Ingin mencari maklumat mengenai P.Ramlee di laman Web kami??

Maklumat lebih pantas didapati kini!!!

          

Suka...

  Ingin mengikuti saat duka beliau ? klik disini

     Hampir segala cabang seni hiburan mampu di kuasainya dan hingga kini , belum ada karyawan yang mampu menyamai pencapaian beliau , itulah Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

     Penglibatan awal P.Ramlee dalam dunia seni hiburan mula terserlah apabila beliau dan pancaragamnya menjuarai Pertandingan Keroncong Seluruh Pulau Pinang dengan nyanyian lagu “ Keroncong Oh Suci “. Pada tahun yang sama , beliau terpilih sebagai “ Bintang Penyanyi Utara Malaya “ dalam peraduan menyanyi anjuran Radio Pulau Pinang .

P.Ramlee di meja direktor

Poster filem Ibu Mertuaku

Poster Seniman Bujang Lapok

Kehebatannya menarik perhatian B.S.Rajhans , pengarah filem dari Shaw Brothers , lalu mempelawa P.Ramlee berlakon dan filem pertamanya ialah “ Chinta “ yang diterbitkan pada tahun 1948. Dari situlah bakatnya mula menyerlah hingga dapat mengukuhkan nama beliau menerusi berpuluh-puluh filem.

     “ Penarek Becha “ adalah filem arahan pertamanya pada tahun 1955. Melalui filem “ Anakku Sazali “ ( 1957 ) , P.Ramlee menjadi semakin masyhur dengan meraih anugerah “ Aktor Terbaik Asia “ . Seterusnya beliau dicanang sebagai “ The Most Versatile Talent “ melalui filem “ Ibu Mertuaku “ dalam Festival Filem Asia Pasifik di Tokyo pada tahun 1963.

            P.Ramlee juga berjaya mencatatkan sejarah apabila 3 filemnya “ Nujum Pak Belalang “ , “ Madu Tiga “ dan “ Pendekar Bujang Lapok “ berjaya membolot trofi Filem Komedi Terbaik di peringkat antarabangsa.

 

            Lebih menggembirakan lagi , pada tahun1962 , P.Ramlee dianugerahkan bintang Ahli Mangku Negara ( AMN ) daripada Yang di-Pertuan Agong seterusnya Allahyarham dikurniakan darjah Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri daripada Sultan Azlan Shah pada tahun 1990.

            Itulah kisah ‘ suka ‘ yang beliau harungi sepanjang hidup beliau. Itulah penghargaan buat “ Seniman Negara “ Allahyarham Tan Sri P.Ramlee , bak kata pepatah melayu “ harimau mati meninggalkan belang , manusia mati meninggalkan nama “ .

 Ingin mengikuti saat duka beliau ? klik disini