Nukilan

Musa Muhamman

Perkembangan Awal Bandar Jesselton

 

            Setelah Jesselton ditemui pada tahun 1899, BNBCC telahpun mula melakukan kerja-kerja untuk membangunkan Jesselton.  Kerja-kerja tersebut bermula dengan kerja-kerja untuk membersihkan tanah sebagai tapak mendirikan bangunan-bangunan kerajaan serta beberapa deret kedai dan sebagainya.  Kerja-kerja pertama tersebut dilakukan pada 9 November 1899.[1]  rmula dengan kerja tersebut, BNBCC telah  giat melakukan beberapa kerja-kerja memajukan Jesselton sesuai dengan status Jesselton yang merupakan pusat pentadbiran BNBCC di Panatai barat.

            Kerja-kerja pembinaan benteng-benteng untuk menghalang ombak, jeti dan bangunan-bangunan kerajaan  telah dijalankan.  Dalam tahun yang sama, BNBCC juga telah mengarahkan Haynes untuk memulakan kerja-kerja pembinaan bangunan pentadbiran di Jesselton serta lot-lot kedai.[2]  Ini selari  dengan pembinaan landasan kereta api  yang menuju ke Putatan, Jesselton juga telah dilengkapi dengan ibu pejabat Jabatan Kereta Api bagi menyelaraskan pentadbiran yang berkaitan dengan kereta api. Seterusnya jalan raya yang memudahkan hubungan Jesselton dengan tempat-tenmpat lain seperti Daerah Putatan, Manggatal dan bahagian pedalaman telah mula dijalankan.  Dengan itu, awal tahun 1900, pekedai-pekedai dari Gantian telah mula berpindah ke Jesselton.  Justeru itu, bermula era ini sejarah pembangunan dan perancangan bandar Jesselton telah bermula dengan teratur.

            Sehubungan dengan itu, pada Mei 1900, Penguasa Kerja Raya, E.A Pavitt telah menyediakan pelan bandar bagi Jesselton.  Sejajar dengan itu, Pesuruhjaya Tanah telah menyediakan 17 nama dan pemetaan tanah telah dilakukan oleh kedua-dua pegawai tersebut.  Sehubungan dengan itu, beberapa projek telah dijalankan bagi membangunkan Jesselton.  Di antara projek utama yang terkandung dalam pelan tersebut adalah berkaitan dengan pembinaan bangunan-bangunan yang diperlukan oleh jurutera-jurutera kereta api dan pekerja-pekerja buruh yang berjumlah 3000 orang di Jesselton.[3]  Oleh yang demikian, dengan terlaksananya pelan perbandaran Jesselton, proses perniagaan telah bermula dengan rasminya pada 10 November 1900.[4]

            Sejajar dengan tindakan BNBCC  meletakkan Jesselton sebagai pusat pentadbiran bagi residensi Pantai Barat, daerah-daerah sekitarnya seperti Papar, Putatan, Likas, Inanan, Manggatal, Telipok dan seumpanya telah tertumpuh kepada bandar ini. Bahkan, para pedagang asing juga telah berminat berkunjung ke pelabuhan Jesselton untuk tujuan berdagang.  Ini membawa kepada kedudukan Jesselton yang menjadi pelabuhan BNBCC terpenting selepas pelabuhan Sandakan. Dengan ini, situasi ini telah mempercepatkan lagi proses perbandaran Jesselton.

            Demi melengkapkan bandar ini, Malcolm iaitu seorang pengasas Royal Institusi of  International Aftair telah meneruskan projek Ridgeway.  Projek ini adalah berkaiatan dengan pembinaan hubungan radio dan telegraf antara Jesselton dan Sandakan ntuk memeudahkan hubungan antara kedua-dua bandar ini.  Projek ini dijalankan pada 1914.[5]

            Dalam melihat lebih jelas berkenaan dengan proses awal perkembangan bandar Jesselton, penulis berasa paparan gambar-gamabar berikut sedikit sebanyak boleh membantu kita untuk menganalisa perkembanagan Jesselton pada awal penubuhannya.


[1] J.M Dinwiddie, The Eraly History of Jesselton, hal. 32.

[2] King Chui  Aik, Proses Perancangan Banda: Satu Kajian Perancangan Kota Kinabalu,  hal.,75.

[3] Kota  Kinabalu Menjadi perbandaran, hal. 13.

[4] King Chui  Aik, Proses Perancangan Bandar: Satu Kajian Perancangan Kota Kinabalu,,hal. 76.

[5] Tregonning K.G, North Borneo Under British Company Chartered, 1958, hal. 69-70

 

Gambar Rajah 3:

Penguasaan BNBCC bahagian Pantai Barat  rentetan daripada penemuan Jesselton pada tahun 1899

 yang banyak mempengaruhi perkembangan Jesselton.

Gambar Rajah 4:

Keadaan Jesselton sekitar tahun 1900 setelah BNBCC menjadikan Jesselton sebagai pusat pentadbiran

BNBCC di bahagian Pantai Barat pada tahun 1899.

 

Gambar Rajah 5:

Pelabuhan Jesselton (pemendangan dari bukit) sekitar tahun 1909.

 

Gambar Rajah 6:

Jesselton pada Jun 1909

 

 

Gambar Rajah 7:

Keadaan Kampung Air yang merupakan sebuah lokasi yang berada dikawasan Jesselton pada tahun 1909.

 

 

Gambar Rajah 8:

Jesselton pada tahun 1909.

 

Gamabar Rajah 9:

Menunjukkan perkembangan Jesselton sekitar tahun 1910

 

 

Gambar Rajah 10:

Jesselton pada tahun 1911.

 

 

Gambar Rajah 11:

Jesselton pada tahun 1911.

 

Gamabar Rajah 12:

Jesselton pada tahun 1915.

 

Gambar Rajah 13:

Jesselton sekitar tahun 1915.

 

 

Gambar Rajah 14:

Road Street, Jesslton 1915.