UMNO Sudah Terlalu Takut
dan Gerun
Olih Ustaz Haji Suffian
Mansor al Hafiz
Mon Jul 5, 1999
Bercakap seorang
vetren politik disebuah kampung, "UMNO sudah terlalu TAKUT dan GERUN".
Maka bertanya pula rakannya, "Kenapa dan bagaimana?"
Maka menjawab
seorang yang saban hari berbicara menyemak sepak terajang UMNO/BN,
"Ya, UMNO
terlalu TAKUT dan GERUN dengan kesan-akibah ceramah-ceramah penerangan
yang dilaksanakan
oleh komponent Barisan Alternatif".
Seterusnya,
maka terhurai dan terungkailah beberapa fakta yang selama ini disembunyikan
UMNO, Mahathir dan Perhimpunan UMNO diPWTC.
Hematnya, walaupun
ceramah-ceramah PAS, ADIL PRM dan komponen Barisan Alternatif
tersebut tidak
lebih dari majlis-majlis berbentuk "Pemimpin Bersama Rakyat" semata-mata,
bertujuan
untuk memberi penerangan secara terbuka mengenai sesuatu yang BENAR; namun
ceramah-ceramah seperti itu telah ratusan kali dicegah tidak diberi permit
oleh polis. Ini adalah arahan Kerajaan Mahathir. Kini kerajaan Mahathir
itu juga menegah "Sembahyang Berjamaah" pula. Bukan setakat menyerang ceramah-ceramah
itu sebagai propaganda kosong, ketakutan mereka lebih ketara bila rakyat
mengadu kepada Allah SWT. Apakah tidak cukup kerajaan UMNO menggunakan
TV, akhbar pro Kerajaan berpropaganda "kosong" malah hingga sanggup pula
BERBOHONG?
Ceramah-ceramah
memang sentiasa mendapat sambutan hangat oleh ratusan ribu rakyat
diserata pelusuk
tanahair. Melaluinya, Rakyat dapat faham dan maklum kini sejauh manakah
mereka telah ditipu dan dibohongi oleh pemimpin yang menerajui Kerajaan
Mahathir yang kian DIKTATOR. Melalui penerangan terbuka begitu, Rakyat
tahu bagaimana KEADILAN kini terhakis akan terhapus, ekonomi negara sedang
dirompak oleh kroni-kroni Mahathir dan bagaimnana para menteri dan wakil-wakil
mereka yang sekongkol mewujudkan KONSPIRASI mengenyangkan tembolok masing-masing.
Segala-gala itu dilakukan atas nama Pembangunan, Kemajuan, tanah rakyat
dirampas dan dinilai rendah, wang Tabungan rakyat dipergunakan kununnya
untuk membiayai belanja pembangunan menuju 'alaf baru dengan Wawasan 2020.
Segala-galanya diputarbelitkan dengan perkataan-perkataan yang ganjil-ganjil.
Untuk itu,
kununnya pelbagai rancangan disediakan, pelbagai pindaan dilakukan kepada
sistem di
negara ini. PENGKOPRATAN dijadikan asas pentadbiran kerajaan Mahathir.
Tetapi akhirnya saham-saham terbitan diageh-agehkan kepada para menteri-menteri
dan sesama kroni. Kemudian mereka menjual semula dengan untung berbilion-bilion
ringgit. Sementara itu TNB dan Talikom sudah tukar milik. Maka ditempatkan
orang-orang lantikan kuncu-kuncu dan suku-sakat Mahathir dan anak-beranak.
Rafidah Aziz bermewah-mewah melanggar peraturan dan dasar Kementerian nya
dengan membahagi-bahagikan saham berharga 'at par' kepada menantunhya secara
RASUAH, dan difaraitkan lah sesama sendiri sebagai kaedah mengaut untung
berpuluh juta.
