TIDAK MENYERTAI MAPEN II

Kenyataan Media
Parti Keadilan Nasional (keADILan)
Parti Islam SeMalaysia (PAS)
Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Parti Rakyat Malaysia (PRM)

TIDAK MENYERTAI MAPEN II

Majlis yang  terdiri daripada para pemimpin keADILan, PAS, DAP dan PRM, dalam pertemuannya pada 1hb Julai 1999 telah bersetuju tidak akan menyertai MAPEN II (Majlis Perundingan Ekonomi Kedua) anjuran pemerintah. Sehingga hari ini keADILan belum lagi menerima jemputan untuk menyertainya, walaupupun tiga parti yang lain telah menerimanya. 

Kami berpendapat bahawa MAPEN II ini semata-mata satu helah politik pilihan raya untuk membuktikan kononnya pihak pemerintah BN bersikap terbuka dan bersedia berbincang dengan parti-parti alternatif tentang masa depan ekonomi negara. Pada hal selama ini tidak pernah pucuk pimpinan BN mahu menerima pandangan apatah lagi teguran daripada pihak parti-parti alternatif. Misalnya, kami tidak pernah dijemput menyertai ataupun menyumbang  pendapat kepada Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN).

Pengalaman PAS, DAP dan PRM dalam MAPEN I, yang telah mereka sertai beberapa tahun dulu, sangat mengecewakan. Pihak pimpinan pemerintah tidak memperlihatkan sikap yang ikhlas atau serius. Begitu banyak masa, tenaga dan wang telah dibuang untuk mesyuarat dan lain-lain, akan tetapi akhirnya pihak pemerintah telah menolak dengan mudah saja laporan serta perakuan MAPEN I. Bahkan pemerintah tidak memberi penghargaan kepada badan tersebut apabila ia tidak  menimbang  sama sekali hasil  usaha berbulan-bulan oleh anggota-anggota MAPEN I.

Tidak lama selepas MAPEN I,  pemerintah telah membentuk pula Majlis Perundingan Pendidikan Negara (MPPN). Parti-parti pembangkang ketika itu tidak menyertainya berikutan pengalaman buruk mereka dalam MAPEN I. Kita saksikan bahawa selepas Datuk Sulaiman Daud mengambil alih jawatan  Menteri Pendidikan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak ada mensyuarat diadakan dan sehingga hari ini MPPN tidak mengeluarkan apa-apa laporan pun. 

Pihak pemerintah hendaklah ikhlas dan serius apabila mengundang wakil parti-parti alternatif dan pertubuhan-pertubuhan lain menyertai sebarang
usaha untuk kebaikan negara dan rakyat. Janganlah hendaknya cuba berpura-pura dan melakukan sesuatu hanya untuk kepentingan politik
pilihanraya saja.

Ditandatangani oleh:

Dr Wan Azizah Wan Ismail, Presiden keADILan
Datuk Haji Fadzil Noor, Presiden, PAS
Lim Kit Siang, Setiausaha Agung DAP
Dr Syed Husin Ali, President PRM

5hb Julai 1999

Media Statement
by
Parti Keadilan Nasional  (keADILan)
Parti Islam SeMalaysia  (PAS)
Democratic Action Party (DAP)
Parti Rakyat Malaysia (PRM)

NOT PARTICIPATING IN MAPEN II

The Council consisting of leaders from keADILan, PAS, DAP and PRM, in its meeting on 1st July 1999 decided not to participate in the government sponsored MAPEN II (Second National Economic Council).  To date, keADILan has not been invited, although the three other parties have received invitations to participate.

We consider that MAPEN II is merely an election ploy to give the impression that the government is open and willing to deliberate with the opposition parties on the economic future of the country. All this while, the BN government leadership has never shown any willingness to accept views what else criticisms from the alternative parties. For instance, we were never invited to participate in or contribute our views to the National Economic Action Council (NEAC).

Experiences of PAS, DAP and PRM in MAPEN I, which they participated in a few years back, were very disappointing. The government leadership did not show any sincere or serious attitude. So much time, energy and money were spent on meetings and so forth. Finally the government conveniently rejected the report and recommendations of MAPEN I. In fact, by doing so the government failed to give any recognition to all the hard labour put in by so many members of MAPEN I for so many months. 

Not long after MAPEN I, the government formed the National Education Advisory Council (MPPN). The opposition parties at that time, following
their bad experiences in MAPEN I, decided not to participate in MPPN. We saw that after Datuk Sulaiman Daud succeeded Datuk Seri Anwar Ibrahim as Education Minister, there was no meeting held by the MPPN, and until now it has not produced its report. 

The government must be sincere and serious when inviting representatives from the alternative political parties and other organisations to
participate in any effort good for the people and country. It should not try to pretend and do things only as an electoral ploy to further their own
political interests.

4th July, 1999

Signed by:

Dr Wan Azizah Wan Ismail, President of keADILan
Datuk Haji Fadzil Noor, President of PAS
Lim Kit Siang, Secretary General  of DAP
Dr Syed Husin Ali, President of PRM