MENYOROT FATAMORGANA DI PERMATANG PAUH

Membaca dan meneliti akhbar-akhbar harian sepanjang minggu lepas, tidak dapat tidak kita tertanya-tanya "Bilakah lagi Mahathir nak isytiharkan Pilihanraya?". Boleh dikatakan sepanjang minggu, kalau tidak disiarkan berita mengenai keburukan PAS, kemiskinan di Kelantan, 'keceluparan' Shahnon atau penjelasan demi penjelasan mengenai isu Anwar - seakan tak cukup syarat sah untuk dicetak akhbar-akhbar berkenaan.

Kerana merasakan semua orang ada mengikuti isu-isu tersebut baik melalui internet mahupun melalui Harakah atau akhbar semi-pembangkang seperti
Eksklusif dan sebagainya, maka terasa redundant sekiranya  saya cuba mengulang ulas cerita yang sama. Oleh itu, untuk minggu ini, saya ingin mengulas sedikit mengenai lawatan YAB Datuk Seri Dr Mahathir ke Permatang Pauh pada hari khamis 1 hb Julai yang lalu.

Akhbar The SUN 3/7/99 menyiarkan tajuk besar di muka depan:

"SEAT IS OURS, SAYS MAHATHIR - BN Leaders have turned around Anwar supporters"

[Terjemahan: 'BN Akan Menang Kerusi Parlimen Permatang Pauh', kata Mahathir - kerana Pemimpin2 UMNO Penang  telah berjaya mendapatkan semula sokongan dari penyokong2 Anwar di Permatang Pauh].

Ayat yang lebih kurang serupa tapi ditambah dan digoreng secukup rasa dapat kita temui di akhbar-akhbar upahan milik kerajaan sehari selepas lawatan
tersebut. Bagi orang-orang Permatang Pauh, membaca tulisan-tulisan tersebut cukup rimas dan amat meloyakan.

Dalam sidang akhbar kepada para wartawan selepas lawatan itu, Mahathir yang masih tak faham-faham dengan atur-cara kaki-kaki bodek sekelilingnya, dengan penuh bongkak menyatakan bahawa beliau begitu yakin dengan sokongan padu rakyat Permatang Pauh terhadap kerajaan BN;  ini berdasarkan jumlah mereka yang hadir. Antara lain, dengan penuh konfiden Mahathir berkata:

"Well, you saw for yourself the turnout!!"
[Terjemahan: Ha, kamu lihat sendiri jumlah rakyat Permatang Pauh yang hadir!!]

Kerana kebetulan, dalam pilihanraya yang lepas saya mengundi di Permatang Pauh, dan sehingga hari ini saya masih berhubung rapat dengan akan-rakan ahli UMNO Permatang Pauh, maka saya rasa ada baiknya kita ikuti apa pula kata orang-orang Permatang Pauh khususnya orang-orang UMNO berkenaan dakwaan Dr Mahathir ini.

Hasil perbualan dengan mereka saya dimaklumkan perkara-perkara berikut:

1. Setiap Sekolah di Pulau Pinang diwajibkan menghantar 4 atau 5 orang guru sebagai wakil ke Sek Men Guar Perahu untuk upacara 'mengadap' DYMM Seri Paduka Baginda Datuk Seri Dr Mahathir Ibni Mohamad Al-Haj.

2. Seluruh warga Maktab Perguruan Tuanku Bainun, kira-kira 5 atau 6 km dari Sek Men Guar Perahu diwajibkan hadir - tak kira sama ada guru pelatih sepenuh masa atau pun guru2 sekolah  yang sedang mengambil kursus sambilan. 

3. Bas-bas dari luar kawasan Permatang Pauh, sesetengahnya dari luar Pulau Pinang, antaranya dari Kerian, Perak dilihat diparking bersusun-susun hingga ke Taman Guar Perahu.

4. Makcik-makcik UMNO dari luar Permatang Pauh seperti dari Tambi Kechik (bukan Rahim Tambi Chik!) di kawasan Bagan telah diberi upah RM20 untuk
memenuhi bas-bas yang membawa mereka ke Sek Men Guar Perahu.

5. Ada Pegawai2 dari Kementerian Pendidikan yang menyumpah-nyumpah kerana dipaksa hadir sedangkan di jiwa mereka, mereka sudah hilang selera dengan UMNO pimpinan Dr Mahathir.