PENDIDIKAN
diswastakan. Berakhirlah dengan puluhan kroni-kroni Mahathir dan Daim diberi
lesen franchais dengan kelulusan beroperasi mengikut yuran yang berlipat
ganda. Rakyat dipaksa berhutang berpuluh-puluh ribu membiayai. Sementara
itu, anak-anak para
wakil-wakil
rakyat dam kroni bisnis puak UMNO dan BN mengaut keuntungan tanpa
mempedulikan
kualiti pendidikan rakyat yang dahagakan ilmu. Tiap-tiap tahun, puluhan
ribu anak-anak rakyat tersadai dinafikan hak melanjutkan pelajaran ke peringkat
Universiti. Tapi Najib Tun Razak sanggup melacurkan Dasar Pendidikan amanah
arwah ayahnya yang pernah menjadi Menteri Pelajaran sewaktu Najib masih
bayi lagi. Sedangkan hutang masing-masing rakyat yang tertindas kian bertambah,
malangnya surat ugutan saman hutang dari jabatan berkenaan telah berkali-kali
datang.
Kesedaran Politik
Rakyat
Senario inilah
yang amat menyedihkan rakyat hingga sanggup berbondong-bondong
mendengar
ceramah para penceramah Barisan Alternatif. Mereka menderma dengan ikhas
sebagai tanda
terima kasih dan dukungan. Itu lah cara mereka merestui wujudnya kesedaran
politik dikalangan pemimpin Barisan Alternatif.
Sehubungan
dengan itu, Mahathir dengan segala kuasa yang dianugerahkan oleh 2000 wakil
UMNO yang sanggup mem'Vito' pandangan dan rungut 2 juta (kununya) penyokong
UMNO (jumlah ini sudah diragukan kebelakangan ini), berkali-kali mendabek
dada bahawa dia punya 'prerogatif' berbuat apa saja semahu hati. Sekali
lagi, rakyat dan 2000 wakil UMNO menipu 2 juta penyokong UMNO. Tapi Mahathir,
UMNO/BN tidak sedari bahawa 20 juta rakyat sudah tahu kini siapakah "belukang"
dan "talibarut dan barua" itengah-tengah masyarakat mereka yang berusaha
keras menyempitkan hidup dan menggelapkan masa depan rakyat.
Apabila rakyat
dihidang maklumat dari sebaran awam (maklumat dan perbicangan di TV,
akhbar, road-show
UMNO - kununnya atas kebaikan dan keprihatinan BN); maka segala
"pekong membusuk"
ini tidak pernah dibuka. Apa yang sebenarnya berlaku ialah: kerana
rakyat diugut
dan akan dizalimi sekiranya membantah; maka rakyat dipaksa membebani
tanggungan
hutang beratus-ratus billion (bakal dibayar oleh generasi akan datang).
Hak
asasi mereka
bersuara terhapus. Sebarang demo dianggap haram dan wajar anak-anak
rakyat yang
berilmu ditendang terajang, dipukul tak ubah seperti haiwan.
Apakah ini
yang dikatakan sebuah Kerajaan berhemah yang bertoleransi dan demokaratik?
Malah makin
ternyata dengan jelas bahawa Kerajaan ini sedang menjahi diri dari rakyat.
Mereka terbayang
bagaimana pertempuran Medan Tienanmen di China sewaktu pemuda Cina membantah
kekejaman Deng Xio Peng. UMNO/BN telah engkar dengan janji.
Maruah Dijual
Murah
Rais Yatim,
Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46 yang telah terkubur
(mereka itu
lah yang mengkuburkan sendiri atas hasrat inginkanan kedudukan dan kekayaan)
semudah itu telah berpaling tadah dan sanggup mengkhianati prinsip politik,
prinsip diri, prinsip kenegaraan, dan membunuh prinsip-prinsip Keadilan
rakayat - kini bersama UMNO,dengan memusnah prinsip menegakkan demokarasi
yang kununnya menjadi prinsip perjuangan. Mereka kini menjilat ludah!!
Alangkah kotor lidah mereka!!
Hari ini terdengar
Rais Yatim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46
terlalak-lalak
ke sana sini menjadi "perkakas" oleh Mahathir dan UMNO. Mereka sanggup
hilang maruah,
terjual diri begitu murah dan hina dengan mengatakan Barisan Alternatif
gabungan Pembangkang
(yang sudah nekat bersatu padu), sebagai pengamal politk
"Bermusim".
