KALAU AMAN,
MENGAPA HENDAK TUKAR KERAJAAN?
05 Julai
1999, Taman Cheras, Kuala Lumpur.
Kira-kira
jam 3.00 petang, seorang rakan niaga kami, seorang tukang kayu keturunan
Cina-Hakka bernama Ah Ching, telah datang ke pejabat kami untuk berbincang
beberapa hal perniagaan. Syarikat kami ni taklah besar sangat tapi adalah
juga 10 orang pekerja termasuk saya sendiri dan seorang lagi rakan kongsi.
Sebenarnya kami adalah Kontraktor Ubahsuai dan Hiasan dalaman. Perbincangan
kami berlangsung kira-kira sejam dalam suasana yang cukup harmoni dan tenang.
Kemudian,
setelah selesai kami pun mempelawa si Ah Ching untuk minum petang di gerai
Kak Ton yang berdekatan dengan pejabat kami. Sambil kami menikmati teh
tarik Kak Ton, si Ah Ching bertanya kepada saya, 'Jamal ha, awak ada join
itu REFORMASI ka?'
Saya jawab,
'ada!'
……dan bermulalah
cerita kami sembang minum petang……..
Ah Ching
: Awak fikir baguska ini REFORMASI, awak tak takut masuk itu penjara?
Saya
: Bagus apa, saya bukan mau masuk
penjara. Saya tak ada
buat apa2 salah. Kenapa mesti saya masuk penjara?
Ah Ching
: Yalah, awak tak salah apa2.
Tapi awak mesti tengok tau,
itu Anwar ha (DSAI la tu) sudah masuk penjara kena 6
tahun. Itu dia punya bini ha, siapa itu…… Ajijah ka
bikin Parti Adil. Join sama PAS, mau lawan sama kerajaan.
Apa pasal mau lawan. Apa kerajaan sudah buat salah
sama kita? Itu dia punya husband sudah kena, itu
kira dia punya nasib la.
Saya
: U tak kena bolehlah cakap itu macam.
Cuba U kena ka,
abang U kena ka. Apa rasa? OK. Ah Ching. U dengar sini
baik2 apa saya mau cakap. (Sebab dia ni jenis suka potong
cakap orang). Pertama, U boleh percaya tak satu orang itu,
TPM Malaysia boleh bikin suka-suka, jalan sendiri2 kalau
tak ada Polis escort (saya tau sebab saya anak Polis dan
tinggal dalam Kuarters Polis lebih 20 tahun). Apa itu, yang
tukang escort tu tak kan tak tau mana dia pergi? Kedua,
kenapa tajuk pertuduhan itu boleh dipinda semasa bicara,
yang langsung tak ada kena-mengena. Ketiga, sampai
sekarang ni, itu haribulan he, sudah 3 kali tukar tau.
Keempat, U bagi saya itu jawapan.
Ah Ching
: Kalau itu kes, semua orang sudah tau. Siapa boleh lawan
sama kerajaan.
Saya
: Baik. Kita tinggalkan itu hal dulu, pasal sekarang dia orang
tengah fight dekat Court. Belum ada pure result. Ini, saya
bagi U sebab lain, yang sure pure punya. U ingat tak dulu,
Dr. M ada cerita pasal mau rakyat kita sampai 70 juta.
Kerana, dia tau (saya fikir orang dia yang beritahu) kalau
kita mau jadi negara maju, jumlah rakyatnya mesti ramai
yang bijak pandai. Pada masa itu, kita mau Engineer ada,
mau Doktor ada, mau Cikgu ada, bererti semua mesti ready
dan cukup. Tetapi, pada masa yang sama, contohnya saya
sendiri, sudah ada 6 orang anak dan 3 orang bersekolah.
