CIRI-CIRI

Salah satu ciri-ciri UNIX yang amat penting dapat membantu perlaksanaan sistem pengurusan rangkaian iaitu menyediakan banyak faedah ketika melakukan tugas-tugas umum atau khas dan mencapai maklumat yang dikehendaki. Selain itu, sistem UNIX juga dapat menyediakan mana-mana data dihantar dan disimpan ke ruang ingatan. Data akan dihantar ke fail-fail, terminal-terminal dan program atau dari fail-fail ke terminal-terminal. Dua ciri-ciri penting ini akan menghantar dan menyalurkan input/output untuk menstandardisasikan data tersebut.

Arahan output digunakan apabila menghantar data ke fail-fail kemudian ke terminal-terminal. Data diinputkan ke dalam fail-fail menggunakan media input seperti papan kekunci melalui arahan input tersebut. Biasanya arahan input/output lebih baik digunakan apabila menghantar data supaya tidak mengelirukan pengguna. Arahan output boleh juga digunakan seperti arahan berikutnya untuk menginputkan data sekiranya arahan tersebut boleh ditukar. Dalam bahagian ini kita dapat bincangkan bahawa banyak ciri-ciri dan utiliti yang boleh digunakan untuk membantu perlaksanaan sistem UNIX.

UNIX mempunyai ciri-ciri tersendiri yang menarik dan efisyeen yang mana ini adalah sistem pengoperasian yang bersifat berkongsi masa dan UNIX juga satu set aturcara yang bertindak sebagai penghubung diantara pengguna dan komputer. UNIX mempunyai dua komponen utama iaitu kaarnel dan cangkerang yang mempunyai fungsi yang unik seperti mengkordinasikan semua kerja dimana komputer dengan menyediakan sistem sumber. Ia juga ,membolehkan pengguna berhubung dengan operasi dimana komputer melalui set aturcara cangkerang. Cangkerang juga berfungsi menterjemahkan baris perintah. Versi-versi yaang ada berbeza dari reka bentuk karnel, struktur pentadbiran sistem, pilihan perintah, strategi rangkaian dan kemudahan bantuan ciri-ciri asal UNIX masih dikekalkan. UNIX kebanyakannya ditulis dalam bahasa C dan bahasa pengaturcaraan berstruktur. UNIX adalah padat dan mudah alih. Ia juga adalah ringkas, tepat dan jelas tetapi tidak begitu ramah dengan pengguna. UNIX banyak menyediakan perintah yang mudah dan utiliti yang boleh disatukan bagi memenuhi berbagai keperluan pengguna. Pengguna boleh menguasai persekitaran mereka dan boleh membentuk blok-blok UNIX bagi memenuhi kebanyakan keperluan mereka. Dengan segala sifat yang ada padanya, UNIX semakin dikenali dan mempunyai ramai pengguna.

 

KEBAIKAN / KEBURUKAN / MASA DEPAN