Oleh :pelajar 2dck

Laman Utama

^-^  Hutan Tropika Dan Tamadun Melayu^-^

 

Pendahuluan

Pengaruh Hutan Tropika Terhadap Kebudayaan Melayu

Kepentingan Sumber Hutan Selepas Merdeka

Pemeliharaan HutanTropika

  • Masalah yang timbul ekoran pembalakan yang berleluasa
  • Kesan pembalakan tanpa pengurusan yang baik
  • Pengekalan budaya tamadun Melayu
  • Peranan penduduk bandar memelihara sumber hutan

Kesimpulan

Rujukan

 

 

   

KEPENTINGAN SUMBER HUTAN SELEPAS MERDEKA

Selepas kemerdekaan (1957), apabila kepimpinan negara diketuai oleh orang Melayu, masalah kemiskinan orang Melayu mulai diberi perhatian yang sewajarnya. Dua objektif dasar ekonomi baru (1970-1990) di negara kita ialah pembasmian kemiskinan dan penyususnan semula masyarakat. Salah satu langkah untuk  meningkatkan taraf hidup orang Melayu ialah melalui rancangan pembangunan tanah (jadual 1).

 

Jangka

Pencapaian (hektar)

Catatan

1961-1965

218 458

Semenanjung Malaysia sahaja

1966-1970

133 378

Semenanjung Malaysia sahaja

1971-1980

866 058

Malaysia

1981-1990

286 700

Malaysia

(jangkaan)

 

 

 

Jadual 1  Malaysia : kemajuan pembangunan tanah

 

Rancangan-rancangan ini dijalankan oleh badan-badan kerajaan seperti FELDA, FELCRA, dan sebagainya. Apa yang penting ialah pembukaan kawasan hutan yang berjumlah beribu-ribu hektar telah membantu dalam meningkatkan taraf hidup orang Melayu di luar Bandar. 

Sebagai contoh, FELDA telah berjaya menempatkan 72 200 keluarga (hampir kesemuanya orang Melayu) antara tahun 1971 hingga 1985  (jadual 2). Pendapatan bulanan peserta FELDA juga meningkat  dalam jangka masa itu iaitu daripada RM300-RM550 (1971-1980) kepada RM500-RM1225 (1981-1985).                                                      

 

Jangka masa

Kawasan dibuka

(hektar)

Jumlah keluarga yang ditempatkan semula

Pendapatan bulanan peserta

1971-1980

373 700

42 200

RM300-RM550

1981-1985

161 600

30 000

RM500(getah)-RM1225 (kelapa sawit)

                                    Jadual 2 : Kemajuan pembangunan tanah FELDA

 

Boleh dikatakan bahawa pembukaan kawasan hutan, pembangunan ranacangan tanah ini merupakan salah satu faktor penting yang menjayakan pencapaian matlamat pembasmian kemiskinan dalam negara kita yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu. Kadar kemiskinan di semenanjung Malaysia telah berkurangan daripada 49% pada tahun1970 kepada 17% pada tahun 1987.

Yang tidak kurang pentingnya ialah rancangan pembangunan tanah ini telah mengekalkan kebudayaan orang Melayu. Misalnya dalam setiap rancangan FELDA, rumah-rumah orang Melayu dibina daripada kayu. Orang Melayu dapat hidup dalam satu masyarakat yang menekankan cara hidup tradisional yang telah diwarisi. Pendek kata, rancangan pembangunan tanah atau pembukaan kawasan hutan ini telah menaikkan taraf hidup orang Melayu diluar Bandar.

Jika dilihat daripada perspektif yang lebih luas, kawasan hutanlah yang banyak berjasa kepada orang Melayu secara khasnya dan kepada rakyat Malaysia secara amnya. Sektor perhutanan merupakan salah satu sektor dalam ekonomi negara. Peranan sektor ini dapat dilihat dari segi jumlah pertukaran asing yang diterima, pekerjaan, pendapatan negara, nilai bertambah, dan pembangunan negara.

Sektor perhutanan juga menyediakan pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Milsalnya pada tahun 1987, guna tenaga dalam sektor ini berjumlah 146 000 orang atau 3% daripada jumlah guna tenaga negara. Pekerjaan yang diwujudkan di kawasan luar bandar telah membantu meningkatkan taraf kehidupan orang melayu.                           

Pendapatan daripada sektor perhutanan merupakan satu punca kewangan yang penting bagi kerajaan negeri dalam membiayai perbelanjaan pentadbiran dan pembangunan. Ini kerana pendapatan yang diterima daripada sektor perhutanan adalah lebih tinggi daripada perbelanjaan di semenanjung Malaysia. Nisbah perbelanjaan pendapatan adalah di antara 32% hingga 54% antara tahun1980 hingga 1987. Di Sarawak pula , 53% daripada pendapatan kerajaan diterima daripada hasil keluaran hutan.

Kegiatan ekonomi perhutanan dan pembalakan menyumbangkan 3.5% daripada Keluaran dalam Negara Kasar Malaysia pada tahun 1987. Banci pembuatan yang terakhir pada tahun 1981 pula menunjukan bahawa industri yang berasaskan kayu menyumbangkan sebanyak RM971.5 juta dari segi nilai bertambah, atau 10.4% daripada jumlah nilai bertambah dalam industri pembuatan. Dari satu sudut yang lain, perhutanan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara melalui kegiatan pemprosesan yang dijalankan di luar Bandar; di sini pekerjaan dan kemudahan telah diwujudkan.

Selain nilai ekonomi yang dapat diukur, sektor perhutanan juga memainkan peranan yang penting dalam mengekallkan atau menyeimbangkan keadaan alam fizikal seperti bekalan air dan melindungi tanah pertanian. Kejayaan pembangunan sektor pertanian banyak bergantung pada fungsi perhutanan ini. Misalnya, 97% daripada bekalan air untuk tujuan isi rumah, pertanian, tali air, perindustrian, dan rekreasi datang dari kawasan tadahan hutan rimba.  Hutan ini juga memelihara hidupan liar dan tumbuh-tumbuhan.