Penjelasan Berani dan Bertanggongjawab
Dato' Seri Anwar Ibrahim
Terhadap Fitnah-Fitnah Baru Dr. Mahathir

Ucapan dasar Dato' Seri Dr. Mahathir selaku Presiden UMNO dan ucapan penggulungannya baru-baru ini menzahirkan sikap dendam kesumat dan kebencian peribadi terhadap saya. Beliau belum berpuas hati dengan tempoh saya dipenjara atau kesan saya dibelasah teruk oleh orang suruhannya semasa dalam tahanan polis.

Cara beliau merepek dan mengarut mernbayangkan usianya yang lanjut dan rasa resah kerana kesedaran yang tinggi terhadap rasuah dan penyelewengan beliau Beliau hanya menyerang menggila dan memaki hamun saya dan pemimpin-pemimpin PAS. Lebih banyak fitnah, kata nista dan 'shit' yang dikeluarkan oleh seorang pemimpin lama dengan cara jijik dan mengaibkan. Disebaliknya, tuduhan dan kritikan tidak dijawab serius

Setelah sekian lama, rakyat tentunya arif dengan cara dan helah Dr. Mahathir. Beliau akan berdolak-dalik dan sanggup berdusta dan memfitnah semata-mata bagi mempertahankan kedudukannya. Umpamanya, harga mahligainya di Putrajaya dikatakan hanya berharga 17 juta ringgit dan diluluskan oleh saya. Walhal harga sebenar ialah 200 juta ringgit dan diluluskan oleh beliau sendiri atas nama Putrajaya holdings. Banglo-banglo peribadi yang tersergam indah di The Mines dan Country Heights dikatakan hanya berharga satu juta riggit! Kecederaan saya di lokap polis dikatakan mungkin akibat perbuatan sendiri.

Pandangan beliau mengenai hudud, aurat dan ulama terus dipertahankan sebagai benar. Baginya, projek mega, megah dan raksaksa adalah penting kononnya bagi negara bukan untuk kepentingan keluarga dan kroni. Mana-mana tokoh atau parti atau pertubuhan yang berani menegur atau mempertikainya dianggap pengkhianat atau penjenayah. Maka, celotehnya kali ini tidak lebih sekadar mengulangi kecaman-kecaman terdahulu. Cuma kali ini nampaknya, nada marah dan nyanyuk lebih ketara.

Saya tetap akan menggunakan hak saya memberikan penjelasan walaupun media utama memilih untuk tidak menyiarkannya. RTM bertanggungjawab kepadanya, Kumpulan Utusan Melayu di bawah pengawasannya, Kumpulan NS'I' termasuk Berita Harian dan TV3 dimiliki oleh beliau dan Tun Daim atas nama Real Mild dan MRCB. Kita harus akui kenyataan bahawa dalam sistem demokrasi, tidak sistem komunis atau diktator, media harus memberikan ruang dan kebebasan. Apatah lagi sekiranya fitnah atau tuduhan dilemparkan terhadap seseorang, maka hak membela diri atau memberikan penjelasan harus diberikan.

Ini prinsip keadilan pokok yang harus dihormati. Sekiranya tidak, maklumat adalah monopoli segolongan berkuasa dan saudagar kaya. Ini tambah dirumitkan lagi dengan sikap pengampu pemimpin dan media yang berusaha mengongkong dan membelenggu pemikiran rakyat.

Akibatnya, sistem tersebut akan memerangkap seseorang pemimpin dalam kepompongnya dengan menganggap dirinya betul dan sempurna. Kalau pun nanti insaf, hanya setelah dihumban rakyat.

Dalam keadaan sedemikian, akan terbongkar segala kebusukan sepertimana yang berlaku kepada ramai diktator yang kemudiannya diketahui telah menyiksa rakyat dan mengaut berbilion ringgit wang negara untuk kepentingan diri dan keluarga.

