Perintah break bertujuan untuk mengaktifkan / membatalkan fungsi kawalan melalui kekunci {Ctrl + Break}. Sintaks: break[=] on/off. Perintah CD (chdir) adalah singkatan bagi [Change Directory] iaitu untuk menukarkan dari satu direktori kepada direktori lain.

Perintah CLS adalah singkatan untuk clear screen iaitu untuk membersihkan atau memadamkan paparan teks pada layar. Perintah COPY pula bertujuan untuk membuat salinan fail.

Perintah DATE adalah untuk memaparkan tarikh semasa atau membenarkan penukaran tarikh dibuat. Perintah DEL / ERASE adalah singkatan bagi [delete] iaitu untuk menghapuskan atau memadamkan sesuatu fail yang dipilih. Perintah DIR adalah singkatan bagi directory iaitu untuk memaparkan senarai fail yang ada pada cakera atau dalam sesuatu direktori itu.

Perintah PATH adalah untuk menyiapkan daftar lokasi pelancaran fail perisian aplikasi. Perintah prompot adalah untuk membuat atau mengubah tandaan atau warna penggesa sistem.

Perintah REN (rename) bertujuan menukar nama sesuatu fail. Perintah RD (rmdir) adalah untuk memindahkan / menghapuskan suatu direktori yang kosong dan tidak diperlukan lagi. Perintah TIME adalah untuk memaparkan atau mengubah waktu sistem. Perintah UNDELETE bertujuan untuk mengembalikan fail yang terhapus.

Perintah UNFORMAT bertujuan untuk mengembalikan data di cakera kerana kesilapan proses format atau terformat. Perintah XCOPY berbeza dengan perintah internal copy yang hanya dapat menyalin fail-fail tetapi dengan perintah xcopy, ia dapat menyalin fail-fail termasuk direktori-direktorinya.