Jabatan Perdana Menteri

Bagaimana dengan pendedahan kami yang lalu, hebat ? . Kami agak terkejut dan terharu diatas permintaan ramai. Kami mengambil keputusan untuk terus melaporkan apa saja yang kami tahu demi menegakkan kebenaran dan kami berjanji akan terus membongkarkan satu persatu skandal demi skandal.

Dengan networking kami yang canggih, cekap dan terperenci dan masih didalam kerajaan terlalu sukar untuk sesiapa juga menelah siapa kami. Jangan lupa semua kursus Pegawai Polis ( hanya A.S.P. keatas sahaja- gazetted Officer ) keluar negara termasuk Scotland Yard ( intelligence networking and analysis) dan sepecial F.B.I. courses khasnya di United State dan United Kingdom kami yang susunkan dan kami yang menyeliakan paperwork.

Semua nama-nama yang kami dedahkan memberikan reaksi gelisah dan tertanya-tanya apakah ada lagi pendedahan yang akan di buat.

Jawapannya * YA *.

Kami tahu dipejabat baru Perdana Menteri di Putra Jaya sehingga hari ini masalah TIKUS masih menghantui semua kakitangan. Didalam bilik Dr. Mahathir sendiri kerap kali kelihatan dan berbau kencing tikus. Bulan lepas Dr. Mahathir terperanjat sedang beliau duduk tiba – tiba seekor tikus tak semena-mena jatuh di atas meja beliau. Kerana seekor tikus kecoh J.P.M dibuatnya.

Minggu ini Dr. Mahathir marah yang amat sangat dan melepaskan kata-kata mencarut kerana meja barunya di goreskan oleh seseorang.

“Well ! Sir. Today, it's just sratching the surface,……….. “.

Setia Group Security dan P.D.R.M unit teknikal nampaknya gagal mengesan siapa melakukannya .

Tapi kami diUnit Penyelidekan tahu siapa MELAKUKANNAYA insyaalah.