KENANGAN PILU DATO' ISMAIL IBRAHIM

Dato' Dr.Ismail Ibrahim Ketua Pengarah I.K.I.M.sebenarnya mempunyai satu memori hitam dalam hidup beliau yang sememangnya beliau tidak dapat lupakan.

Kami di Unit Penyelidekkan J.P.M. pada mulanya enggan menyiarkan berita tentang beliau kerana beliau sebenarnya seorang yang warak dan tidaklah totok sangat kepada Dr.Mahathir. Diatas kelancangan beliau menghentam moral ulamak khasnya dari PAS maka tidak ada sebab kami untuk tidak menceritakan apa yang telah berlaku 5 tahun yang dulu.

Dalam fail kami masih tersimpan tentang anak lelaki kesayangan Dato' Ismail Ibrahim yang pada masa itu tahun akhir di UIA telah ditangkap kerana menghisap dadah. Bersamanya terdapat jumlah yang cukup untuk mendakwa beliau ke penjara. Anak lelaki beliau yang bernama Zaki telah diselamatkan oleh Dr.Mahathir dengan meminta beliau menghantarkan anak beliau ke England. Pada hari yang sama beliau telah menghantar anak beliau yang sedang menduduki kertas undang-undang tahun akhir ke England.

Lebih dari 2 minggu Dato' dan Datin menangis mengenangkan nasib malang kerana apa yang Dato'tahu setiap bulan beliau memberikan elaun sebanyak RM.2000.00 ke RM. 2500.00. Cerita ini beliau simpan dan tak ramai yang tahu. Boleh rujuk kepada Dato'Zaman Khan.

Dari itu kami ingin menasihatkan Dato'Ismail Ibrahim agar lebih baik diam dari memberi sebarang komen. Jaga anak sendiri, persoalkan moral anak sendiri dulu baru persoalkan perihal ulamak. Di masa yang akan datang Dato'jangan terkejut kalau kami keluarkan gambar anak-anak Dato'yang berada diPub. Kami juga tidak terkejut sekiranya Zaki yang kini berkhidmat dengan panel peguam Maybank Finance setelah balik ke Malaysia tahun 96 dulu kembali menghisap dadah semata mata kerana perangai dan sikap Dato'sendiri.

Manusia hanya merancang Allah menentukan.

Unit Penyelidekan JPM.