Mahathir said 'Mampuih hang'

Mahathir said 'Mampuih hang' when he referred to foreigners whom who claimed wants to take over the country. To you foreigners out there it means 'death to you!'. 

- Ucapan Mahathir semalam 1 July 1999-

Dengan ucapannya di atas Mahathir sebenarnya telah menghasut rakyat supaya membenci orang-orang asing tanpa sebarang alasan yang menasabah. Jadi jangan terkejut kalau ada orang-orang yang berfikiran singkat melakukan
sesuatu yang tidak diingini ke atas orang asing, kononnya kerana mendapat semangat patriotisme yang dihembuskan oleh Mahathir.

Mahathir benar-benar telah sasau dan nyanyuk. Tidakkah dia sedar perkataan yang diucapkannya itu boleh mencetuskan huru-hara. Memang telah menjadi dasar diktator yang berada dipenghujung kekuasaannya. Dia akan menggunakan apa juga helah untuk mengalihkan perhatian dan kemarahan rakyat kepada musuh bayangan yang diwujudkannya dalam fikiran rakyat. Dalam hal ini orang-orang asing merupakan 'convenient scape goat' untuk dijadikan sasaran.

Oleh kerana Mahathir semakin hilang kewarasannya kita menasihati orang-orang asing yang berada di negara ini supaya lebih berhati-hati. Kita bimbang sekiranya hasutan Mahathir ini akan disambut oleh orang-orang yang dangkal fikirannya lalu mengambil tindakan menyakiti orang-orang asing atas nama Patriotisme Mahathir.