News On Malaysia

EDITOR

MUKA DEPAN

BERITA AM

BISNES

GLOBAL

FOKUS

RENCANA

SURAT PEMBACA

FORUM

KOLEKSI

CONTACT

BERITA
Panduduk Kg Baru Berarak Tuntut Perubahan

Selepas beberapa kali dikecewakan wakil rakyat, Drs Sulaiman Mohamad dan pemaju projek LRT Kg Baru untuk menyelesaikan masalah banjir, kira-kira 300 penduduk Kg Baru berarak menuntut perubahan. Mereka berkumpul sejak pukul 5 petang berhampiran stesyen LRT KG Baru yang masih dalam pembinaan dan membawa sepanduk serta poster mengecam kegagalan wakil rakyat dan pimpinan Umno membuat apa-apa tindakan yang konkrit bagi menangani masalah mereka.

Turut menyertai perhimpunan itu adalah perempuan dan kanak-kanak yang nampaknya sudah menyedari tembelang pemimpin Umno dalam isu itu.

Selepas kira-kira sejam, kumpulan itu kemudiannnya berarak sekitar Kg Baru untuk menyedarkan penduduk di kawasan itu tentang nasib yang mereka hadapi dan janji-janji palsu Sulaiman.

Kumpulan yang mendapat sokongan ramai itu, kemudiannya berhimpun di pintu gerbang masuk ke Kg Baru untuk menyatakan bantahan mereka kepada awam. Tiada tangkapan dibuat oleh pihak polis.

NoM difahamkan dalam kejadian banjir sebelum ini, penduduk di kampung itu hanya mendapat bantuan pinggan manakala dalam kejadian terbaru Jumaat lepas, tiada bantuan diberikn oleh Sulaiman, bahkan beliau juga gagal untuk melawat mangsa banjir.

Gambar Sekitar Demo itu akan disiarkan dalam dua hari lagi kerana masalah teknikal

Back To Top

`

'

 

Archived Stories:

 


MUKA DEPAN | BISNES | GLOBAL | FOKUS | RENCANA | SURAT PEMBACA
FORUM | KOLEKSI |

HOME

The Reformist, Inc Contact Information | Surat Kepada Editor

Copyright©1999 The Reformist, Inc.
All Rights Reserved.