1.           Lemak adalah sebatian yang terdiri daripada unsur karbon,oksigen dan hidrogen.  

2.           Unit-unit asas yang membentukkan lemak dan minyak ialah gliserol dan asid-asid lemak.  

3.           Fungsi utama lemak adalah:

              Sebagai sumber tenaga yang kaya. 

              Membekalkan tenaga haba untuk mengekalkan suhu badan.  

             Sebagai pelarut bagi vitamin-vitamin yang larut lemak, iaitu A, D, E dan K.

4.       Lemak terbahagi kepada dua jenis iaitu lemak tepu dan lemak tak tepu.