SYABAS DATO' PANGLIMA HAJI OSU SUKAM

Sebagai anak Sabah semestinya saya merasa bangga diatas keberanian Dato' Panglima Haji Osu Sukam Ketua Menteri Sabah, yang baru-baru ini meluluskan permohonan keatas tanah balak milik SEDC Sabah untuk Paper and Palm milik Dato' Seri Perdana Menteri .

Keluasan tanah

1 ,000,000. ( Satu juta ) Ekar

itu sudah pasti menandakan sokongan padu rakyat Sabah kepada Dato'Panglima Ketua Menteri. Kelulusan yang di lakukan ketika Dato' Seri Perdana Menteri berada di China atas lawatan beliau cukup membuktikan tanpa Dato' Seri Perdana Menteri di Malaysia pun Dato' Panglima Ketua Menteri Sabah mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Adalah diharapkan satu majlis besar-besaran diadakan bagi meraikan Dato' Panglima Ketua Menteri. Kalau hendak dibandingkan dengan Dato' Panglima Salleh Said Keruak Dato' Panglima Yong Teck Lee dan Dato'Panglima Benard Dompok ternyata Dato' Panglima Osu Sukam lebih berani kerana permohonan tanah itu telah dibuat sekian lama, hanya baru kali ini seorang Ketua Menteri Bajau membuktikan bangsa lain di Sabah penakut dan bodoh dalam memenangi hati seorang Perdana Menteri.

Adalah diharapkan sebagai seorang yang berani dalam membuat keputusan Dato' Panglima Ketua Menteri juga dapat menjelaskan tentang gambar Dato' Norjan Khan Bahadar yang sedang menerima jilat dari adiknya Surin A.J.K. UMNO Kota Belut yang keluar dalam laman laman web baru baru ini. Kami anak-anak Sabah sedia menerima apa jua komen Dato'Panglima Ketua Menteri berhubung dengan isu tersebut kerana kami akur dengan hubungan baik Dato' Panglima Ketua Menteri dengan Dato Norjan Khan Bahadar .

Atas kehendak Dato' Panglima Ketua Menteri sendiri maka telah kami beruasaha meletakkan Dato' Norjan Khan sebagai Ketua Wanita Umno Papar dikawasan Dato' Panglima Ketua Menteri sendiri ,walaupun kita bersama–sama Dato'Paduka Siti Zaharah gagal meletakkan Dato' Norjan Khan Bahadar sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah baru-baru ini.

Bersamalah kita berdoa semuga selepas ini Dato'Seri Perdana Menteri akan melantik Dato' Norjan Khan diatas kelulusan tanah balak yang tersebut diatas.

Anak Umno Sabah HANTAR KOMEN ANDA DI SINI