Setiausaha Agung PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa

Tokoh muda pimpinan PAS

Oleh SAIDAH HAIRAN

 


Ustaz Nasharudin Mat Isa
MENGIMBAS kembali pengalaman beliau ketika diamanahkan menjadi penterjemah bahasa Arab ke bahasa Melayu di Muktamar Tahunan PAS 1998, Ustaz Nasharuddin Mat Isa menganggap ia merupakan satu ujian yang besar dan perlu dibuktikan kemam-puannya. Tokoh pimpinan muda PAS ini , merupakan 'role model' kepada generasi muda dan kebanggaan golongan veteran kerana mempunyai komitmen yang tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilakukan.

Hobi

Melancong merupakan hobinya dan impian untuk menjelajah ke seluruh dunia adalah cita-citanya. Peluang melancong digunakan dengan sebaiknya sewaktu beliau masih menuntut di luar negara lagi. Dari tahun 1984 hingga pertengahan 1999, 1/3 negara-negara di dunia ini sudah dilawati sama ada atas urusan kerja atau peribadi. Sejak sebelum menjadi Setiausaha Agung PAS lagi, beliau sering ke luar negara mengiringi pimpinan PAS.

Aktif PAS

Ustaz Nasharudin mendekati PAS mulai tahun 1984 iaitu sewaktu beliau menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM) dan universiti di luar negara. Sewaktu menuntut di India, beliau terus mendapat kefahaman PAS dengan lebih serius, terutama apabila sering dikunjungi pimpinan-pimpinan PAS Pusat. Ketika belajar di Jordan, beliau mewujudkan us-rah dan menggunakan kaedah teks yang digunakan oleh ahli PAS.

Apabila beliau balik ke Malaysia tahun 1993, Ustaz Nasharudin terus dilantik menjadi AJK Lajnah Tarbiyyah dan Antarabangsa PAS Pusat. Kemudian Ustaz Nasha-rudin terus dipilih menjadi AJK Dewan Pemuda PAS Pusat selama 2 penggal dan seterusnya diamanahkan memegang jawatan Setiausaha Agung PAS Pusat, sehingga beliau sanggup mening-galkan jawatan Pensyarah Fakulti Undang-undang di UKM.

Latar belakang keluarga

Ustaz Nasharudin dilahirkan pada tahun 1962 di Negeri Sembilan. Bapanya Mat Isa Bujang dan ibu puan Siti Esah Talib, menetap di Banting, Selangor iaitu setelah bapanya pencen pegawai kerajaan.

Ustaz Nasharudin merupakan anak sulong dari 5 beradik. Beliau dikurniakan seorang anak perem-puan dan dua lelaki hasil perkahwinan dengan Munirah Mahmod, seorang guru. Sekarang ini menetap di Bandar Tun Hussin Onn, Cheras, Selangor.

Pendidikan

Ustaz mendapat pendidikan menengah di St. Gabriel, Kuala Lumpur sehingga lulus MCE tahun 1979. Dalam beberapa semester sewaktu berada di ITM beliau berhenti dan belajar di Deoban, Lakna (Darul Ulum Ulama')iaitu pada tahun 1984. Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran di universiti Jordan dalam Fakulti Syariah tahun 1990. Dalam tempoh sebulan setelah tamat pengajian dan pulang ke Malaysia, beliau terus ditawarkan menjadi Penolong Pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Minat belajar tidak terus terhenti dan beliau meneruskan pengajian di Universiti Scotland dalam jurusan Undang-undang Antarabangsa.

Beliau mendapat Master Undang-undang Perbandingan dan ditawarkan bertugas di UIA tahun 1997. Beliau meletakkan jawatan di UIA dan bertugas di UKM dalam jurusan yang sama untuk membolehkan beliau melanjutkan pelajaran ke tahap Ph.D. Pada 14 Jun 1999 Ustaz Nasharudin meletakkan jawatan sebagai pensyarah di UKM kerana ingin memberi penumpuan terha-dap tugas yang lebih besar dan mencabar iaitu Setiausaha Agung PAS .

Beliau boleh menguasai 4 baha-sa; khasnya bahasa Arab, bahasa Inggeris, Urdu dan Perancis. Penghormatan yang diberi ketika menjadi penterjemah ucapan Fathi Yakan di muktamar dua tahun lalu, merupakan satu amanah yang besar kerana setiap patah perkataan yang dikeluarkan oleh Fathi Yakan adalah fakta.

Penghormatan

Ustaz Nasharuddin mengang-gap jawatan Setiausaha Agong PAS merupakan satu penghormatan terhadap golongan muda dan menjadi motivasi bahawa mereka mempunyai peranan yang besar dalam perjuangan PAS.

Beliau mengingatkan golongan pemuda supaya tidak melarikan diri dari perjuangan bagi menegakkan kebenaran; terutama senario politik hari ini berhadapan dengan pemerintah yang zalim.

Tokoh pimpinan politik muda ini mempunyai matlamat untuk memperbaiki potensi kerja dan berusaha memberi kemenangan terhadap perjuangan Islam.

Beliau berkeyakinan bahawa PAS berpotensi besar untuk membawa satu perubahan yang lebih bermakna terutama dalam politik tanah air, kerana pendu-kung atau penggerak dalam PAS merupakan 'mukhlisin' untuk memperjuangkan Islam.