Make your own free website on Tripod.com

MEMAKAI INAI PADA RAMBUT

hukum pakai inai pada rambut beruban boleh tak?

Qaul satu.. berdasarkan perbuatan sahabat, abu bakar warnakan rambutnya.. dengan warna inai kemerahah-merahan
*rujuk fathul bari - ulama terdahulu membenarkan warna rambut dgn warna keperang-perangan al-majmu' - mewarnakan rambut boleh.. asalkan
1. sudah tua dan beruban
2. tidak untuk suka suka
3.tidak dengan warna hitam
4. dengan inai atau pokok katam (takde kot katMalaysia) pendapat tentang warna ..

Bab inai rambut - nih dalil-dalil yang ada :
Dalil boleh berinai : Maksudnya:

"Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya: "Nabi Sallallahu Alaihi Wasalam bersabda: "Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut dan janggut meraka), kerana itu buatlah kelainan daripada mereka." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalil inai kena selain dari warna hitam Maksudnya:

"Daripada Jabir bin Abdullah katanya: "Pada hari penaklukan Mekah di bawa Abu Quhafah ke hadapan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dengan rambut dan janggutnya memutih seperti tsaghamah (sejenis tumbuhan bunga dan buahnya berwarna putih seperti putih uban). Maka bersabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam: "Celuplah (rambut dan janggut) kamu selain dengan warna hitam." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)


Maksudnya:

"Akan ada satu kumpulan orang berinai dengan warna hitam pada akhir zaman (seperti sekarang) seperti dada burung merpati yang hitam, mereka tidak dapat mencium bau syurga." (Hadis riwayat Abu Daud, Nasa'i dan lain-lain)

Ra'yu Qaul ashah mengikut mazhab Syafi'e - boleh, asalkan jgn warna hitam Ulama salaf - boleh hitam, asalkan untuk peperangan Lain-lain (khilaf) -


HR Muslim "ubahlah warna (uban) ini (hai abu quhafah), tetapi bukan hitam disebutkan khilafiah ulam salaf -

di sini : saad bin abi waqqas menghitamkan rambutnya dengan inai

pembezaan ulama dari ikhtilaf- tidak boleh dgn hitam, melainkan untuk perang(war)
wallahua'lam -

rujukan - al-majmu', fathul bari, Ibid yep..

kesimpulan - boleh warna rambut guna inai dgn ikut warna dan syarat..ada khilafiah. so pilih yang terbaik..

"Sesungguhnya orang-orang Mukmin itu adalah bersaudara " (Al-Hujurat 10) 
email :nuun79@yahoo.com