Penjelasan tambahan saya setelah meneliti ucapan dan kecaman baru-baru ini adalah seperti berikut:

PENGARUH ASING

Saya dikaitkan dengan APDC, Washington dan pengarahnya Dong Paul. Sebenarnya APDC dan ISIS, badan kajian di bawah Dr. Mahathir dengan kerjasama Institut Kajian Dasar menganjur Pacific Dialogue. Saya dilantik menjadi penyelaras bersama Senator William Cohen (kini menjawat Setiausaha Pertahanan Amerika Syaraikat). Sekretariat bersama ialah Dong Paul dan Tan Sri Nordin Sopie. Semua dialog tersebut dirasmikan oleh Dr. Mahathir selaku Perdana Menteri. Peserta terdiri dari Menteri ASEAN, tokoh akademik dan korporat. Maka adalah nakal dan tidak bertanggungjawab bagi Dr. Mahathir untuk mengaitkan APDC secara peribadi dengan saya.

Begitu juga tuduhan bahawa saya hanya tunduk kepada kerangka penyelesaian yang dikemukakan oleh IMF. Saya memang meneruskan rundingan dengan IMF sepertimana yang dilakukan oleh Menteri-Menteri Kewangan sebelumnya. Kita tidak setuju dengan kadar faedah yang terlalu tinggi atau pemotongan perbelanjaan berlebihan.

Kita berpendapat peningkatan kadar faedah dalam masa singkat bagi menghalang spekulasi mata wang. Walaupun perbelanjaan dipotong, ia hanya melibatkan projek mega dan membazir seperti Bakun, Putrajaya fasa berikutnya, KL Linear City tetapi projek-projek pendidikan, kesihatan, pembasmian kemiskinan diteruskan. Saya tetap setuju dengan IMF dan Bank Dunia  mengenai  ketelusan,  pertanggungjawaban  dan  langkah  tegas membanteras rasuah.

LAWATAN KE LUAR NEGARA

Selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, saya tidak banyak menjelajah keluar negara kerana Dr. Mahathir memang sentiasa melawat negara asing. Adalah tidak benar babawa saya hanya ke Amerika Syarikat dan Perancis seperti yang didakwa. Saya lebih sering melawat negara ASEAN dan pernah ke China, Korea, Jepun, Sudan, Emirat Arab Bersatu (UAE) dan Pakistan. Semasa kunjungan, saya diiringi oleh Azizah. Pengawal-pengawal polis mengiring saya dalam semua acara dan program. Sindiran Dr. Mahathir seolah-olah saya menghilang adalah fitnah, membayangkan peribadi buruk orang yang cukup terdesak

DUA BILION RINGGIT DARI PETRONAS

Hampir dua bilion ringgit diluluskan oleh Petronas untuk syarikat kepunyaan Mirzan Mahathir. Petronas adalah milik kerajaan dan khazanah negara serta bertanggungjawab penuh kepada Perdana Menteri. Saya tidak terlibat dalam memberikan kelulusan dana tersebut; sebaliknya menasihat Perdana Menteri rnengenai kesan dan persepsi negatif terhadap dana penyelamat sebegitu besar rnenggunakan wang rakyat. Saya juga telah meminta dilantik jurunilai antarabangsa menetapkan harga.

Ribuan  syarikat menghadapi masalah,  mengapa perlu  ditumpu bagi menyelamatkan syarikat anak Perdana Menteri? Sebab itulah saya menggesa supaya siasat ketelusan tersebut kerana terdapat pencanggahan kepentingan dan berunsur rasuah.

ISU NEPOTISME DAN KRONISME

Kecenderungan sekarang ialah menghebahkan senarai puluhan ribu nama yang kabur dan mengelirukan. Nama anak-anak, kroni besar sengaja ditinggalkan. Sebagai contoh RealMild dan MRCB memperlihatkan nama Nazri Abdullab. Nama Dato' Kadir Jasin dipadamkan. Pemegang saham majoriti yang sebenar ialah Dr. Mahathir.

Sebab itu saya ulangi perlunya diwujudkan satu Jawatankuasa Bebas menyiasat semua kelulusan besar saham, lesen, kontrak dan penswastaan yang diluluskan oleh Perbendaharaan, MITI dan Unit Perancang Ekonomi.

