Make your own free website on Tripod.com

naungan_nur_wahyu

Home

Globalisasi Dan Pemikiran Islam Silam | The West's Perception Towards Islam After Sept 11 by Prof. Osman Bakar | al-Ghazali and Aesthetics | Falsafah Etika: Perbandingan Pendekatan Islam Dan Barat | Bruno Guiderdoni In Interview | The Exploration of the Cosmos : an endless Quest ? by : Bruno Guiderdoni | Paparan Sejarah Islam: Abad Ke-11 Hingga Abad Ke-15 H | Pegangan Sejati Ahli Sunnah | Nafas Baru Hikmah al-Isyraqi: Dari Estetika Menuju Fizikal | Bacaan Dan Kemajuan Pemikiran: Apakah Respons Muslim ??
Falsafah Etika: Perbandingan Pendekatan Islam Dan Barat

Enter subhead content here

Falsafah Etika: Perbandingan Pendekatan Islam Dan Barat

oleh:

Mohd Nasir Omar (UKM)

Diringkas serta dikomen oleh:

Mohd Zaidi Abdullah

 

1] Falsafah:

Definisi Dan Skopnya

Hubungan Falsafah Dengan Lain-Lain Bidang Ilmu

Falsafah Dan Sains

Falsafah Dan Agama

Bahagian-Bahagian Falsafah Dan Kedudukan Etika

Kesimpulan:

"Sekurang-kurang terdapat tiga jalan penting yang digunakan oleh manusia dalam perjalanan mereka mencari kebenaran (truth) iaitu sains, falsafah dan agama."

"Matlamat kebenaran sains adalah kegunaan dan kemanfaatannya kepada manusia; kebenaran falsafah untuk difahami, diadili atau difikirkan; sedangkan kebenaran agama untuk pengabdian, kesyukuran, ketenangan dan mencari keredaan Tuhan di dunia dan juga di akhirat."

2] Pengenalan Konseptual:

Moral Dan Etika

Etika Deskriptif

Etika Normatif

Akhlak

Kesimpulan:

"Moral adalah ilmu yang dapat memberitahu kita persoalan-persoalan berhubung dengan sistem moral atau tingkah laku yang dihayati oleh seseorang individu atau oleh satu-satu golongan tertentu;

etika pula bertugas menganalisa sistem moral tersebut, mengemukakan apakah sistem moral yang sepatutnya, dan membuat penilaian kritis tentang konsep-konsep asas dalam satu-satu sistem moral yang ada, seperti konsep kebaikan, keburukan, keadilan, kebahagiaan, tanggungjawab dan sebagainya.

Sementara akhlak adalah sains yang menekankan jiwa seseorang sebagai daya penggerak kepada wujudnya satu-satu perbuatan, dan perbuatan itu sendiri perlu dilakukan dengan motif yang baik, berterusan dan bukan disebabkan oleh desakan atau dorongan emosi. Dalam lain perkataan, akhlak sebenarnya merupakan gabungan moral dan etika. Walaubagaimanapun, akhlak lebih menekankan autoriti wahyu di samping tidak menolak akal, sedangkan moral dan etika lebih memberatkan taakulan manusia."

3] Perbandingan Pendekatan

Falsafah Etika

Falsafah Akhlak

Pendekatan Barat

Pendekatan Islam

Kesimpulan:

"Jika status dan hubungan manusia dengan Allah ini difahami, maka persoalan apakah kebaikan yang dapat diterima oleh semua manusia, apakah kriteria yang dapat menentukan nilai-nilai kebaikan dan keburukan menurut perspektif Islam adalah ditentukan oleh Allah sendiri kepada manusia melalui wahyu-Nya (al-Quran dan al-Hadith), kerana hanya Allah sahaja yang tahu segenap aspek manusia. Dalam konteks ini, manusia diarah supaya menggunakan kecerdasan otak, kemampuan intuisi dan keunggulan pengalamannya untuk mengkaji, memahami dan menyelami wahyu Allah. Dalam keadaan-keadaan tertentu

Komen:

"Saya melihat penulis tidak memaparkan persepsi kelainan ciri akhlak. Ini kerana dalam sebahagian besar sejarah Islam, umat Islam memakai empat mazhab utama (ada lagi mazhab lain tetapi bertaraf lemah). Umat Islam mengukur keakhlakan seseorang itu berdasarkan satu-satu mazhab ini. Sebagai contohnya, orang bermazhab Syafii haram menyentuh tangan wanita yang halal nikah tetapi, tidak dalam mazhab Hanafi dengan syarat tidak timbul nafsu dan begitulah sebaliknya. (Mazhab Hanafi adalah mazhab rasmi Khilafah Uthmaniyyah termasuk Sultan Muhammad al-Fatih yang diiktiraf Nabi s.a.w.). Ini menunjukkan soal khilafiyyah memberi pengaruh terhadap apa itu berakhlak. Soal ini jarang disedari oleh ramai penulis sedangkan kelainan pendapat adalah salah satu ciri pemikiran umat Islam kerana kesahihan bermazhab diiktiraf oleh ijmak ulama termasuk para sahabat Nabi Muhamamd s.a.w. Dalam pada itu, ada juga golongan tidak suka bermazhab sehingga mereka membid'ahkan sesiapa yang bermazhab, namun begitu mereka sebenarnya juga bermazhab kepada siapa yang dijadikan idolanya."

 

 

"Segala komen saya bukan bererti penolakan tetapi penambahan agar dapat ditanggap dengan sebaik-baiknya."



Enter supporting content here