PENGGUNAAN MASA DEPAN

 

Dewasa ini perkembangan teknologi maklumat semakin pesat khususnya dalam bidang-bidang pekerjaan seperti perindustrian ringan dan berat dan digunakan sebagai penyokong dan ketiga-tiga pejabat yang memerlukan pemprosesan yang cepat dan tepat. Hal membuktikan sistem pengoperasian amat penting bagi menyokong khasnya UNIX yang berfungsi menghubungkan pengguna dengan komputer.

 

Dalam aspek sejarah, kita boleh lihat masa depan sistem Pengoperasian melalui perkembangannya dari semasa ke semasa. Sejarah UNIX membuktikan bahawa betapa pentingnya Sistem Pengoperasian yang mana dewasa ini banyak usaha telah dibuat oleh beberapa organisasi untuk menghasilkan ciri-ciri UNIX dan UNIX 4.2 menjadi satu Sistem Pengoperasian UNIX yang lebih canggih. Dari segi ciri-ciri pula ialah jika kita bandingkan pula dari segi ciri-ciri, ia juga dapat memberi perbandingan masa depan yang berbeza yakni apabila ciri-ciri suatu Sistem Pengoperasian memenuhi perkembangan teknologi yang ada maka, ia sememangnya menjadi tumpuan dalam pelbagai kegunaan dan sebaliknya.

 

Dari segi penggunaan pula kita menilai bukan dari aspek mudah digunakan sahaja tetapi apa yang penting ialah kemampuannya dalam pelbagai sudut kegunaan. Tetapi memandangkan dunia semakin sibuk dan peredaran masa yang agak laju maka kita perlu mengutamakan mudah untuk digunakan dan berkemampuan dalam pelbagai aspek kegunaan.

 

Selaim daripada itu UNIX juga dapat:

  • Masa depan bagi UNIX belum diketahui, namun begitu sistem pengoperasian UNIX telah melaksanakan rancangan masa depan bagi membolehkan UNIX bertahan dipersada dunia komputer.
  • UNIX akan membuat penghmpunan data yang lebih kompleks berbanding sekarang.
  • Selain itu UNIX akan mengadakan persekitaran luaran yang berlainan serta mengawal dan mengurus peranti input/output.
  • Ingatan UNIX akan bertambah laju seperti 32 hingga 64 megabait.
  • Memperkenalkan sistem rangkaian yang baik.
  • Hewlett Packard (HP) dan Open System Software Division (SCO) akan bergabung untuk menghasilkan sistem Pengoperasian UNIX yang bermutu tinggi.
  • Membangunkan perantaramuka yang baik
  • Mempertingkatkan aras fungsi bagi sistem tersebut.