Selamat Datang Ke Laman Web

PUSAT MATRIKULASI (UKM)

KUALA PILAH

 

Latar belakang PM(UKM)KP  dahulunya PMKP

Pusat Matrikulasi  (UKM), Kementerian Pendidikan Malaysia ini mula beroperasi pada 1 Julai 1988 hasil kerjasama di antara Kementerian Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus. Pusat ini bertujuan menyediakan pelajar-pelajar Bumiputera untuk memasuki fakulti-fakulti di UKM.

Dari segi pentadbiran, Pusat ini diletakkan di bawah Unit Sekolah Berasrama Penuh, Bahagian Sekolah. Dasar kurikulum dan perlaksanaannya pula berada di bawah bidang kuasa Lembaga Kurikulum dan Pusat Matrikulasi, Program Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Pusat ini adalah salah sebuah dari pusat-pusat yang mengendalikan Program Matrikulasi UKM yang bertaburan di seluruh negara dan berupaya menampung kira-kira 500 orang pelajar pada satu-satu sesi pengajian. Sejak penubuhannya Pusat ini mengendalikan Kursus Matrikulasi Sains dan Kejuruteraan satu tahun atau dua tahun mengikut keperluan semasa UKM.

Bagi memenuhi tuntutan semasa negara, PM(UKM)KP juga menyediakan pelajar-pelajar untuk ke luar negara terutamanya dalam bidang perubatan, pergigian dan kejuruteraan.

 
 

Pentadbir

Staf Akademik

Staf Sokongan

Syarat 

Kemasukan

Objektif

Falsafah dan

Perlaksaanan Kursus

Pencapaian Akademik

 
 
 
Halaman ini masih dalam pembinaan. Sila lawati kami di lain masa. Terima kasih.
 
Webmaster