Jumlah pegangan kroni dan keluarga walaupun sekadar puluhan projek penswastaan atau kontrak tetapi ia melibatkan puluhan bilion ririggit. Ini tidak termasuk kepentingan keluarga dalam syarikat-syarikat besar kroni yang memperolehi projek penswastaan termasuk janakuasa elektrik bebas.

Dalam setiap projek mega, kepentingan syarikat milik keluarga adalah terjamin baik KLCC, KLIA atau Bakun. Saya berani dengan cabaran ini kerana sepanjang saya bertugas sebagai Menteri Kewangan, tidak terdapat saham, kontrak, lesen yang saya luluskan untuk keluarga.

TUDUHAN SALAHLAKU SEKS

Dr. Mahathir sekali lagi mengulangi fitnah terhadap saya tanpa merasa rnalu dan bersalah walaupun umum diketahui perilakunya secara peribadi serta keluarga, terutama anak-anaknya.

Beliau sebenarnya telah menghukum saya pada 2 September 1998 dan telah berulang kali mencerca dan menggunakan media untuk mengaibkan saya. Sembilan bulan telah berlalu, rakyat tidak terpedaya dengan fitnah oleh para konspirator, maka beliau terpaksa reka cerita baru, kononnya beliau percaya dengan makluman yang rnenurutnya disampaikan oleh dua perempuan sundal kepadanya; dan juga keterangan pemandu. Demikianlab kisah seorang maharaja yang bertindak sebagai penyiasat berdasarkan keterangan dua perempuan sundal;  pendakwa dan hakim.

Sekali lagi, beliau telah menetapkan skrip yang harus dipatuhi oleh Hakim dalam perbicaraan nanti. Saya kesal dengan sikap seorang pemimpin tua yang sanggup bertindak sehina itu,  memfitnah mencerca semata-mata kerana mahu mematikan karier pencabarnya; takut dengan pembaharuan yang bakal dilakukan. Saya tidak sanggup mendedahkan kisah salahlaku seks Dr. Mahathir. Tetapi beliau memang diketahui sebagai cukup liberal dalam hal-hal sedemikian, hinggakan kes rogol, tangkap basah pun diarah tutup.

TUN DAIM ZAINUDDIN

Tun Daim seperti yang dijangka menafikan bahawa beliau membawa keluar wang sebanyak di antara 700 juta ringgit hingga 1 billion ringgit sekitar akhir September 1977. Sebenarnya saya menerirna maklumat dari Bank Negara Malaysia mengenai wang dikeluarkan menggunakan pesawat dari Kuala Lumpur ke Zurich, dengan dua kerusi kelas pertama bersebelahan Tun Daim
dikosongkan untuk diletakkan beg besar mengandungi wang.

Saya terpaksa melaporkan perkara tersebut kepada PM untuk disiasat. PM tidak senang dengan laporan tersebut dan meminta kes tersebut ditutup. Saya hairan bagaimana dengan sikap PM melindungi Tun Daim dan tidak membenarkan penyiasatan.  Saya juga telah mengemukakan dokumen membuktikan tiga tokoh korporat menyogokkan wang dan saham atas nama Tun Daim berjumlah lebih kurang 600 juta ringgit; semasa beliau menjawat Menteri Kewangan.

Sekarang, setelah perkara tersebut saya dedahkan Tun Daim memberitahu buat pertama kalinya bawa wang itu adalah wang UMNO. Selain dari Dr. Mahathir, tidak seorang lain pun rnengetahui kedudukan tersebut. Saya selaku Timbalan Presiden UMNO pada ketika itu tidak pernah melihat akaun atau dimaklumkan mengenai wang sebanyak itu. Tidak ada rekod yang diketahui bahawa wang tersebut adalah wang amanah.

Sekarang bila tersepit, gunakan nama parti, Jika tiga syarikat besar menderma' 600 juta, bagaimana dengan tiga puloh sayarikat lainnya? Saya mengetahui mengenai RealMild dan MRCB. Nilai satu billion juga hak UMNO yang seharusnya dipegang oleh Presiden.