Disinilah mereka
kesasaran, dungu lagi bebal, bodoh sombong tak boleh diajar lagi. Sahlah
mereka salah
baca petanda jelas bahawa "Rakyat sudah Menolak Kerajaan UMNO/BN -
Barisan Nasional".
Malangnya "Tuan" mereka: Dr. Mahathir, yang sudah sewel tidak akan
memberi "belukang-belukang
politik Katak" ganjaran apa-apa. Kerana atas sokongan mereka membabi buta
sekali gus meningkatkan kebongkakan Mahathir hingga menyebabkan Mahathir
menganggap mereka itu "Kaldai Politk" yang sedang dihanyutkan oleh Mahathir.
Jika itu yang maklumkan kepada rakyat yang sudah 'celik politik', PASTI
Rais Yatim, Tengku Razaleigh Hamzah dan kuncu Parti Semangat 46 akan nasib
malang sekali lagi. Tapi kali ini rakyat sendiri akan menghumbankan mereka
disudut ceruk politik tanahair sebagai "non-performer".
Apakan daya,
mereka itu tidak sehebat DS Anwar Ibrahim yang sanggup berjuang kerana
yakin diri.
Andai nya mereka melawan 'taukeh', akan senasib pula dengan DS Anwar -
dituduh dengan
yang bukan. Apatahlagi mreka adalah diantara orang-orang pernah
mengamal RASUAH
secara terang-terang semasa dalam kerajaan dulu.
Yang jelas,
mereka yang sepatut dan selayaknya menasihat Mahathir dengan kata-kata
dan prinsip yang betul dan benar akan dibalas dengan "dendam-kesumat".
Mahathir memang sedia sanggup membongkar kes-kes Korapsi dan salah guna
wang rakyat sewaktu mereka dalam kerajaan dulu. Misalnya, Rais Yatim memang
pernah terlibat dengan kes rasuah penjualan tanah kerajaan semasa jadi
MB Negeri Sembilan. Ku Li pernah terlibat secara ketara dalam kes penyelewengan
melibatkan kerugian wang BMF tidak kurang dari RM2.0 billion bersama-sama
kroninya Rais dan Esme Lorraine di Hong Kong. Selaku Menteri Kewangan.
fail-fail mereka masih dibuka dan "blackmail" Mahathir masih sah diperlakukan
(jika dia mau).
Janganlah disebut
lagi berapa jumlah wang para menteri UMNO yang rata-rata tersimpan
dalam dan
luar negeri. Ini semua hanya diketahui umum melalui pembongkaran maklumat
di ceramah. Maklumat di internet yang TIDAK pernah disangkal oleh mereka
yang berdosa
kepada rakyat
itu menunjukkan bahawa perkara itu adalah benar-benar menjadi persoalan
yang bermain difikiran rakyat!!
Apa yang kita
akhirnya tahu, SUKOM memberi sumber kekayaan kepada General bersara
Hashim Mohd.
Ali, sedangkan rakyat merengkok menanggng hutang bertahun-tahun
kerananya.
Zaleha Mohd. Ali (ipar Mahathir) diagehkan kontrak supply dan pembinaan
KLIA dengan mengaut untuk "atas angin". Sedangkan lapangan terbang KLIA
kerugian berbilion. Kedua-dua mereka tidak ada kepakaran dalam urusan di
bidang itu. Selama ini mereka hanya 'penadah tempurung'.
Mengapa tidak
dipersoalkan dalam Forum-forum UMNO/BN di kaca TV dan akhbar serta
dalam ucapan
Mahathir yang meleret-leret di Perhimpunan UMNO tentang ketepatan masa
dan kesesuaian seorang Perdana Menteri Malaysia untuk didudukkan disebuah
Mahligai berharga RM200 juta lebih, dan terbang dengan Jet baru serba canggih?
