BICARA DALAM
BICARA
Bicara 1 - Pasal Sukma
Perbicaraan terhadap Sukma sedang berjalan. Begitu juga terhadap Azmin.
Bagi Hakim Arifin Jaka,
keterangan oleh Majistret mengenai pengakuan tanpa paksa oleh
Sukma boleh diterima pakai sebagai bahan
kes pihak Pendakwa.
Entahlah........... dada saya terasa begitu sebak sekali bila mengikuti
berita perbicaraan ini. Sebak bukan kerana kasihan terhadap nasib yg sedang
menimpa Sukma, tetapi sebak kerana ramai di kalangan kita ini begitu mudah
untuk diletakkan di kandang tertuduh dengan berbagai cara yg halal di sisi
undang-undang. Maka kita yg jahil tentang undang-undang ini lambat laun
kemungkinan akan menerima nasib yg sama. Manakalaproses utk memanipulasi
undang-undang ini akan terus diperlakukan oleh mereka yg arif mengenai
selok-beloknya...........
Kasihan Sukma........ dia tidak dapat berbicara dalam perbicaraan yg
membicarakan dia...........
Bicara 2 - Pasal Awang Sulung
Al-Kisah si Awang Sulung telah mengucapkan tahniah terhadap Rustam A.
Sani kerana terpilih sebagai salah
seorang Naib Presiden PRM. Di hujung bicaranya, si Awang Sulung
menyatakan bahawa dirinya sendiri tidak
berparti. Akan tetapi kita semua tahu bahawa lenggok bahasa Awang Sulung
selama ini adalah mengikut rentak
zapin UMNO..............
Bicara 3- Pasal Kemiskinan di
Kelantan
Bila membaca bahagian ke 4 laporan mengenai kemiskinan di Kelantan dalam
Utusan, serta mendapat satu e-mail
dari seorang hamba Allah yg mempunyai nada rentak UMNO mengenai komen
saya " Utusan...oh...Utusan", sayaterpanggil utk menyatakan bahawa:-
i) Kemiskinan di Malaysia ini bukan hanya terdapat di Kelantan. Pergilah
ke ceruk kampung sana. Masih ramai
lagi orang Melayu yg miskin. Yang tinggal di tengah bandar pun, ramai
yg berstatus setinggan. Pandulah dari Puchong ke Shah Alam, dari Cheras
ke Pandan, danlain-lain tempat. Yang mendiami SETING GARDEN
(kependekan setinggan) adalah orang Melayu. Cubalah telefon Pegawai
Penyelaras Setinggan di setiap negeri
(dilantik oleh UMNO). Sudah pasti mereka mempunyaidata berkenaan jumlah
setinggan. Jadi.......kenapa
hanya sibuk di Kelantan?
ii) Orang miskin juga terdapat di Pahang. Cuba anda pandu kereta ke
Pahang Barat. Dalam Kawasan Temerloh ,
Mentakab, Jerantut, dan terus menyusur Sungai Tembeling. Anda pasti
terjumpa dengan kanak-kanak sekolah yg menaiki rakit utk kesekolah. Saya
sendiri kini adalah sebahagian dari orang Pahang (telah bersemenda dengan
orang Pahang). Untuk tempoh sepuluh tahun yg lepas, kemajuan di Pahang
adalah sepuluh tahun terkebelakang dari negeri-negeri di Pantai Barat.
Saya pernah minum air sungai, tatkala projek mega baru dimulakan. Ketika
kita memandu dengan laju di PLUS Highway, ramai lagi anak bangsa kita di
kawasan yg saya nyatakan yg masih meredah semak dan belukar, berjalan di
atas jalan merah yg berdebu atau lecak, menaiki rakit ke seberang sungai,
minum air sungai , dan bercahayakan lampu gasolin.
iii) Kalau anda ke Sabah , jalan besar hanya di bandar besar. Selepas
Pekan Beaufort, anda akan melalui jalan
laterit dan gravel, silap-silap cermin kereta anda pecah terkena batu,
dan selepas 2 hari, pinggang anda akan sakit kerana jalan yg tidak rata.
iv) Kalau anda ke Sarawak, lebih mudah menaiki bot atau kapal terbang.
Kalau menggunakan jalan raya, sekali lagi pinggang anda akan sakit..............
Jadi............... kenapa hanya fokus di Kelantan?(Kawasan DUN PAS)
Kenapa tidak fokus di kawasan Jeli
dan Gua Musang? Apa jasa Ku Li dan Mustapa?
Bicara seterusnya
Kemiskinan di Pahang...............insyaallah......akan menyusul.
Salam kemesraan
Wassalam
PAK ENGKU
|