Macamana kita mau besarkan anak2 kita dengan perfect
kalau satu tahun harga barang naik sampai 3, 4 kali! Lepas
tu, sana cukai, sini cukai, sana bayar IWK, sini bayar TNB,
sana bayar JBA. Bas sekolah nak bayar, yuran nak bayar,
buku, baju nak beli, sana sini tol. U suka tol ka? U tau tak,
dalam Islam he, suruh orang kawin dan kemudian dapat
anak ramai (Kahwin dan dapatkan zuriat), itu hal he, Islam
sudah cakap 1400 tahun dulu tau. Itu government he,
sudah terlewat 1400 tahun. Belum cerita FIRAUN buat
piramid lagi.
Ah
Ching : Heh! Piramid punya hal pun awak tau ka? Wah!
Awak
cakap banyak pandai ha!
Saya
: Saya bukan cakap pandai, tapi itu adalah kenyataan dan
pendapat saya dengan keadaan yang terjadi ini, kita kena
tukar kerajaan.
Ah Ching
: Haiya! Lagi2 U cakap pasal mau tukar kerajaan. Sekarang,
negara kita aman, ada sikit2 recession itu, mana2 pun
serupa. He Jamal, saya takut kita tak boleh cari makan.
Mmmm! Bukan, maksud saya nanti semua rakyat jadi susah
tau.
Saya
: Ha! Ha! Ha! (saya tergelak besar) Apa, selama ni U bikin
bisnes, kerajaan ada tolong ka? Apa yang susahnya Ah
Ching. OK. Kita ingat balik la. Macamana datuk U, bapa U
boleh hantar U pergi sekolah belajar? Masa tu U punya bapa
hidup dan bekerja semasa Inggeris perintah. Kemudian kita
merdeka, pun dia masih boleh buat bisnes. Apa pasal kita
pulak yang takut untuk tukar kerajaan sebab yang mau kita
pilih masih lagi orang kita. Orang Malaysia. Tapi dia mesti
orang Islam la. Lagipun, kita cuma mau tukar parti yang
pegang kuasa. Kita bukan mau tukar semua jabatan yang
ada. Kita mau yang lebih baik lagi, yang dapat perintah
negara dengan lebih adil, jujur dan tidak membazir. OK.
Tadi saya cakap pasal itu piramid kan. U tau tak macamana
FIRAUN bikin itu piramid. Satu bentuk binaan yang ajaib.
Dia paksa beribu-ribu rakyat untuk menyiapkan seberapa
segera untuk menyimpan semua harta2 dan mau tunjuk dia
lebih kaya, kuat dan berkuasa sekali. Lebih kurang macam
kita punya KLCC. Correct me if I am wrong. Kira-kira berapa
billion dia punya total development cost. Apa rakyat dapat
bila benda tu siap? U dapat apa? Saya dapat apa? Dapat
nama TERTINGGI di dunia! Buat sakit tengkuk pasal selalu
pandang tegak ke atas. U tau he, Dr. M ada satu tingkat
khas untuk dia kat KLCC! Apa pasal mau khaskan dia punya
sampai satu tingkat? Kerajaan buat KLCC pakai duit Dr. M ka?
Sorry brother. Duit Petronas la kawan. Duit Petronas tu
dapat dari siapa? Siapa punya? Tuhan bagi itu minyak
campur sikit dengan manusia punya fikiran (sumber asli, akal
dan kepandaian adalah anugerah ILAHI), U cakap sama saya,
siapa punya wang itu!
Ah Ching
: OK. Jamal, saya mau tanya awak ha. Awak ada masuk Adil ka
Pas?
Saya
: Saya masuk Pas.
Ah Ching
: Tapi tadi awak cerita macam ahli Adil saja? Mana boleh
tukar suka2 hati awak?
Saya
: Ha! Ha! Ha! (saya tergelak besar lagi) U masih tak faham
apa yang saya cakap tadi. Tak apa, mungkin awak keliru.
