Bersedia Menjatuhkan Kerajaan Zalim


Dengan pilihanraya yang dijangka tidak lama lagi, bahkan ada yang meramalkan ia mungkin diisytiharkan minggu depan, pendokong reformasi perlu menyiapkan diri untuk menghadapi ketika yang dinantikan untuk menukar kerajaan yang zalim kepada kerajaan yang adil.

Segala jerit slogan sebelum ini hanyalah untuk menyedarkan rakyat tentang kegagalan pemerintah yang ada dan tanggungjawab rakyat untuk menentukan masa hadapan yang lebih baik bagi mereka sendiri dan keturunan mereka seterusnya.

Dr Mahathir sendiri telah mengingatkan bahawa pilihanraya akan datang mungkin merupakan pilihanraya terkotor, apatalah lagi dalam era pemerintahan SHIT. sekarang. Dan tokoh kekotoran itu adalah pemimpin nombor wahid kerajaan sendiri.

Pendokong reformasi perlu menyedari dan memahami tanggungjawab mereka dalam pilihanraya akan datang untuk memastikan cita-cita perjuangan tidak berkubur dengan kekalahan.

Pelbagai taktik kotor yang akan digunakan termasuk pengundi hantu, politik ugut, rasuah dan sebagainya akan dihadapi oleh semua pendokong reformasi, tetapi yang pentingnya adalah semangat dan kesungguhan reformasi mestilah terus semarak untuk mengukuhkan dan memantapkan persiapan menghadapi pilihanraya.

JIka perjuangan ini kalah dalam pilihanraya ia tidak bererti perjuangan akan berakhir dan kita akan kalah dengan kemegahan kerana BN menang dengan najis politik yang dilahirkan oleh mereka.

Sebelum itu,

Salam Perjuangan; Salam Reformasi

untuk semua PEJUANG. Berjuang terus Berjuang bak kata as-syahid Ibrahim LIbya, "Daripada Hidup Bercerminkan Bangkai, Lebih BAIK MATI BERKANDUNGKAN TANAH"

Berjuang Untuk KEADILAN

Hantarkan Komen Anda