Make your own free website on Tripod.com


 

 

Mencipta Analogi

  

Analogi ialah kenyataan yang dicipta daripada perbandingan antara satu perkara dengan perkara yang lain berdasarkan ciri-ciri persamaan dan perbezaan untuk menyatakan maksud tertentu.

 

Biasanyanya analogi menggunakan kata bandingan  seperti, bagai, macam, umpama untuk membandingkan suatu perkara dengan perkara atau objek yang lain bagi menyatakan maksud tertentu.

 

 

 

Tujuan :

1.   Membantu seseorang menambah dan mempercepatkan

     kefahaman tentang sesuatu perkara.

2.  Membuat justifikasi   terhadap rumusan yang dibuat

     berdasarkan persefahaman antara satu objek dengan yang

     lain.

3. Untuk menonjolkan ciri am yang terdapat pada objek-

     objek tersebut.

4.  Memungkinkan seseorang mencipta analogi sendiri.

 

 

 

 

Pengurusan Lisan Mencipta Analogi :

 

Beberapa soalan boleh dikemukakan untuk membantu mengembangkan lagi kemahiran mencipta analogi

 

1. Objek iti sama seperti apa?

 

2. Sejauhmanakah objek kedua itu sama dengan objek

     pertama ?

 

 

Contoh Analogi :

 

1.    Badannya kurus macam lidi

2.    Benda itu bujur macam telur

3.    Bangunan di Kuala Lumpur tumbuh macam cendawan

4.  Kanak-kanak itu lapar seperti anak burung yang

     kehilangan ibu.

5.  Orang itu garang macam harimau.