Tetapi, sehingga saya dipecat, akaun dan maklumat mengenainya tidak pernah ditunjuk atau dibentangkan kepada Majlis Tertiniggi. Saya tidak percaya ada pemimpin tertinggi, di kalangan tukang angguk yang berani menyoal. Sekarang, melalui Dato' Kadir Jasin sebagal proksi, Tun daim rnenguasai NST secara mutlak. Tetapi senarai yang dikeluarkan mengenai MRCB telah menghilangkan nama Kadir; saya percaya dilakukan atas nasihat Tun Daim.

Dengan pengakuan Tun Daim bahawa wang tersebut kononnya adalah hak UMNO; Tun Daim telah mengamalkan rasuah; kerana menerima wang atas nama peribadi tatkala menjawat Menteri Kewangan. Badan Pencegah Rasuah harus siasat segera dan Peguam Negara akan teruji keberaniannya untuk mengambil tindakan. Dr Mahathir bersubahat dalam rasuah tersebut. Jika tidak, pemimpin tertinggi kebal dari tuduhan rasuah dan tindakan

Tun Daim diketahui umum telah menimbun kekayaan semasa menjadi Menteri. Saya terpaksa membuat banyak perubahan di Perbendaharaan bagi memperbaiki imej dan mengembalikan kewibawaan kementerian. Sikap dan dedikasi pegawai-pegawai termasuk Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti amat dibanggakan.

Tetapi manakala Bank Negara Malaysia membuat penyiasatan terhadap bank kepunyaan Tun Daim, International Bank of Malaysia (dulunya Hock Hua Bank); kerana terdapat aduan penyelewengan, PM telah mengarahkan supaya siasatan dihentikan, International Bank of Malaysia dijadikan saluran mudah masuk-keluar wang dan sewajarnya pengawasan biasa dibenarkan. Dan, sekarang selaku Menteri Kewangan, masalah ini tidak berbangkit lagi. Begitu juga manakala Suruhanjaya Sekuriti menyiasat syarikat yang melibatkan anak menteri yang boleh dianggap billionaire.

RASUAH

Saya banyak memperkatakan mengenai rasuah diperingkat tertinggi; yang kian mcrebak  menjadi  barah.  Pemimpin-pemimpin  menonjolkan  kekayaan keterlaluan; membina mahligai dan kediaman besar; motokar-motokar canggih; tanah; saham dan harta. Terlalu lama perkara tersebut dibiarkan.

Manakala terdapat bukti sabit kesalahan; sepertimana bukti yang saya dedahkan mengenai Menteri Kanan yang memberi saham kepada anak menantu yang telah siap keatas pendakwaan oleh Peguam Negara, kes tersebut diarah tutup oleh Dr. Mahathir.

Saya berani bertegas dan rnendedahkan hal rausah;  kerana rekod perkhidmatan, harta, rumah atau saham yang saya miliki diketahui umum. Saya  telah  minta  supaya  dihentikan  sandiwara  menyembunyikan penyelewengan, rasuah, kronisme dan nepotisme.

Saya berani disiasat bersama dengan PM dan pemimpin lain; dan supaya rakyat mengetahui siapa yang mengumpul harta bernilai ratusan juta ringgit; akaun tersembunyi; atau kekayaan di dalamn dan luar negeri. Atas arahan PM, rumah saya, pejabat dan fail-fail kementerian digeledah untuk mencari bukti mensabitkan saya dalam apa-apa kesalahan.

Sekarang mereka menyinggung secara umurn tetapi tidak berani mengadakan penyiasatan terbuka.

Dengan cara ini rakyat akan tahu sebenarnya siapakah yang meluluskan saham, kontrak, lesen atau peluang penswastaan untuk keluarga atau kroni. Cara sekarang mengelirukan. Senarai umum dikeluarkan tanpa mengetahui nilai dan siapa yang meluluskan. Nama-nama korporat besar yang rapat dengan Dr. Mahathir dan Tun Daim sengaja ditinggalkan.

DERHAKA KEPADA UMNO

Saya kini dituduh mengkhianati UMNO; seolah-olah tidak mengenang budi. Ingin saya tegaskan bahawa saya patuh kepada prinsip perjuangan parti; dan telah sedaya upaya membela nasib umat Melayu dan Bumiputera, rnenghayati Islam serta memelihara kepentingan rakyat dan negara. Saya juga taat dan patuh kepada pemimpin parti selagi mereka tidak menodai kesucian agama dan perjuangan parti dan kepentingan negara.

