FastCounter by bCentral

MAKAN SIHAT, OTAK CERGAS !!! 

        " Semua organisma memerlukan makanan untuk hidup". Nutrien ialah bahan atau zat makanan yang diperlukan untuk proses kehidupan yang normal. Pengambilan nutrien dan kajian mengenai peranannya terhadap organisma dinamakan nutrisi.

             Makanan dibahagikan kepada tujuh kelas, iaitu karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, air dan pelawas.Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu untuk memelihara kesihatan.Memakan makanan yang sihat akan membantu otak yang sihat.