Sementara itu, rakyat merengkok dengan ekonomi yang sedang yang merundum
kerana keborosan Perdana Menteri yang itu? Mengapa ribuan setinggan di
pinggir kota yang menanti dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan demi
memberi laluan kepada pemaju perumahan (kroni UMNO/BN) yang sentiasa merancang
siang malam mengaut untung ribuan juta? Atau, menasabahkah seorang Perdana
Menteri terbang percuma atas tanggungan rakyat dengan sebuah Jet Canggih
- sementara rakyat berbasikal usang mengangkut padi dari sawah, atau kelapa
sawit dari ladang?
Inilah yang
menjadi kandungan dan maudhuk ceramah-cermah PAS, ADIL, PRM dan DAP..!!
Apakah di masalah, kemiskinan dan rungutan rakyat seperti itu dikatakan
"Bermusim"?
Memang, pada
hematnya, masalah dan rungutan rakyat itu - sepanjang 18 tahun Mahathir
berkuasa, acap ditafsirkan oleh puak UMNO dan kerajaan Barisan Nasional
"tidak lebih" dari janji-janji KOSONG yang harus dan layak di 'sebut' secara
BERMUSIM pada setiap kali Pilihanraya Umum diadakan. Tetapi bagi rakyat
dan Parti Pembangkang (kini diberi nama oleh rakyat sebagai Barisan Alternatif
dokongan rakyat) - maudhuk inilah menjadi ucapan dan tuntutan mereka di
Parlimen setiap kali bersidang!! Malangnya puak UMNO dan kerajaan Barisan
Nasional menafikan tanggungjawab itu.
Taukeh BABI,
Taukeh JUDI
Penyakit sudah
menular keliang roma masyarakat Melayu dan Islam. MB Negeri Sembilan
(orang kuat
UMNO) terlibat dengan sahih dan ketara membiakkan perusahaan KHINZIR/BABI
di negeri itu hingga menjadi negeri itu Pusat Ternakan BABI terbesar selepas
Taiwan! Berlumba-lumbalah dengan rasa negeri-negeri lain (Perak dan Selangor)
menyaingi Negeri Sembilan. Akhirnya, ratusan rakyat ditimpa malapetakan
Allah SWT. Gejala "JE" khas diturunkan Allah dan di beri nama pula "Nipah"
bersempena hawar itu hanya wujud di kawasan Sungai Nipah, di Negeri Sembilan..!!
Baru kini di
ketahui umun bahawa dilantik pula bekas KPN Haniff Omar oleh Taukeh Judi
terkaya di
Tenggara Asia (Lim Goh Tong). Dan atas restu dan persetuju Mahathir
Mohammad -
di kurniakan pula anugerah Tan Sri atas jasa Haniff Omar memelihara
keunggulan
Pusat Judi itu. Melarut-larutlah kini, Haniff secara terbuka menafikan
"Dalam
Al-Quran tidak
terjumpa sebarang ayat yang mengharamkan judi..!!".
Kalau dicari
perkataan "Judi di Genting Highland" memanglah tidak ada dalam al-Quran.
Malang sekali,
tidak ada seorang ulamak pun dari puak UMNO yang menyangkal atau
memperbetulkan
kesalahan tafsiran si 'penyeleweng' atau seorang muslimin yang telah
menyeleweng
itu. Tidakkah ini bermakna Ulamak UMNO sudah sanggup menukar ayat
Al-Quran kerana
takut dibelasah polis? Seramai ini mufti dan pakar rujuk yang dibayar gaji
berjuta oleh
kerajaan UMNO/BN - apakah sumbangan mereka untuk memperbetulkan yang
salah?
Maka berceramahlah
ulamak PAS. Tetapi talibarut UMNO seperti Rais Yatim dan Siti Zaharah Sulaiman
dengan lantang mengatakan PAS mengenengahkan sentimen ugama untuk tujuan
politik. Tidakkah mereka juga penyokong seanutan dengan Tan Sri Haniff
Omar? Itu lah dia para pemimpin dan ulamak UMNO yang sewaktu dengan Mahathir.