6. Saya mendengar seorang ahli UMNO dari JKR menyumpah-nyumpah kerana dipaksa turun untuk upacara mengadap hormat Dr Mahathir itu.

7. Bendera-bendera UMNO dipasang 'satu hala sahaja' - cuma dipasang dari arah Jarak ke Sek Men Guar Perahu sejauh kira-kira 1 km. Selepas Sek Men Guar Perahu menghala ke Pekan Penanti, tidak ada bendera UMNO yang dipasangkan - mungkin kerana kaki bodek2 Mahathir ini tahu bahawa Tuanku Mahathir cuma datang dari arah Jarak, dan pulang ikut jalan yang sama; jadi tak perlu membazirkan masa dan wang untuk memacak bendera dari arah bertentangan. 

8. Sepanjang jalan dari Jarak ke Sek Men Guar Perahu, bendera-bendera PAS 'terpaksa' diturunkan untuk memberi laluan kepada konvoi Dr Mahathir - dan digantikan dengan bendera2 UMNO, kecuali beberapa batang bendera yang terlalu tinggi di pucuk-pucuk pokok (mungkin masih belum ada kaki ampu UMNO yang sanggup 'syahid' untuk  Dr Mahathir!!). Adalah dirasakan, ada sedikit persefahaman antara orang-orang PAS kawasan tersebut dengan mereka yang hanya 'mencari makan' dengan kerajaan menurunkan bendera2 PAS tersebut, kerana pagi tadi 4 hb Julai 1999, sahabat saya yang tinggal berdekatan Sek Men Guar Perahu memaklumkan bahawa bendera2 PAS  yang diturunkan itu kini sudah pun muncul kembali!!

Pendekata, ribuan hadirin yang hadir pada hari khamis 1h Julai itu, majoritinya bukanlah warga Permatang Pauh. Mereka yang datang ke Sek Men Guar
Perahu hari itu rata-ratanya adalah orang luar atau pun kakitangan-kakitangan kerajaan yang terpaksa menghadirkan diri dalam keadaan rela dalam paksa. Seorang guru  sekolah di kawasan Permatang Pauh begitu bersimpati dengan rakan-rakannya yang terpaksa hadir dalam perhimpunan hari hujan itu. Saya mendengar beliau berkata:

"Kesian kat cikgu-cikgu tu, kerana Mahathir, habis basah kuyup depa!!"

Sesungguhnya, yang hadir di majlis mengadap Dr Mahathir itu majoritinya bukanlah warga tempatan; mereka ini sama ada hadir kerana terpaksa - atas
sifat mereka sebagai kakitangan kerajaan ataupun pun golongan2 UMNO bawahan yang dikerah dari segenap penjuru Pulau Pinang dan Kedah Utara dengan sedikit 'wang upah' dan sehelai baju t-shirt free. Kerana itu, sekiranya Dr Mahathir yakin bahawa orang-orang UMNO Permatang Pauh sudah berubah hati dengan menyokong kembali BN, maka sesungguhnya beliau telah tersilap besar.

Dan, sama ada takdir atau kebetulan, seluruh warga Permatang Pauh melihat sendiri pada hari tersebut - bahawa bukan mereka sahaja yang tidak berkenan dengan Dr Mahathir, malah angin dan awan larat yang bertiup kencang pada hari itu juga seakan-akan sudah naik "BARA" dengan kerenah orang Nombor Satu negara ini.

The SUN 2/7 melaporkan bahawa angin kencang yang bertukar menjadi ribut telah melanda kampung-kampung di sekitar Permatang Pauh dan Seberang Perai. Ribut tersebut bermula sekitar pukul 4 petang, di ketika majlis mengadap Mahathir sedang rancak berjalan. Ribut kencang itu telah memusnahkan lebih daripada 15 buah rumah; antara yang teruk dipukul angin ialah Taman Janggus di Permatang Pauh, Kampung Manggis di Sungai Puyu dan Kubang Menerong di Tasek Gelugor. Ribut ini juga menyebabkan traffic jam di beberapa kawasan di Seberang Perai termasuk di Permatang Pauh - tambah2 pula bas-bas dan kenderaan mereka yang hadir di majlis mengadap Dr Mahathir itu turut sama berasak-asak dengan orangramai yang baru pulang dari tempat kerja. Maka, bertambah-tambahlah maki hamun dan sumpah seranah orang-orang Permatang Pauh terhadap kedatangan Dr Mahathir ini.

