

Alhamdulillah, selesai sudah kisah Nabi Zulkifli a.s. Kisah-kisah lain akan diceritakan minggu hadapan........