PENGENALAN
AIDS merupakan satu penyakit yang amat berbahaya pernah melanda umat manusia sejagat. Ketiadaan vaksin dan ubat untuk mencegah dan menghapuskan penyakit AIDS menyukarkan usaha untuk mengawal wabak AIDS. Tambahan pula jangkitan HIV berkait rapat dengan tingkahlaku dan cara hidup individu yang amat sensitif dan peribadi.
AIDS telah mewujudkan pelbagai fenomina sejak melanda dunia. Pelbagai implikasi sosio-budaya, ekonomi dan politik telah timbul akibat wabak ini. Jangkitan HIV bermula sejak 1970 dan penyakit AIDS akibat jangkitan HIV mula di kenalpasti pada tahun 1981. Reaksi sosial bermula akibat rasa takut dan kejahilan tentang HIV dan AIDS. Ia memberi kesan mendalam keatas diri sendiri., keluarga serta masyarakat. Individu yang telah dijangkiti HIV sering disisihkan oleh keluarga dan masyarakat. Keperluan untuk menjaga serta memberi sokongan sosial kepada pembawa HIV dan pesakit AIDS tidak di titikberatkan. Adalah diharapkan buku panduan ini akan memberi lembaran baru dalam usaha membenteras masalah ini.
AIDS bermaksud (Acquired Immuno Deficiency Syndrome) atau sindrom kurang daya tahan melawan penyakit.
| A -Acquired : | Bermaksud jangkitan yang dipindahkan dari seorang
individu kepadaindividu yang lain daan bukan di perolehi dari keturunan |
| I - Immuno : | Keupayaan semulajadi badan melawan penyakit / jangkitan |
| D- Deficiency : | Kurang/lemah |
| S - Syndrome : | Gabungan tanda-tanda dan gejala-gejala |
APA ITU HIV
HIV adalah bermaksud Human Immunodeficiency Virus. Sejenis virus dari kumpulan retrovirus yang menghasilkan jangkitan sepanjang hayat pesakit. Asal usul HIV masih kabur. Ia pernah dikaitkan dengan sejenis monyet hijau di Afrika Barat.
![]() |
HIV DAN JANGKITAN
HIV Sejenis kuman retrovirus yang dinamakan HIV H - Human I - Immunodeficiency V - Virus |
APA ITU HIV POSITIF
Adalah seseorang yang telah di sahkan mempunyai HIV dalam tubuh badan mereka tetapi tidak disahkan mempunyai HIV dalam tubuh badan mereka tetapi tidak menunjukkan tanda-tanda dan gejala penyakit serta boleh merebakkan kepada orang lain. Individu yang menunjukkan HIV positif di gelar pembawa HIV. Pembawa HIV kelihatan sihat dan dapat menjalankan aktiviti harian seperti orang biasa untuk satu jangkamasa yang panjang ( 5- 10 Tahun ).
APA ITU AIDS
AIDS merupakan peringkat terakhir jangkitan HIV dimana sistem daya ketahanan badan melawan jangkitan telah di lumpuhkan dengan ini berbagai tanda-tanda dan gejala penyakit opportunis seperti kandidiasis, kayap jangkitan paru-paru, kanser akan wujud dan berakhir dengan kematian.
TANDA-TANDA DAN GEJALA AIDS
![]() |
Bengkak kelenjar di leher pesakit |
![]() |
Penyakit herpes zoster di kawasan pinggang |
| Penyakit kandidiasis di bahagian mulut dan tekak |
![]() |
Karposi's Sarcoma |