MUNGKIN ANGIN RIBUT ITU ADA SEDIKIT RASA BELAS KASIHAN DENGAN INSAN-INSAN YANG TIDAK BERDOSA YANG DIPAKSA HADIR DI MAJLIS TERSEBUT. KALAU TIDAK, TENTU SUDAH HABIS KHEMAH-KHEMAH DI SEKOLAH MENENGAH GUAR PERAHU ITU DICAMPAKNYA KE HUJUNG LANGIT!!!

Berbalik kepada isu dakwaan Dr Mahathir bahawa  penyokong2 Anwar di Permatang Pauh sudah berubah; seorang orang kuat UMNO di Permatang Pauh, yang saya kenal secara peribadi - dari golongan "UMNO Dulu, Kini dan Selamanya" -  bila ditanya pendapatnya;  beliau berkata:

"Piiirah, berubah apa, hari Khamis tu dia mai Guar Perahu, esoknya depa pi tubuh satu lagi cawangan ADIL di Tanjung Putus dalam DUN Permatang Pasir!!"

Bila ditanya lagi peluang UMNO dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh akan datang, beliau berkata:

"Tak kan depa tak tau - sekarang ini sudah ada lebih 30 cawangan ADIL di sini!!!"

Dengan 30 Cawangan ADIL di Permatang Pauh, ditambah pula dengan sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada ahli-ahli dan pucuk pimpinan PAS kawasan, kita yakin Insyaallah Datin Seri Dr Wan Azizah pasti akan menang kerusi Parlimen
Permatang Pauh.

Walaupun begitu, ada yang berpendapat meski pun pengundi Melayu adalah majoriti di sini tetap undi bukan Melayu mungkin boleh menjadi faktor penentu. Saya, secara peribadi merasakan orang-orang bukan Melayu di kawasan ini akan memberi undi kepada Dr Wan Azizah. Walaupun dari luaran mereka nampak pro-kerajaan tetapi ada sedikit rasa tidak puas hati terhadap Dr Mahathir. Antara sebab utamanya ialah campurtangan Dr Mahathir yang agak keterlaluan terhadap institusi kehakiman. Faktor campurtangan Dr Mahathir dalam urusan mahkamahlah yang menyebabkan orang2 Cina khususnya  golongan professional jadi tidak puas hati dengan Dr Mahathir. Ini bukan rekaan saya tapi berdasarkan perbualan saya dengan beberapa orang sahabat berbangsa Cina di Pulau Pinang. Bagi mereka, kerenah Dr Mahathir mencampur-adukkan bidang legislatif dan
judiciary ini sudah agak keterlaluan.

Kerana itu, apabila ditanya kepada seorang rakan saya, Cina Penang, dengan penuh ikhlas beliau berkata:

"Kalau Wan Azizah lawan one to one sama itu Mahathir ha, I ingat majoriti orang-orang Cina akan undi Wan Azizah!!"

HA, KALAU LAWAN MAHATHIR PUN, MEREKA AKAN UNDI WAN AZIZAH - INIKAN PULA LAWAN AHMAD SAAD!!

Kerana itu, bersalahan dengan dakwaan Mahathir, saya mewakili suara hati sahabat-sahabat saya di Permatang Pauh begitu yakin bahawa Parti Alternatif melalui Datin Seri Dr Wan Azizah, insyaallah akan menang mudah dalam pilihanraya Parlimen Permatang Pauh akan datang!

Menutup bicara, kedatangan Mahathir ke Sekolah Menengah Guar Perahu tempoh hari dengan disambut 'ribuan' rakyat jelata bukanlah bermakna rakyat Permatang Pauh sudah berubah angin. Mahathir harus sedar bahawa itu cumalah salah satu
babak dari ribuan 'lakonan' yang sedang dipentaskan oleh kaki-kaki bodeknya untuk menyakinkan beliau bahawa rakyat jelata yang 'hina dina' itu masih kasihkan BAGINDA!!

Kerana itu, jangan terpengaruh dengan apa yang ditulis oleh akhbar2 tempatan mengenai lawatan beliau tersebut. Memetik kata seorang veteran UMNO Permatang Pauh (yang masih belum terbuka hatinya untuk masuk PAS atau ADIL):

"Orang Permatang Pauh baca cerita tu, nak TERGELAK!!!"

Wassalam,
Pakdin