Bahagian ini memberikan penjelasan ringkas tentang kepentingan setiap bidang iaitu NOMBOR,BENTUKdan PERKATAAN diikuti dengan senarai tajuk serta skop bidang tersebut. Bebarapa aspek penggunaan khusus yang ingin ditegaskan bagi konsep-konsep tertentu juga disertakan.
NOMBOR
Dalam kehidupan seharian, beberapa aspek Nombor seperti membuat kira-mengira secara congak, menggunakan alat bantu mengira secara bijak, menyemak jawapan kepada pengiraan dan membuat anggaran adalah merepukan keperluan asas. Tajuk-tajuk dalam bidang ini digubal untuk memenuhi keperluan itu.Penyelesaian pelbagai bentuk masalah nombor pula dapat meningkatkan lagi kemahiran mengira dan menyelesaikan masalah.
Nombor Bulat
Nombor bulat (0,1,2,….)
Nombor bulat pada garis nombor
Nilai tempat digit dalam nombor bulat
Operasi +, -.x,¸ atas nombor bulat
Pembundaran (cara tradisi) atas nombor bulat.
Pecahan
Pecahan
Pecahan pada garis nombor
Pecahan setara
Pecahan wajar dan pecahan tak wajar
Nombor bercampur
Operasi +, -.x,¸ terhadap pecahan.
Nombor Perpuluhan
Nombor perpuluhan
Nombor perpuluhan pada garis nombor
Nilai tempat digit-digit dalam perpuluhan
Penukaran nombor perpuluhan kepada pecahan dan sebaliknya
Operasi +, -.x,¸ terhadap nombor perpuluhan
Pembundaran nombor perpuluhan
Peratus
Peratus dan simbol %
Tokokan dan susunan suatu kuantiti dalam sebutan peratus
(Penggunaan kepada keadaan untung ,rugi, faedah mudah, deviden, komisen dan diskaun)
Penggunaan peratus dalam perbandingan
(Tafsiran kritikal terhapad kenyataan yang menggunakan peratus)
Nombor Negatif
Tanda +, - dalam nombor
(Penggunaan tanda + untuk menunjukkan tokokan suatu kuantiti, untung dan nilai yang lebih daripada sifar.
Penggunaan tanda - untuk menunjukkan susutan suatu kuantiti, rugi, hutang, tunggakan dan nilai yang kurang daripad sifar.
Integer (…, -2,-1,0,1,2,….)
Pecahan negatif dan nombor perpuluhan negatif
Nombor negatif pada garis nombor
(Pengunaan kepada skala seperti dalam termometer
Operasi +, -.x,¸ terhadap nombor negatif dan nombor positif
Gandaan dan faktor
Nombor perdana
Faktor dan faktor perdana
Faktor sepunya dan faktor sepunya terbesar.
Gandaan sepunya dan gandaan sepunya terkecil
Kuasa Dua,Punca Kuasa Dua,Kuasa Tiga,Punca Kuasa Tiga
Kuasa dua
Punca Kuasa dua
(Penggunaan buku sifir untuk mencari kuasa dua dan punca kuasa dua)
Kuasa tiga
Punca kuasa tiga.
Bentuk Piawai
Angka bererti
Nombor dalam bentuk piawai
(Penggunaan bentuk piawai untuk mewakili nombor yang sangat besar atau sangat kecil yang biasa terdapat dalam bidang sains
Operasi +, -.x,¸ terhadap nombor dalam bentuk piawai.
Asas Nombor
Nombor dalam asas 2,8
Nilai tempat angka dalam nombor asas 2,8
Penukaran nombor dalam asas 2,8 & 10 diantara satu sama lain.
