News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

ISNIN  Mei 3  1999

Rencana Pengarang
Malaysia Menuju Kediktatoran

Dari Meja Ketua Pengarang

Meskipun Dr Mahathir sentiasa menyatakan bahawa beliau memberikan pelbagai kebebasan kepada rakyat negara ini termasuk kebebasan bersuara, berorganisasi dan sebagainya, namun sebenarnya kebebasan itu wujud dalam ruang lingkup yang terhad.

Terdapat pelbagai akta yang menyekat kebebasan yang diberikan termasuklah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Rahsia Rasmi (OSA), Akta Hasutan, Akta Penerbitan dan sebagainya. Dan sudah menjadi pengetahuan semua orang, bahawa penafsiran bagi akta-akta itu, hanya terletak kepada satu orang sahaja iaitu Dr Mahathir selaku Perdana Menteri.

Dr Mahathir sebelum ini juga memangku jawatan Menteri Dalam Negeri, sebelum menyerahkannya kepada Pak Lah sebagai usaha untuk mengurangkan kemarahan orang ramai terhadapnya. Walaubagaimnapun kita memahami bahawa Pak Lah tidak akan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan kedudukannya dengan keputusan-keputusan yang tidak direstui oleh Dr Mahathir.

Kalau kediktatoran zaman Firaun, Hitler atau sesiapa sahaja sebelum ini, mereka yang menentang kerajaan akan dibunuh, tatapi kediktatoran alaf baru ini, sesiapa yang menentang kerajaan akan merengkuk sebagai Tahanan Tanpa Bicara dalam tempoh yang tidak terhad mengikut ISA.

Media yang sepatutnya berfungsi sebagai penyalur suara rakyat, sudah menjadi lidah rasmi kerajaan atau pun alat untuk mewujudkan suatu fahaman atau keadaan dalam masyarakat mengikut kepentingan pihak yang memerintah. JIka keadaan ini dibiarkan, dengan satu orang mempunyai kuasa yang tidak terhad terhadap kerajaan, maka sudah pastilah negara ini akan menjadi satu lagi negara diktator mengikut penafsiran moden.

Bahkan, barangkali tulisan ini pun tidak akan kedengaran lagi selepas ini........

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.