Make your own free website on Tripod.com

MUZIUM KESENIAN ISLAM MALAYSIA
Bayaran masuk | Maklumat lanjut | Lampiran | Tajaan | Kemudahan | Waktu beroperasi | Lokasi

 
Ingin Menjelajah Dunia Islam? Selamat datang ke .....
 
selamat datang ke Muzium Kesenian Islam Malaysia
 

 

Kemunculan Islam, yang mengandungi kekayaan sejarah dan tamadun yang hebat telah menjadikannya penting dalam sejarah manusia. Khazanah dan budaya dari seniman-seniman ini telah mengurniakan kita penghargaan dan kefahaman kesenian dan kebudayaan Islam.

Kejayaan Pameran Dunia Tamadun Islam yang diadakan di Pusat Islam Kuala Lumpur pada tahun 1994, telah memperlihatkan keperluan penubuhan satu pusat pembelajaran dan penyelidikan yang tetap untuk memelihara sejarah, kesenian dan warisan budaya Islam.

Muzium Kesenian Islam Malaysia (MKIM) telah dirasmikan pembukaannya pada 12hb Disember 1998 bersamaan 23 Sya'aban 1419 , ia merupakan satu hadiah kepada rakyat Malaysia dan Antarabangsa daripada Yayasan Albukhary, dengan kerjasama Kerajaan Malaysia dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).