Memang benar berlaku ketegangan dan keretakan dikebelakangan ialah apabila penyelewengan, rasuah, kronisme dan nepotisme terlalu ketara. Keangkuhan pemimpin sudah keterlaluan. Walaupun diketahui sebagai orang yang tidak tekun mcngamalkan prinsip agama, dan dangkal pengetahuan tentang Islam, Dr. Mahathir masih lancang rnempertikai hukum, aurat dan menghina ulama. Saya tidak dapat bersetuju dengan tindakan menyingkir bekas Mufti Dato' Ishak Baharom; menghina Ustaz Dato' Harun Din dan cuba mentafsir ayat-ayat suci semata-mata bersandarkan sedikit terjemahan Al-Quran dalam bahasa Inggeris.

Tetapi kerana budaya takut, sikap diktator dalam parti dan kerajaan, pemimpin-pemimpin lain mengaminkan sahaja. Dalam keadaan tertekan sebegitu pun, saya masih memihak untuk tidak mencabar kepimpinan beliau melainkan menegur dengan baik atau tidak membuat kenyataan menyokong tindakan beliau.

Persoalannya ialah bahawa mengkhianati perjuangan parti ialah dasar yang menguntungkan  kelompok  kecil keluarga dan  kroni;  membenarkan penindasan; mengabaikan kepentingan majoriti; menghalalkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa dan menghina agama. Sebab itu ahli-ahli UMNO mengetahui dan menghormati pendirian saya. Mereka terdiri dari petani, nelayan dan pekerja, guru dan kerani yang berjuang dengan ikhlas mempertahankan idealisme parti tanpa menyedari khazanah negara dirompak oleh pemimpin tamak haloba; khayal dengan projek mega dan raksaksa untuk memuaskan nafsu serakah peribadi.

Ahli-ahli parti dan rakyat dibuai dengan laporan media; dan paling akhir dengan drama siri panjang untuk memuji dan memuja pemimpin utama agung di dunia Sekiranya ahli-ahli nanti menyedari sebenar keburukan dan rasuah yang berlaku; mereka akan lebih sedar siapakah penderhaka sebenar terhadap perjuangan.

Lantaran cabaran saya terhadap gejala penyelewengan tersebut serta ungkapan serta pandangan saya yang lebih lantang mengenai keadilan, perjuangan rakyat dan masyarakat madani; maka kelompok kecil pemimpin merasa tersepit dan mula merancang untuk menjatuhkan saya. Konspirasi tertera dengan cara celupar Dato' Seri Sanusi yang menghukum saya sebagai "'insan munafik." Beliau adalah peminat setia Goebbels, Menteri Penerangan Hitler, seorang pemfitnah besar dalam sejarah.

Inilah cara hulubalang upahan digunakan; bukan untuk berhujjah tetapi untuk memaki hamun. Fahamlah kita mengapa beliau tewas untuk menjadi Ketua Bahagian UMNO Langkawi; maknanya ditolak oleh ahli akar umbi parti.

Mereka harus berani menghadapi kenyataan, bukan berselindung disebalik fitnah, maki hamun atau menakut dan mengugut rakyat. Adakan siasatan bebas untuk mencari kebenaran dan menegak keadilan.

Saya menggesa dan merayu kepada rakyat supaya menggunakan kebijaksanaan  menilai dan memutuskan berdasarkan fakta. Inilah kesempatan sebaiknya untuk rakyat memilih barisan alternatif yang bertekad untuk membanteras rasuah, penyelewengan dan menegak keadilan.

Kita yakin perubahan akan dapat dilakukan dengan aman. Keupayaan kerjasama barisan alternatif dan persefahaman tentang prinsip asas keadilan dan kesejahteraan rakyat menambah keyakinan kita tentang fajar baru  politik Malaysia.

Kita akan terus berusaha, berikhtiar sambil berdoa supaya Allah s.w.t. merestui perjuangan kita.

Sekian,  terima kasih.  Selamat Berjuang.
 

Anwar Ibrahim