Ingin mencari maklumat mengenai P.Ramlee di laman Web kami??

Maklumat lebih pantas didapati kini!!!

 

 

    Semakin lama semakin bernilai . Itulah hakikat yang tidak dapat dinafikan apabila memperkatakan mengenai karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Sekalipun sudah hampir tiga dekad meninggalkan kita, namun namanya masih meniti bibir peminat dan terus abadi dalam ingatan peminat.

   Ibarat kata salah seorang muridnya, Datuk Jins Shamsuddin : " P.Ramlee adalah insan yang luar biasa bakatnya. " Begitulah yang dibuktikan oleh Seniman Agung itu ketika hayat dikandung badan.

   Hampir segala cabang seni hiburan mampu dikuasainya dan hingga kini, masih belum ada karyawan muda yang dapat menyamai pencapainnya itu.

   Jelas, daripada seorang budak kampung yang hidup dibuai mimpi, P,Ramlee akhirnya menjadi idola hampir setiap peminat filem dan muzik.

   Era kegemilangan Allahyarham P.Ramlee boleh dikatakan bermula pada awal 1950-an hingga ke penghujung 1960-an di Kuala Lumpur. Ketika Itudia mengecapi nikmat glamor sebagai bintang dan dikenali setiap penggemar seni di pelusuk Asia.

   Bagi rakyat malaysia khususnya para penggiat dan peminat seni lagu, muzik dan perfileman, nama P.Ramlee adalah sinonim dengan perkembangan dan pembangunan industri perfileman dan penerbitan muzik. Meskipun pada tahun-tahun 60-an dan 70-an beliau kelihatan terpinggir akibat landasan muzik 'pop' dan'rock' namun Jauhari juga yang mengenal Manikam. Pada awal 80-an masyarakat mula merindu dan menerima kembali lagu-lagu dan filem-filem P.Ramlee. Ia kini menjadi sebahagian dari aliran yang mewarnai seni lagu dan muzik tanah air termasyuk Nasyid.

   Seorang seniman yang serba boleh, P.Ramlee banyak menerima banyak anugerah untuk dirinya dan filem-filem arahannya. Filem Sumpah Orang Minyak misalnya, memenangi 'Anugerah Fotografi Terbaik' dan Filem Pendekar Bujang Lapok terpilih sebagai filem komedi terbaik di Pesta Filem Asia ke 6, Tahun 1959 di Kuala Lumpur. Demikian juga Filem Nujum Pak Belalang dan Filem Madu tiga telah memenangi ' Anugerah Filem Komedi Terbaik '1958. Beliau juga telah diberi gelaran 'Sergeant Titular 'oleh Askar Melayu DiRaja kerana bakat dan lakonannya dalam filem Sarjan Hassan. Pada tahun 1957 beliau telah terpilih sebagai 'Pelakon Lelaki Terbaik ' untuk filem Anakku Sazali di Pesta Filem Asia, Di Tokyo. Dalam Pesta Filem seluruh Asia di Tokyo,1963 pula, beliau telah menerima satu anugerah luar biasa, 'THE MOST VERSATILE TALENT' melalui filem ibu mertuaku.
   Walaupun begitu, beliau telah banyak mengharungi pahit getir dan asam garam sebagai seorang penggiat seni dan tidak pernah merasa jemu untuk terus berjuang untuk menaikkan mertabat Industri Seni Negara......Semoga sikapnya dapat dijadikan contoh untuk penggiat industri seni masa kini.

ATAU