TERIMA KASEH DATO' GANI PATAIL.

Pada 10 hb. Ogos 1999 dikamar Mahkamah . Sebaik sahaja Peguam Negara Mokhtar meninggalkan kamar mahkamah Dato' Gani Patail telah memohon kepada Peguam Anwar Chistopher Fernando untuk mengucapkan selamat hari ulang tahun kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

“ Can I wish him ?“ tanya Dato' Gani Patail. “ Im not sure , let me ask Dato' Seri Anwar “ balas Chistopher Fernando. “ Sir ! Gani Patail would like to wish you on your birthday. Is”t O.K. ? “ tanya Fenando pada Dato' Seri Anwar. Rujuk kepada Christopher Fernando sendiri. “ O.kay why not. After all apa salahnya “ balas Dato' Seri Anwar lembut.

Terus Gani Patail mengucapkan “ Happy Birthday to you, Dato “ dengan mesra dan sayu. Dimatanya tergenang air mata memandang bekas Ketua yang amat dihormati dan dikaguminya. “ Thank you, thank you “ balas Dato' Seri Anwar dengan senyuman penuh mesra.

Sebenarnya Dato Gani Patail , kami tahu apa yang tersirat didalam hati nurani Dato Gani. Kami telah lama bersama Dato' Gani kami tahu kesulitan yang Dato' Gani hadapi dalam menjalankan tugas dan kenapa Dato' Gani bersikap seolah-olah kejam. Di hati kecil Dato' Gani apa sebenarnya yang tersirat bukan lagi menjadi rahsia kepada kami. Memang benar you don't have any choice. Biarkan lah satu masa nanti

“ You don't worry , kami berjanji akan membantu Dato'Gani membersihkan nama dan kredibiliti Dato'Gani. Semuga Dato' Gani terus tabah dalam menghadapi kerja-kerja harian dalam kes Dato' Seri Anwar.

Unit Penyelidekan J.P.M.