Lagi Mangsa Kezaliman Umno

Rugi RM50 ribu kerana benarkan ceramah

AMPANG: Seorang penternak kerugian hampir RM50,000 hanya kerana membenarkan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Haji Subky Abdul Latif dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Meranti, Ustaz Nasaruddin Daud berceramah di rumahnya di Kampung Tasek Tambahan, di sini.

Abdul Rashid Abdul Manaf terpaksa menerima hakikat dan membayar ceramah PAS dengan harga yang mahal apabila Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) meroboh reban ayam dan kambing menyebabkan 2,000 ekor ayam serta tujuh ekor kambing musnah dan hilang.

Beliau menternak ayam kampung sejak 11 tahun lalu kesal dengan tindakan MPAJ meroboh dan memusnahkan ternakan tanpa sebarang notis.

"Sebaliknya apabila ditanya kenapa mereka bertindak merobohkan reban ayam saya? Mereka jawab, kerana saya mengadakan ceramah PAS di rumah saya," ujarnya ketika datang ke Harakah.

Tambah beliau, mereka bertindak merobohkan dan memusnahkan ternakan tersebut pada 21 Mei iaitu selepas ceramah PAS pada 17 Mei lalu.

Ayam kampung Abdul rashid berkeliaran kerana tempat berteduh mereka dirobohkan oleh MPAJ. Mungkin kalau ayam ini boleh berkata: "Aku pun jadi mangsa politik kotor Barisan Nasional (BN)."

HANTARKAN PENGALAMAN ANDA