Yahudi
Bunuh Nabi dan Ulama
Tafsir surah An-Nisa :155
Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Seorang yahudi meracun Rasulullah saw dengan daging yang dipanggang
dan orang Islam dibenarkan memakan sembelihan yahudi dan kristian
dengan nas Al-Quran sebagaimana firman Allah yang bermaksud :
"Dan
makanan (sembelihan ) orang orang yang diberikan Kitab itu adalah
halal bagi kamu dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi
mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka" (surahal-Maidah
ayat 5)
Ini menunjukkan
ini satu keputusan Allahyang tidak boleh diingkari sesiapapun.
Menyentuh soal hukum, orang murtad tidak boleh dimakan sembelihannya
tetapi Allah menetapkan bahawa sembelihan ahli kita boleh dimakan.
Seterusnya menyentuh tragedi pengkhianatan yahudi terhadap Rasulullah
saw., apabila seorang perempuan yahudi menghadiahkan daging yang
dipanggang, baginda saw memakannya tetapi rasulullah saw terhenti
memakannya kerana daging itu mengandungi racun. Lalu perempuan
yahudi itu dipanggil mengapa berbuat demikian. Perempuan itu berkata:"
Memang aku meletakkan racun, jika sekiranya engkau seorang raja
(pemimpin manusia biasa) engkau mati dengan racun ini, kami rehat
dengan engkau. Dan sekiranya engkau nabi maka engkau akan diberitahu
oleh Allah."
Memang Allah
memberitahu Rasulullah tentang daging beracun itu tetapi kesan
daripada racun itu masih ada. Ketika sakit di penghujung hayatnya
, Rasulullah S.A.W menyebut kepada Aisyah ra bahawa baginda masih
terasa kesan daripada racun yang dimakan di Khaibar itu .Masih
ada didalam dirinya dan membawa kepada kewafatannya Nabi Zakaria
, mereka belah kepalanya dengan gergaji dengan terang terangan
. Nabi Yahya mereka tangkap dan sembelih apabila nabi itu melarang
raja mereka IRODUS berkahwin dengan anak tirinya yang diharamkan
dalam syariat mereka. Berkata Nabi Zakaria:" Diharamkan engkau
berkahwin dengannya" Bagaimanapun raja itu mahu berkahwin dengan
anak tirinya dan begitu jugaibu si anak tiri itu. Perempuan itu
membuat syarat sekiranya raja itu mahu berkahwin dengan nya dia
mestilah membawa kepala Nabi Zakaria.
Lalu diadakan
satu upacara tari menari dihadapan Nabi Yahya as yang dilakukan
oleh perempuan itu. Tiba tiba dipancung leher Nabi Yahya dan dipersembahkan
kepada perempuan itu. Hukuman yang dikenakan kepada Nabi yahya
ialah disembelih begitu sahaja. Seterusnya Nabi zakaria dicari,
Mengikut riwayatnya Nabi Zakaria beresembunyi di dalalam lubang
sebatang kayu . Allah telah menutup kayu itu tetapi kelihatan
kainnya terkeluar.Iblis telah menunujukkan tempat persembunyian
Nabi Zakaria lalu kepalanya digergaji dan baginda syahid.
Ramai lagi
nabi-nabi yang mereka bunuh dalam satu amsa mungkin beratus ratus
orang nabi dibunuh. Mereka juaga membunuh ulamak beribu ribu ulamak
dibunuh dari dulu sehingga sekarang. Kewrja yahudi sepanjang zaman
membunu Nabi nabi dengan cara yang tidak sebenar walaupun merekatahu
Islam adalah benar.
Firman
Allah yang bermaksud " Dan mereka juga mengatakan hati kami
tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibwa oleh
Nabi Muhammad" (surah An-Nisa :155)
Mereka membunuh
nabi nabi dengan cara yang rtidak sebenar. Bahkan mereka mengetahui
bahawa Anbi adalah benar . bagaimana pun mereka membunuh nabi
dengan cara yang tidak sebenar dan membuat pertuduhan yang jahat.
Mereka mengatakan bahawa hati mereka telah tertutup. Ulamak menafsirkan
ayat ini dengan dua tafsirtan . Pertama, makna tertutup disini
ialah hati mereke tertutup, tidak boleh menerima kebenearan dan
ia diucapkan dengan sombong dan megah,
Satu pendapat
lagi ialah hati sudah ditutup dengan ilmu ilmu yang sudah sedia
ada Ertinya, kami tidak perlu mengikut kamu kerana kamisendiri
sudah pandai. Kedua-duanya terdapat pada perangai orang yahudi
. Jika ada orang Islam bercakap demikian samalah sikapnya dengan
oang Yahudi.
Firman
Allah yang bermaksud: "(Sebenarnya hati-hati mereka tidak tertutup),
Bahkan allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran
mereka . Oleh itu mereka tidak beriman melainkan sedikit sahaja
(diantaranya) " (surah an-Nisa :155)
Antara yang
beriman itu ialah Abdullah bin Salam ra, Kaabul Ahbar dan lain
lain lagi. Abdullah bin Salaam yang menjadi sahabat Anbi saw termasuk
dikalangan orang yang dijanjikan syurga.