Mahathir MenSEKULARkan
Islam
Tapi bagi rakyat
yang sudah celik politik (hari ini baru celik), PAS dan Ulamak PAS telah
bersedia dan
sanggup menjadi ulamak ALTERNATIF. Ini semata-mata kerana kedayusan,
kebebalan,
kebobrokan ulamak UMNO semata-mata yang menukar ganti ayat-ayat Allah
dengan ringgit
dan sen. Rakyat sudah tidak tahan dan rimas dengan Pusat Islam dan JAKIM
yang membisu. Mereka sudah jemu dengan IKIM yang menjadi Pusat Dakwah "sekular"
Mahathir yang sudah nampak jelas berhasrat bermati-matian menyelewengkan
Islam dari tampok kesuciannya.
Begitu juga
kaum Cina dan India. Mereka sudah bosan dengan berlarutnya pertengkaran
yang tidak
berfaedah dalam UMNO hingga membuang masa dan tenaga kerana
mempertahankan
kewibawaan Mahathir seorang hingga maruah Barisan Nasional
hancur-lebur.
Kini mereka sudah celik. Mereka melihat Kelantan sebagai negeri contoh.
Di sana saudara
mereka hidup dengan tenang dan aman. Mereka juga sudah membuat
keputusan
secara diam-diam. Kesannya, akan hancurlah Barisan Nasional.
Hilang Yakin
Terhadap Mahathir
Rakyat sudah
hilang yakin bahawa Mahathir benar-benar seorang penganut 'Sunnah wal
Jamaah' dengan
meragui kesahihan Hadis dengan mengemukan keraguan di Perhimpunan
UMNO bahawa
"Hadis dibuat untuk kepetingan orang tertentu".
Mahathir sendiri
pernah mengakui di IKIM bahawa beliau "tidak pernah membaca al-Quran
dalam bahasa Arab kecuali dalam Inggeris dan Melayu". Jika begitu,
sahlah Mahathir bukan seorang ulamak Islam dan tidak layak mentafsir sebarang
ayat al-Quran; kerana al-Quran tidak diturunkan Allah SWT kepada Muhammad
SAW (yang pernah diperseda oleh Mahathir) dalam bahasa Melayu atau Inggeris.
Nabi SAW hanya mengiktiraf orang-orang bertaraf "ulamak" untuk memanjang-manjangkan
seruan Allah. Pastinya, Mahathir tidak tergolong langsung kedalam "kelompok
Ulamak". Beliau tidak lebih dari seorang 'penghasut bebal" yang paling
dangkal ilmu ugama.
Dengan itu,
kerana ulamak PAS yang arif dalam bidang ilmunya - tidak mahu subahat;
atas sebab mereka sayangkan ugama yang dibawakan Nabi SAW (yang pernah
dipersenda oleh Mahathir Mohammad Iskandar); maka tampillah mereka
menerangkan kepada umat Islam yang mahu kepastian dalam ceramah di serata
desa.
Apakah itu
"Kempen Bermusiam" berbau politik?
Rakyat (termasuk
2 juta ahli UMNO) tertunggu-tunggu Hamid Osman dan para general dan leftenannya,
termasuk seorang Brigadier General di Pusat Islam dan JAKIM atau IKIM untuk
membantah kata-kata Mahathir mempersenda Nabi itu. Atau Yusof Nor yang
pernah menhyeweng wang zakat Baitulmal Wilayah Persutuan dan Wan Mokhtar
Ahmad yang diberita fasih dengan ilmu ugama layak membaiki 'kesalahan besar'
Mahathir - malangnya "takut, kecut, sorot kebelakang" untuk tampil. Mereka
sanggup subahat bersama Mahathir mempersenda Nabi.
Ketahuilah
oleh mu wahai Hamid Osman dan para Generalnya termasuk seorang Brigadier
General di
Pusat Islam dan JAKIM atau IKIM, atau Yusof dan Wan Mokhtar Ahmad dan
ratusan ulamak
UMNO yang dibiayai rakyat untuk mengangkat Islam di negara ini;
perbetulkan
lah pedoman hidup mu.
|