Cerita Dalam Pantun 3 (Kisah Ambo  Suka Melompat)

Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang parti, buang saudara
Kerana jawatan ambo turutkan

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dah tiga ambo punya parti
Yang last ni nampaknya ambo cemerlang

Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Ambo dah jadi Timbalan Menteri
Walaupun pilihanraya ambo tak menang

Berakit-rakit ke hulu,
berenang-renang ke tepian
Melompat-lompat dahulu,
Berjawatan tinggi kemudian

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai PM antara nampak
Esok boleh ampu-ampuan

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Ampu selalu-selalu
Sampai PM  suka

Siakap dugong
gelama ikan duri
Bercakap bohong
boleh naik pangkat lagi

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang bank boleh tak bayar
Sebab ambo dah jadi kroni

Tinggi-tinggi si Matahari
Anak kerbau mati tertambat
Tinggi sungguh gaji Timbalan Menteri
Sebab tu ambo terpikat

Oh bulan dimana bintang
Di atas puncak kayu ara
Oh parti bulan aku nak serang
Boleh ambo menang di pilihan raya

Kalau ada sumur di ladang
Boleh kita menumpanag mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh lah ambo melompat lagi