BENTUK
Bentuk dan saiz adalah dua aspek yang biasa ditemui dalam alam sekitar.Pengajaran pembelajaran bentuk Matematik dapat meningkatkan kefahaman pelajar tentang alam sekitar.Disamping itu pengatahuan tentang konsep ruang dan bentuk serta kemahiran mengukur dapat membantu pelajar mengandalikan masalah praktikal yang ditemuinya dengan lebih yakin.Pelajar juga dapat mengembangkan pemikiran secara visual dan menghayati nilai estetik yang terdapat pada bentuk ini adalah amat relevan kepadakehidupan seharian
Ukuran Asas
Panjang
Jisim
Masa dan Waktu
Sudut dan Garis Selari
Sudut dan simbol bagi sudut
Unit ukuran sudut : darjah
Jenis sudut: tirus, tegak cakah, refleks
Garis bersilang (termasuk garis serenjang)
Sudut berkaitan dengan dua garis lurus yang bersilang: sudut bersebelahan,sudut bertentang bucu
GariscSelari
Sudut berkaitan dengan rentasan lintang gasis selari; sudut berselang-seli, sudut sepadan,sudut pedalaman.
Poligon
Pelbagai poligon (mengikut bilangan sisi)
Simetri garis
Jenis segitiga sama sisi, sama kaki , tak sama kaki, bersudut tirus,bersudut tegak, bersudut cakah.
Sifat sudut berkaitan dengan segitiga
Jenis sisi empat,segiempat sama, segiempat tepat,segiempat selari,rombus,trapizium
Sifat sudut dalam sisi empat
Sifat sudut berkaitan dengan poligon sekata
(Penggunaan bentuk dalam bidang senibena dan penghasilan corak.
2.4 Perimeter dan Luas
Perimeter
Luas segitiga dan sisi empat
(Penggunaan Luas dalam bidang pengukuran tanah)
Pembinaan
Pembinaan tembereng garis, sudut, pembahagi dua sama sudut segitiga,garis serenjang pembahagi dua sama serenjang, garis selari dan segiempat selari.
Lukisan berskala
(Penggunaan dalam grafik dan senibena)
Lokus dalam Dua Matra
Lokus satu titik yang bergerak mengikut sesuatu syarat.
Lokus titik dalam dua matra yang memenuhi lebih daripada satu syarat.
Bulatan
Bulatan dan bahagian bulatan
Lilitan dan luas sektor
Panjang lengkok dan luas sektor
Sifat sudut berkaitan dengan bulatan dan sisi empat kitaran
Tangen pada bulatan
Tangen dari satu titik kepada satu bulatan
Tangen sepunya pada dua bulatan.
Pepejal dan Isipadu
Pelbagai pepejal: kubus, kuboid, prisma, silinder, piramid, kon, sfera
Luas Permukaan pepejal
Isipadu (Penggunaan isipadu dalam kapasiti kereta)
Penggunaan kepada pengiraan suatu jarak seperti lebar sungai yang sukar diukur langsung)
Bearing,Sudut Dongakan,Sudut Tunduk.
Arah Kompas: Utara ,selatan ,timur, barat, barat laut tenggara, barat daya, barat laut.
000 0 - 360 0
Penggunaan bearing dalam bacaan peta dan pelayaran
Sudut dongakan dan sudut tunduk
Penggunaan kepada pengiraan suatu tinggi seperti tinggi bangunan yang sukar diukur secara langsung
Garis dan Satah dalam Tiga Matra
Normal kepada satah dan unjuran garis pada satah
Sudut di antara garis dengan satah
Sudut di antara dua satah yang bersilang.
Pelan dan Dongakan
Pelan pepejal
Dongakan depan dan dongakan tepi pepejal
(Penggunaan dalam senibena)
Bumi Sebagai Sfera
Latitud dan longitud
Jarak Sepanjang latitud dan longitud
Jarak terpendek dipermukaan bumi
Batu Nautikal dan knot
(Penggunaan dalam pelayaran)
Penjelmaan
Penjelmaan
Translasi
Pantulan
Putaran
Isometri dan kekongruenan
(Penggunaan untuk memperolehi sifat geometri)
Pembesaran
Keserupaan dan luas bentuk yang serupa
Gabungan dua penjelmaan
PERKAITAN
Perkaitan diantara bebarapa kuantiti sering terdapat dalam kehidupan seharian. Dengan itu,pengandalian perkaitan seperti rumus serta hukum dan membuat generalisasi susuatu situasi merupakan satu keperluan asas.Perkaitan boleh dinyatakan atau digambarkan dalam bentuk seperti jadual,graf,rumus, persamaan dan ketaksamaan.Pernyataan perkaitan didalam bentuk tersebut menjadi alat yang berguna untuk penyelesaian masalah dan komunikasi.