naungan_nur_wahyu

Home

Globalisasi Dan Pemikiran Islam Silam | The West's Perception Towards Islam After Sept 11 by Prof. Osman Bakar | al-Ghazali and Aesthetics | Falsafah Etika: Perbandingan Pendekatan Islam Dan Barat | Bruno Guiderdoni In Interview | The Exploration of the Cosmos : an endless Quest ? by : Bruno Guiderdoni | Paparan Sejarah Islam: Abad Ke-11 Hingga Abad Ke-15 H | Pegangan Sejati Ahli Sunnah | Nafas Baru Hikmah al-Isyraqi: Dari Estetika Menuju Fizikal | Bacaan Dan Kemajuan Pemikiran: Apakah Respons Muslim ??
Pegangan Sejati Ahli Sunnah

Enter subhead content here

Sinopsis Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal Jamaah

Buku ini menyajikan konsep, prinsip dan kaedah yang diakui oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah dari sudut aqidah dan yang berhubungan dengannya. Juga, sebagai memelihara gaya penyampaian ilmu Islam maka penulis mengambil pendekatan bersanad yakni pengajian yang disahkan berdasarkan salasilah atau susur galur ilmu. Buku ini juga menghubungkan tauhid dengan sains.

Buku ini mengandungi empat bahagian. Pertama dimulakan dengan Awal Bicara, Bahagian Kedua tentang Pengenalan Penting Dan Asas, Bahagian Ketiga tentang Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. Bahagian Keempat tentang iman, Islam dan Ehsan juga menyentuh secara huraian tentang Rukun Iman Yang Enam termasuk perkara-perkara yang merosakkan iman dan Islam. Sebagai penyudah kajian penulisnya, Khatimah disediakan. Penulis juga membina satu bab Suatu Faedah: Doa Dan Zikir Berhubung Iman Dan Islam serta beberapa lampiran yang penting seperti fatwa isu kafir-mengkafir dan tentang fatwa Mufti Terengganu terhadap Zionisme.

Mungkin dalam kebanyakan kitab-kitab tauhid hanya menyajikan pegangan tauhid yang bersifat biasa didengari maka penulis secara berani mendekati beberapa fahaman yang mampu menghakis pegangan aqidah Ahli Sunnah seperti pascamodenisme, liberalisme, relativisme dan seumpamanya. Penulis juga memberanikan diri mengkritik fahaman yang Salafiyyah Wahhabiyyah. Ini kerana dalam konteks Salafiyyah orang yang berbeza pendapat telah disegerakan dicop sebagai bidah. Yang paling mendukacitakan juga, dalam pendekatan Salafiyyah, bidah hanya ada yang sesat sahaja. Mereka menafikan adanya bidah wajib, bidah sunat, bidah harus dan seumpamanya. Ini bermakna mereka menyesatkan orang telah diterima untuk beberapa abad sebagai Sunni. Penulis berpendapat sikap sebegini amat disukai oleh para musuh Islam kerana sebahagian kerja mereka telah dilakukan sendiri oleh orang Islam. Kemungkinan kritikan terhadap Salafiyyahlah maka buku ini agak terasing. Buku ini turut menyajikan perbahasan tentang Nur Muhammadi.

Buku ini perlu dimiliki oleh setiap muslim masa kini kerana kandungannya mengandungi pengenalpastian beberapa fahaman yang sedang merentap jati diri umat Islam termasuk penduduk Dunia Ketiga malah non-muslim iaitu pascamodensime.




Enter supporting content here