PERSOALAN ANAK LUAR NIKAH
From: "Bakal PM" <******@mesra.net>
JAWAPAN USTAZ ALI MUDA |
Wa`alaykum salam warahmatullah.
Hukum nikah dgn perempuan yg sedang mengandung
anak luar nikah adalah sah (bila cukup rukun dan syarat nikah), sama ada lelaki
yg bernikah itu si empunya benih dlm kandungan itu atau lelaki lain.
Masalah sama ada boleh atau tidak anak drp benih
luar nikah itu dibinkan kpd bapanya (yg dinikahkan secara sah selepas zina),
adalah tertakluk kpd tempoh usia kandungan selepas dinikahkan. Sekiranya usia
kandungan adalah melebihi tempoh enam (6) bulan (mengikut perkiraan kalendar
Hijriah) selepas dinikahkan, maka anak yg dilahirkan itu dibinkan kpd suami
ibunya yg sah itu. Sekiranya usia kandungan itu tidak sampai enam bulan Hijriah
selepas akad yg sah, maka haram membinkan anak itu kpd lelaki yg menjadi suami kpd
ibunya itu.
Sebagai contoh, Minah telah berzina dgn Mamat lalu
hamil. Ketika usia kandungan zinanya tiga bulan Hijriah, Minah pun dinikahkan
dgn Mamat (atau dgn lelaki lain). Enam bulan sepuluh hari selepas akad nikah
itu, Minah pun melahirkan bayi hasil perzinaan dgn Mamat lebih kurang sembilan
bulan yg lalu. Walaupun anak itu sebenarnya adalah hasil perzinaan, tetapi atas
dasar Husnuz Zan (berbaik sangka), maka syariah membenarkan anak itu dibinkan
kpd Mamat (atau lelaki lain) yg telah berkahwin dgn Minah secara sah.
Ini berdasarkan 'isyarat al-nas' drp ayat2
berikut:
1. Ayat 15 Surah al-Ahqaf yg bermaksud, "Dan
Kami (Allah s.w.t.) telah berpesan kpd manusia supaya berbuat ihsan kpd kedua
ibu bapanya, ibunya telah mengandungkannya secara payah, dan melahirkannya
secara payah, (tempoh) kandungan dan penyusuan selama tiga puluh bulan…"
2. Manakala ayat 14 Surah Luqman pula bermaksud,
"…dan penyusuannya selama dua tahun…" dan ayat 232 Surah al-baqarah
yg bermaksud, "Dan ibu2 yg menyusukan anak2 mereka selama genap dua tahun,
iaitu bagi sesiapa yg hendak menyempurnakan penyusuan itu"
Berdasarkan ayat2 di atas, para ulama Islam yg
bijaksana lagi memahami al-Quran telah merumuskan bahawa tempoh kandungan yg
minima (paling pendek) ialah selama enam bulan Hijriah. Ini kerana Al-Ahqaf: 15
menyatakan tempoh kandungan beserta penyusuan ialah 30 bulan (perkiraan bulan
dlm al-Quran adalah berdasarkan Qamariah/Hijriah), manakala al-Baqarah: 232 dan
Luqman: 14 pula menyatakan tempoh penyusuan yg lengkap ialah 24 bulan. (30 - 24
= 6), maka tempoh 6 bulan yg tinggal itu ialah utk usia kandungan yg minima,
w/pun kebiasaan tempoh hamil ialah lebih kurang 9 bulan.
Berdasarkan inilah, maka anak yg dilahirkan
selepas 6 bulan Hijriah ibunya bernikah, adalah dikira anak yg sah dan dibinkan
kpd bapanya yg telah bernikah secara sah dgn ibunya, w/pun umum mengetahui si
ibu itu telah berzina dan telah hamil semasa akad nikah diadakan. Maka sesiapa
yg menuduh anak itu sebagai anak haram, maka si penuduh layak dikenakan Had al-Qazaf
(jenayah menuduh zina tanpa saksi) sebanyak 80 sebatan (berdasarkan Surah
al-Nur: 4).
Sebaliknya,
jika usia kandungan itu tak cukup enam bulan Hijriah selepas nikah yg sah, maka
adalah HARAM membinkan anak itu kpd lelaki yg dinikahi oleh ibunya secara sah
semasa sedang hamil zina itu.
Bahkan menurut hukum Islam, jika Minah melahirkan
anak yg usia kandungannya kurang drp 6 bulan drp tarikh akad nikah yg sah, maka
dia dikira telah hamil luar nikah tanpa syak lagi (tak boleh diberi husnuz zan
lagi) dan layak dihukum hudud zina, melainkan dia dapat membuktikan dgn bukti
yg melampaui keraguan bahawa dia dizinai secara paksa (rogol). Minah juga boleh
membawa ke muka pengadilan lelaki yg menzinainya (dlm contoh tadi, Mamat) utk
sama dihukum hudud zina, sama ada dgn bukti atau saksi atau pengakuan lelaki
itu. Jika tidak, Minah seorg dihukum hudud zina, melainkan dia berjaya
membuktikan bahawa dia dirogol. Tidak timbul soal tidak adil, kerana setiap org
terpaksa memikul akibat perbuatannya sama ada di dunia sahaja atau di akhirat
saja atau di dunia dan akhirat sekali gus. (Tambahan huraian ini adalah sebg
jawapan terhadap org yg berkata hukum hudud tidak adil utk wanita yg hamil luar
nikah kerana dirogol)
Maknanya, anak Minah tadi mesti dibinkan kpd
'Abdullah'. Kalau kebetulan suami ibunya bernama Abdullah, maka selamatlah
maruahnya. Kalau nama suami ibunya bukan Abdullah, kena binkan kpd Abdullah
juga sebab bayi itu anak luar nikah yg tak boleh diberi Husnuz zan lagi, sebab
tak cukup enam bulan kandungan.
Sekian jawapan saya, WaLlahu a`lam bis sowab,
wassalam.