MANISFESTO / POSTER / SEPANDUK

SEBELUM PILIHANRAYA DIUMUMKAN SEPANJANG TEMPOH BERKEMPEN HARI PEMBUANGAN UNDI
  • Pengerusi hendaklah berbincang dengan Pengarah Pilihanraya untuk mendapatkan bekalan poster, sepanduk dan manisfesto.
  • Mengenal pasti tempat yang strategik untuk dipasang poster dan sepanduk.
  • Mendapatkan kebenaran atau permit dari pihak berkuasa bagi tujuan pemasangan poster dan sepanduk.
  • penerangan / kempen
  • Mengagih-agihkan poster, sepanduk dan manifesto ke cawangan-cawangan pada kadar yang mencukupi.
  • Mempastikan mendapat kebenaran daripada tuan-tuan tanah dan pemilik bangunan sebelum kerja-kerja pemasangan poster dan sepanduk dijalankan.
  • Mengarahkan kumpulan kerja memasang poster dan sepanduk di seluruh kawasan pilihanraya dan tumpuan diberikan kepada kawasan-kawasan strategik yang telah dikenal pasti.
  • Mempastikan poster dan sepanduk dalam keadaan baik sepanjang musim berkempen dan digantikan dengan yang baru sekiranya rosak.
  • Mengedar dan membahagikan manifesto semasa majlis ceramah diadakan
  • Bekerjasama dengan Jawatankuasa Pengelola Penerangan / Kempen untuk mengetahui jadual ceramah / kempen yang akan diadakan bagi tujuan pengedaran manifesto.
  • PERINGATAN

    Poster-poster dan sepanduk hendaklah ditanggalkan sebaik sahaja Pilihanraya selesai dijalankan.

    Petugas-petugas hendaklah mematuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh akta pilihanraya dan peraturan-peraturan pihak berkuasa.