Sekarang ini, target kita mau tukar kerajaan. Sebabnya ialah,
mahkamah sudah tidak adil lagi, ekonomi gawat dan naik
semula terlalu slow, semua channel media TV, Radio,
newspaper bagi cerita tak betul, harga barang2 asas yang
cepat naik tapi tak tau nak turun, masalah sosial makin
teruk, orang kaya semakin kaya, orang miskin semakin
miskin, buat hi-way mesti ada tol sampai depan rumah pun
ada tol (saya kena lalu dua tol), hospital diswastakan, TNB
dan JBA dah swasta, Universiti dah dalam proses kena
swasta. Dan banyak lagi. U fikir, kalau semua jabatan atau
sesuatu bidang kuasa dan tanggungjawab kerajaan nak
diswastakan, nanti kerajaan buat apa? Duduk saja dalam
bilik mewah goyang2 kaki, cukup waktu balik, cukup bulan
ambil gaji ribu2 tak masuk lagi allowancesnya.
Siapa yang pilih orang macam ini jadi kerajaan? U yang pilih!
Saya yang pilih! Semua orang pilih dia! U masih mau dia jadi
ketua lagi?
Ah Ching
: Yalah! Dulu kita vote dia. Tapi awak tak boleh paksa saya
mau pilih siapa? Itu undi, rahsia saya. Awak tak boleh tau!
Saya
: Itu pasal la kita jangan buat silap lagi. Alamak! Ah Ching! Ah
Ching! Saya cuma berharap, U sebagai kawan he, tolong
beritau kawan2 U yang lain apa yang kita cakap tadi.
Kemudian, U sendiri fikir baik2. Betul tak apa yang saya
cakap tadi. Orang Melayu cakap he, TEPUK DADA TANYA
SELERA, orang Islam cakap he, TEPUK DADA TANYA IMAN.
Ah Ching
: Huh! Ini hari sangat panas la! U bagi saya pening kepala la.
Sekarang wang susah mau masuk, kerja sudah siap lama
wang tak ada mari, tapi awak bikin kepala saya tambah sakit.
Saya
: Ah Ching! Biar pening sekarang, jangan pening bila perkara
yang sama kita jumpa selepas General Election nanti. OK
saya tak kisah U nak pangkah apa dan siapa. Tapi, saya
harap U tak pangkah BN. U nak pangkah PAS boleh, ADIL
boleh, PRM boleh atau DAP pun boleh. Janji jangan pangkah
BN. OK?
Ah Ching
: Okla! Okla! He, saya lagi ada mau jumpa orang. Kita jumpa
lain kali. OK, Bye!.
Alhamdulillah.
Secara tidak langsung dapat juga saya berbincang sambil memberikan sedikit
pandangan mengenai hal ehwal semasa dengan orang berketurunan Cina. Memang
saya akui, adalah cukup payah untuk bersembang politik dan perkara2 yang
berkaitan dengan bangsa2 lain sebelum ini.
Oleh itu,
sewajarnyalah Barisan Parti Alternatif segera bergabung tenaga serta usaha
gigih, membulat tekad dan hasrat sambil mengetepikan hal-hal bercanggah
dan yang remeh sementara waktu, demi cita-cita menumbangkan kerajaan
BN.
Adalah menjadi
harapan saya (mungkin sejumlah besar rakyat) untuk mendengar dan mengetahui
agenda2, perangkaan dan struktur juga pimpinan bayangan Barisan Parti Alternatif
ini.
Seboleh2nya,
tiada lagi kedengaran kutuk mengutuk, keji mengeji, caci mencaci dalam
ceramah2 umum akan datang kerana semua itu adalah amalan dan cara berpolitik
orang2 BN selama ini.
Barisan Alternatif
diharap dapat membawa perubahan secara total dengan ditunjangi PAS kerana
setiap sesuatu yang terbaik itu mestilah bermula dengan langkah dan kaedah
yang terbaik.
Sekian. Wassalam.
|