Jenis-jenis Fail JPM

Baru-baru ini kecoh berkenan fail yang 'kononnya 'dibawa keluar oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim keluar negara. Apa sangatlah mustahaknya fail-fail tersebut sedangkan bertimbun lagi fail-fail sulit yang tersimpan yang mana kalau dibuka dan dibentangkan pastinya akan lebih mengecohkan.

Cerita pasal fail ini bukan lah kali pertama , kalau kita masih ingat bangunan mahkamah tinggi yang telah terbakar. YANG PELIKNYA HANYA BILIK REKOD DAN FAIL saja yang terbakar, ramailah Menteri yang buat kenduri kesyukuran. Skandal rompakan Maybank yang dilakukan secara bawah tanah. Perompaknya dipukulsampai mati ketika dalam tahanan reman BUKAN lah kerana dia tidak memberitahu tentang dimana wang tersebut disimpan sebenarnya beberapa dokumen-dokumen yang melibatkan beberapa orang menteri termasuk passport-passport hubungan dengan C.I.A. dan Pasukan Risikan Rakyat Republik Rakyat China hilang. Kerajaan takut sekiranya dokumen ini dijumpai oleh parti pembangkang.

Di JPM sebenarnya terdapat 5 jenis fail sulit.

  • 1. TERHAD ( restricted )
  • 2. SULIT ( confidential )
  • 3. RAHSIA ( secret )
  • 4. RAHSIA BESAR ( top secret ) diikat dengan tali merah.
  • 5. CICERO ( for your eyes only ) diikat dengan tali hijau.

    Inilah jenis-jenis fail yang terdapat didalam JPM. Di fail-fail inilah tersimpannya pelbagai dokumen , gambar dan disket atas apa jua yang berlaku dalam negara.

    Antaranya ( dari fail rahsia besar ):-

    Masih ingat Demontrasi, FRU menggunakan Water Canon . Orang yang bertanggungjawab mengusulkan dalam mesyuarat di Bukit Aman air asid lemah dicampurkan dengan pewarna agar mudah dikenali dan menyebabkan kerengsaan kulit ialah Jeneral FAHMI yang juga Pengerusi MAJLIS KESELAMATAN NEGARA.

    Di Kelantan malam keputusan Pilihanraya 1990 di J.K.R. 10 jam 2.30 pagi tempat tinggal Menteri Besar Tan Sri Mohammad Yaccob . Berpuluh-puluh fail telah di larikan dan di bakar walaupun ahli-ahli PAS cuba untuk mendapatkan fail-fail tersebut. Fail-fail tersebut adalah sebahagian dari fail-fail ( Cicero dan Rahsia Besar ) . Orang yang terlibat membawa lari ialah Bapa Mertua Perdana Menteri Hussien Serama dan Dato'Nik Hussien Bendahari UMNO Negeri Kelantan - Tuan punya MTD Coperation sekarang. Diatas jasa - jasa beliau itu hari ini kerajaan BN memberikan MTD projek untuk lebuhraya Karak, Laluan ke Frazer Hill ( 169 Juta ) . Lesen dan kawasan cari gali minyak Janas Coperation yang di proxykan oleh anak lelakinya yang sulung Nik Fauzi dan Highway Pantai Timur ( 20 billion ) projek yang akan datang.

    Apa Komen Anda