Make your own free website on Tripod.com

 

Ingin mencari maklumat mengenai P.Ramlee di laman Web kami??

Maklumat lebih pantas didapati kini!!!

 

Bapa P.Ramlee

Ibu P.Ramlee

 

Sejarah Hidup....

 

    P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

     P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free  School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah        menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

    Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

             Pada tahun yang sama , beliau terpilih sebagai “ Bintang Penyanyi Utara Malaya “ dalam peraduan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang.Untuk pertandingan tersebut , beliuau telah menggunakan huruf ‘ P ‘ ( huruf potongan bagi Puteh iaitu nama bapanya ).Nama P.Ramlee kini kekal sehingga kini.

            Pada tahun 1948 , P.Ramlee telah mendapat tawaran sebagai penyanyi dan pelakon filem dari pengarah filem Shaw Brothers , B.S.Rajhans.Filem lakonan pertamanya ialah ‘ Chinta ‘ di mana beliau memegang watak sebagai seorang penjahat.P.Ramlee merupakan bintang filem melayu pertama yang boleh menyanyi tanpa menggunakan penyanyi latar.

Semasa di zaman persekolahan ( barisan belakang , 3 dari kiri ) menuntut di Sekolah Penang Free , Pulau Pinang pada 1947

            Berkat dari kesungguhan dan rasa cinta beliau terhadap dunia perfileman , beliau berjaya mengarah filem pertamanya iaitu ‘ Penarek Becha ‘ pada tahun 1955.Filem ini telah terpilih sebagai filem terbaik dan beliau dipilih sebagai Pengarah Terbaik pada tahun 1956.

            Sebagai seorang seniman serba boleh , P.Ramlee telah menerima banyak anugerah untuk dirinya dan filem-filem arahannya.Filem ‘ Sumpah Orang Minyak ‘ arahannya telah memenangi “ Fotografi Hitam Putih Terbaik “ dan filem “ Pendekar Bujang Lapok “ terpilih sebagai filem Komedi Terbaik di Pesta Filem Asia ke-6 pada tahun1959 di Kuala Lumpur.Begitu juga dengan filem “ nujum Pak Belalang “ dan “ Madu Tiga “ telah memenangi anugerah ‘ Komedi Terbaik ‘ pada tahun 1958.

Mendapat Anugerah A.M.N Dari DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong Ke 3

 

 

           Sebagai mengenang jasanya dalam bidang seni lagu dan perfileman , beliau telah dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara ( AMN ) oleh Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong pada 27 September 1962.

 

            Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

 

     Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.  

Keratan akhbar mengenai beliau setelah kembali ke Rahmatullah

Gambar - gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah